CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Banana Dibs Dakwa Kena Sihir, Tutup Cawangan Melaka

20-12-2023 01:27 PM| Diterbitkan: dimagika| Dilihat: 14041| Komen: 7|Original author: dimagika

Description: Masih ingat fenomena ‘Adib, biasa maksudnya?’ awal tahun ini?Ya, Adib yang handsome (ikut kaca mata BBNU), baru sahaja menutup kedai Bananadibs (pisang goreng yang dicelup deng ...



Masih ingat fenomena ‘Adib, biasa maksudnya?’ awal tahun ini?

Ya, Adib yang handsome (ikut kaca mata BBNU), baru sahaja menutup kedai Bananadibs (pisang goreng yang dicelup dengan pelbagai sos seperti coklat dan lain-lain).

Bercakap dalam satu TikTok Live, Adib mendedahkan bahawa kedainya hanya mampu menjual 8 kotak bananadibs sahaja sehari iaitu hasil jualan RM100 sahaja sehari.


Sedangkan dia perlu menanggung kos operasi harian seorang pekerja RM60 untuk lima pekerja di kedainya menjadikan RM300 sehari yang tidak mampu menampung kos tersebut.

Susulan itu, ibu bapa Adib memanggil Ustaz dan mendapati ada orang menghantar ‘benda’ untuk menutup kedainya.

‘Benda’ yang berupa syiling itu sentiasa ada di kedainya.

Rupa-rupanya, banyak pelanggan Adib yang bertanya mengapa kedai ditutup, tapi sebenarnya sudah ada yang menutup pandangan mereka.

Selepas bertahan beberapa bulan, akhirnya Adib mengambil keputusan untuk menutup operasi.

Di ruangan komen, ramai yang menyatakan sihir memang wujud dan ia mengenai peniaga Melayu terutamanya yang baru beroperasi.





Namun, ada juga yang memberi tip bahawa syiling itu tidak boleh disapu dengan tangan.



Selain itu, ada yang turut memberi pendapat pisang bananadib laku kerana empunya diri dan benda hype tidak semestinya kekal lama.




Anda pula rasa bagaimana? -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 20-12-2023 08:12 PM
Kesian sihir asyik kena fitnah.
Quote Kancilkering 20-12-2023 08:44 PM
bad business planning….
x pasti yg kat kajang tu still ada kut…don gib up adip
Quote pichee 20-12-2023 09:22 PM
rmi sgt staff
Quote sayurmayur88 21-12-2023 07:25 AM
hahaha, ni bukan sebab sihir dik. sebb pengaruh viral dah takde..
Quote AbukRokok 21-12-2023 09:07 AM
ehh xtau xpernah tau...
bila dah tau rasa nak pergi
Quote Prickford 21-12-2023 09:25 AM
Benda2 viral ni bukan boleh bertahan lama. Viral minggu ni, minggu depan orang lupa dah.
Quote ezacbee 7-1-2024 11:02 AM
Viral kejap je. Bermusim.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.076266 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top