CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ainul Boleh Berdiri Lima Minit Tanpa Bergerak" - Keadaan Terkini Ainul Mardhiah Dikongsi Oleh Bapanya

3-1-2024 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31150| Komen: 4

Description: Ainul Mardhiah, satu nama yang menggemparkan Malaysia pada suatu masa dahulu.



Ainul Mardhiah, satu nama yang menggemparkan Malaysia pada suatu masa dahulu. 

Bayi yang pernah berdepan dengan tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya, kini hidup seperti kanak-kanak biasa.

Dalam hantaran terkini dari bapanya di Facebook, Ahmad Saifuddin berkongsi gambar puterinya, yang juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia pada 30 Disember lepas. Khabarnya, Ainul kini sudah membesar seperti kanak-kanak lain.

Ainul juga menunjukkan kemampuan untuk berdiri selama lima minit tanpa bergerak ketika menikmati titisan hujan di luar rumahnya. 

"Ainul boleh berdiri lima minit tanpa bergerak bila melihat hujan di luar. Dia hanya menatap hujan," kata Saifuddin dalam kapsyen Facebooknya.

Loading FB Post...


Menurut ayahnya, kanak-kanak istimewa ini sangat 'rapat' dengan alam, melihatnya sebagai satu bentuk terapi. "Ainul agak hyper, tapi bila dia dekat dengan alam, boleh nampak dia punya tenang tu." tambah Saifuddin lagi.

Kembali kepada kisah sebelum ini, Ainul Mardhiah yang pernah mengalami kanser 'Germ Cell Tumor' tiba di London pada 25 Mei dan menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street untuk membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun.

Pembedahan tersebut dilakukan oleh sekumpulan pakar pelbagai bidang, termasuklah doktor bedah Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri. Beliau telah memainkan peranan penting dalam membawa Ainul Mardhiah dan keluarganya ke London bagi rawatan lanjut.

Kisah Ainul Mardhiah menarik perhatian rakyat Malaysia, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melawatnya semasa beliau berada di United Kingdom bagi lawatan rasmi selama tiga hari.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah menjadi perhatian umum ketika rakaman video bayi yang mengalami ketumbuhan pada bahagian mulutnya tersebar melalui laman sosial.- CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 3-1-2024 06:11 PM
baguslah kalo mcm tu. semoga adik Ainul terus sihat.
Quote mamajawie 4-1-2024 09:54 AM
alhamdulillah semoga baik2 selalu nak..baya anak iolls je ni so i terharu
Quote A-Are 4-1-2024 10:09 AM
alhamdulillah...semoga baik-baik saja dan sihat hendaknya
Quote Manjahati 4-1-2024 10:13 AM
Alhamdulillah..moga terus sihat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.260263 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top