CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Baju Arab, Janggut Trim Dalam Filem Panglima Awang Terima Kecaman Netizen

14-12-2023 09:44 AM| Diterbitkan: dimagika| Dilihat: 15454| Komen: 129|Original author: dimagika

Description: Belum ditayangkan di pawagam, namun sudah banyak menerima kritikan. Itu lah filem Panglima Awang terbitan Studio Kembara yang kini giat mempromosikan filem sekuel Mat Kilau itu di media sosial.Menurut ...
Belum ditayangkan di pawagam, namun sudah banyak menerima kritikan. Itu lah filem Panglima Awang terbitan Studio Kembara yang kini giat mempromosikan filem sekuel Mat Kilau itu di media sosial.



Menurut netizen, mereka tidak mengkritik jalan cerita yang masih belum diketahui, tetapi prop atau baju yang dipakai pelakon dianggap tidak bersesuaian dengan latar belakang Tanah Melayu ketika itu.

Dalam poster yang menunjukkan Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan juga Tissa Biani (pelakon dari Indonesia yang berlakon dalam KKN Di Desa Penari) berpakaian jubah serta berkelubung ala Arab mendapat kritikan hebat daripada netizen.



Mereka berpendapat watak panglima wanita perlulah memakai kelubung berbentuk kain batik seperti dalam filem Melayu lama dan bukannya menyadur pengaruh Arab.




Hal yang sama juga apabila poster lain dikeluarkan dengan watak Tok Janggut (Hazrin Ismail) dan Tok Kenali (Mawi) mempunyai jambang dan misai yang sangat dirapikan, pastinya tidak sesuai untuk garis masa penjajahan British satu ketika dahulu.



Bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa ini strategi Studio Kembara.




Apa pun, peminat filem Melayu pastinya tidak sabar untuk menantikan ketibaan file mini. Adakah bakal mengatasi Mat Kilau arahan Syamsul Yusof atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 14-12-2023 09:55 AM
Apedaa..komen serupa korang hidup zaman tu tahu semua detail.
Quote Cekla 14-12-2023 10:32 AM
komen netizen ni macam depa la yg terpaling tahu..mcm depa pernah hidup zaman dulu
Quote Burong_Hantuk 14-12-2023 10:35 AM
parking sini dulu!!!
Quote Carcosa 14-12-2023 10:54 AM
Aku xpham diorang kata Free Marketing, Free Marketing.
Ok skrg aku dah tau filem ni nk keluar, sbb poster yg dikatakan bodoh bebal tu. So??
Sehalus bulu jembut pun takde aku ada rasa teringin nk tgk Movie ni. Free marketing utk melingkup ka
Quote emera 14-12-2023 10:55 AM
Tgk poster terus x selera.
Quote mamajawie 14-12-2023 10:55 AM
mati2 aku ingat mila dewan yang berlakon..rupanya tiani basah
Quote sayurmayur88 14-12-2023 11:05 AM
biarlah, dh namanya adaptasi dri kesah dulu2...
Quote stingergrumpy 14-12-2023 11:08 AM
Peks surely lecak lencun berselubung dlm hutan kheunz?

Kahkahkahkahkah
Quote azimodin 14-12-2023 11:11 AM
Ada betulnya jugak. X salah kalau hire penasihat yg ada kepakaran dalam bidang costume. X semestinya kena 100% accurate, asalkan nampak realistik. Macam Marie Antoinette (2006), baju kaler pastel bubblegum belum terkenal lagi zaman french revolution tapi nampak herlokkk je baju2 dalam movie tu.
Quote myakayina 14-12-2023 11:37 AM
poster tu tak menarik langsung...
Quote stingergrumpy 14-12-2023 11:39 AM
myakayina replied at 14-12-2023 11:37 AM
poster tu tak menarik langsung...

Sebab takda hero kejong kheunz?

Cuba kalo ada...mau ko beli poster lekat kt bilik mandi?

Kahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 14-12-2023 11:43 AM
Carcosa replied at 14-12-2023 10:54 AM
Aku xpham diorang kata Free Marketing, Free Marketing.
Ok skrg aku dah tau filem ni nk keluar, sbb p ...

Persetan ler jln citer...ko takmo tengok hero kejong malaya keew for the first time digandingkheun dgn minik fakenyer? Dengarnyer rombongan cik kiah sanggup bayar tiket just utk scene com dahi minik fakenyer? Even it means the rest of the movie they just sleep?

Kahkahkahkahkahkab

Quote kuceeng 14-12-2023 11:46 AM
btol la tu org komen psl kostum tu...kate nk cerita psl alam melayu, sekali pakaiam mcm org ereb...boleh je kan buat kostum sopan tp berciri kemelayuan, ni x abis2 nak jadik arab...tp x tau la kan kalau srikandi2 tu diimport khas dari timur tengah ke
Quote kaseh80 14-12-2023 12:12 PM
Ade dua beradek pompuan tu terus cancelllllll
Terlebih yarabbbbbbs
Quote apech 14-12-2023 12:20 PM
apedehal replied at 14-12-2023 09:55 AM
Apedaa..komen serupa korang hidup zaman tu tahu semua detail.

mmg tak hidop. Tp banyak gambar zaman dulu boleh rujuk. Perpustakaan awam pun banyak gambar org tanah melayu zaman dulu. Tak payah sampai kena hidup zaman tu pun.

Ilmu itu percuma, bodoh juga free.

Quote esteryen 14-12-2023 12:30 PM
apech replied at 14-12-2023 12:20 PM
mmg tak hidop. Tp banyak gambar zaman dulu boleh rujuk. Perpustakaan awam pun banyak gambar org ta ...

WINNNNN SGT2 komen ni!!! hahahas! tu la yg ramai merempan konon lobenak over tapi skrg tgk yg fanataiks fattzura pun over yg amat! yg salah pun jadi betul
Quote Prickford 14-12-2023 01:52 PM
kaseh80 replied at 14-12-2023 04:12 AM
Ade dua beradek pompuan tu terus cancelllllll
Terlebih yarabbbbbbs

Samalah iolls. Nampak si mata acah2 bulat tu, terus iolls cancel.

Quote syamzana 14-12-2023 02:00 PM
apech replied at 14-12-2023 12:20 PM
mmg tak hidop. Tp banyak gambar zaman dulu boleh rujuk. Perpustakaan awam pun banyak gambar org ta ...

betul sangat
asal peminat je benda terang2 bangang pun sokong
Quote wirazam 14-12-2023 02:01 PM
Fail konti ni...agaknya masa kelas prep konti, art director absent kot..

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.209617 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top