CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hasrat Tercapai, Remaja Sempat Bertemu Soloz & Daddy Hood Sebelum Meninggal Dunia

5-1-2024 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10488| Komen: 2

Description: Setiap orang pasti mempunyai idola tersendiri yang diminati dan jika berpeluang, sudah tentu kita ingin berjumpa secara bersemuka dengan idola kita.


Setiap orang pasti mempunyai idola tersendiri yang diminati dan jika berpeluang, sudah tentu kita ingin berjumpa secara bersemuka dengan idola kita.

Begitulah hasrat seorang remaja lelaki untuk bertemu dengan ikon e-Sports, Soloz atau Fariz Zakaria dan Daddy Hood yang lebih dikenali Nureddy Nursa akhirnya tercapai sebelum meninggal dunia pada 8 malam, Khamis.

Difahamkan, arwah, 17, yang menghidap penyakit tuberkulosis usus sempat bertemu dengan kedua-dua ikon e-Sports tanah air itu pada jam 3.30 petang semalam menerusi bantuan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh ibu remaja terbabit di Children Wish Society Malaysia (CWS) memaklumkan, kunjungan dua idola ke rumahnya itu merupakan satu kejutan selepas anaknya baru sahaja lepas pulang dari hospital.

Katanya, sepanjang sesi pertemuan selama lebih setengah jam itu, mereka meluangkan masa bersama termasuk berkongsi petua permainan e-Sports.


"Dia berada di hospital selama dua bulan, namun tidak pernah tersenyum tetapi hari ini dia tersenyum.

"Dia (anaknya) sebelum ini pernah terlibat dalam permainan dalam talian apabila kesihatannya dalam keadaan baik," katanya semalam.

Menurut ibunya lagi, dia menyifatkan kedua-dua ikon tersebut sangat bertuah melihat 'seri' wajah remaja itu yang jelas kembali terpancar.

"Kami berterima kasih kepada Hannah, Med, Soloz, Daddy Hood kerana membalas hasrat anak saya dengan begitu pantas.

"Ini benar-benar dalam semangat menjadi rakyat Malaysia dan kami bertuah kerana menjadi penerima senyuman dia hari ini," jelasnya.

Fariz Zakaria atau lebih dikenali sebagai 'Soloz' merupakan salah seorang individu yang berpengaruh dalam sukan e-Sports tanah air.

Soloz merupakan pemain profesional Mobile Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile) yang menjadi idola ramai remaja yang mahu menceburi bidang itu.

Sementara itu, Daddy Hood atau nama sebenarnya Nureddy Nursa pula ialah pengasas kepada salah satu organisasi e-sukan popular tanah air iaitu Homebois.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) untuk arwah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. - CARI




Sumber : Sinar Harian/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 7-1-2024 12:34 AM
TB usus? First time dengar. Innaalillah. Semoga adik ni ditempatkan bersama mereka yg beriman aamiiinnn
Quote cmf_jeangrey 7-1-2024 12:59 AM
Innalillah..hilang dah segala sakit derita..semoga ditempatkan bersama org2 dikasihi Allah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.295882 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top