CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Satu Dalam Sejuta! 12 Tahun Kahwin Tiada Zuriat, Wanita ‘Sporting’ Pasang Pelamin Untuk Suami... Anggap Madu Macam Adik

8-1-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9922| Komen: 57

Description: SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas dia memberi kebenaran untuk suaminya berpoligami.



SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas dia memberi kebenaran untuk suaminya berpoligami.

Menerusi video tular, wanita dikenali sebagai Syazwani Mirabilia, 34, dengan rela hati memasang pelamin untuk persandingan suaminya yang berlangsung pada Sabtu.



Bercakap kepada mStar, Syazwani mendedahkan suaminya yang berusia 43 tahun telah berkahwin lain pada Ogos 2023, namun baru kini berkesempatan mengadakan majlis secara kecil-kecilan.

"Majlis itu semalam (Sabtu). Suami saya dah nikah dengan isteri kedua pada Ogos hari tu. Tapi semalam baru buat majlis kecil-kecilan.


"Saya buat pelamin untuk suami dan madu saya. Suami tak nak pun buat pelamin semua tu, tapi saya yang nak buat untuk mereka. Saya okay saja untuk kebahagiaan suami.

"Saya dah anggap madu macam adik saya sendiri. Dia bantu lengkapkan apa yang kurang dalam keluarga saya," ujar Syazwani yang menetap di Kulim, Kedah.

Menurut Syazwani, usia perkahwinanya kini mencecah usia 12 tahun namun dia dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata.

Syazwani berkata dia dan madu turut bekerja dengan suaminya, di samping menguruskan bisnes pelamin sendiri yang diusahakan sejak 10 tahun lalu.

"Suami saya buka kedai tayar. Sekarang saya dan madu kerja sekali kat kedai suami. Saya kerja Sumber Manusia (HR) kat situ. Isteri nombor dua kerani.

"Saya memang buat pelamin. Saya ada bisnes buat pelamin dah 10 tahun," ujar Syazwani lagi.

Dalam pada itu, video ketika Syazwani sedang membuat kerja pemasangan pelamin suaminya turut meraih lebih 100,000 tontonan di aplikasi TikTok.


Satu Dalam Sejuta! 12 Tahun Kahwin Tiada Zuriat, Wanita ‘Sporting’ Pasang Pelamin Untuk Suami... Anggap Madu Macam Adik

Malah, Syzwani turut berkongsi sekeping foto ketika dia bergambar dengan suami dan madunya di atas pelamin.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum melihat Syazwani kuat menempuhi ujian kehidupan, malah ramai mengakui tidak mampu untuk melalui ujian sepertinya.

"Ish serius la akak? Akak telan apa bagi kuat macam ni?

"Semoga dengan kesabaran awak, Allah kurniakan awak cahaya mata.

"Ya Allah, akak baca pasal madu tu sebak terus. Kalau akak tak kuat. Tapi untukmu, terus kuat ya.

"Tahniah awak kerana menjadi seorang isteri yang sangat kuat dan ikhlas. Moga syurga Allah untukmu," tulis netizen.




Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 8-1-2024 09:01 AM
hmm lg sorang ... tgk brpa hr boleh tahan.. bila cuba berpura2 bahagia... tlg la .. aishah isteri nabi pun ada rasa cemburu yg amat, sampai bergado2.. jgn gigihla nafikan
Quote prince_marhaen 8-1-2024 09:01 AM
jangan nanti esok2 up video merentan sudah la ye kak..
Quote esbok 8-1-2024 09:09 AM
Duduk diam2 je lah, baru lagi nak cakap.
Quote IzzahF 8-1-2024 09:20 AM
bersederhana la kak tayah post2 mcm ni, kang jadi apa2 chuols jugak yg kena kecam. nurtizen kalo bab poligami ni bg kecaman mcm takde hari esok taw. takut chuols tak tahan je nnt
Quote Decaffeinated 8-1-2024 02:14 PM
Sekarang saya dan madu kerja sekali kat kedai suami. Saya kerja Sumber Manusia (HR) kat situ. Isteri nombor dua kerani.

Bertemu dan berkenalan pun di tempat kerja ka? bermesra tunggu balik rumah ya, ajak suami sekali.
Quote emera 8-1-2024 02:44 PM
Kalau aku jd yg no 2 tu, tak hingin nk menikoh dgn lelaki tu sbb nmpk sgt nk dijadikan mesin beranak.
Quote seri_mawr 8-1-2024 03:03 PM
kalau dah jodoh....

apapun moga di jauhkan anak2 perempuan aku dari bermadu....huhuhuhu.....
Quote green~tea 8-1-2024 03:18 PM
IzzahF replied at 8-1-2024 09:20 AM
bersederhana la kak tayah post2 mcm ni, kang jadi apa2 chuols jugak yg kena kecam. nurtizen kalo bab ...

Terpaling sporting  terpaling redha, terpaling payung emas, terpaling isteri solehahhhhhh
Quote pocongkiutss 8-1-2024 03:35 PM
Baru tgk video interview couple yg 23 taun kawin baru dpt anak tu..salute betul dgn laki dia wehh
Quote gideoncross 8-1-2024 05:36 PM
Smoga d lancarkan klau smua pihak dh brstuju, xnak doakan yg bukan2. Klau pihak dorg dh ok, netz xyah over nak bgi pndapat, buat panas bontot je
Quote noor2 8-1-2024 05:44 PM
Betul ke ada perempuan yg redha hatinya 100%...

Mcm2 lah...attention seeker masing2
Quote stingergrumpy 8-1-2024 06:08 PM
green~tea replied at 8-1-2024 03:18 PM
Terpaling sporting  terpaling redha, terpaling payung emas, terpaling isteri solehahhhhhh


Ko pun patut seriously consider buat perkara sama tau....

Ko yg barren #kontang skg (tak mustahil kifarah buat ko dek addiction ko pada melancapi sdn bhd for good 12 yrs waktu dlm marriage dgn mantan ko sebelum ini)dan laki new edition #tinder ko kini, kena bear the brunt tak punyai zuriat of his own?

Why like dat? Why be a selfish biatch you already are?

Quote Kitty_catz 8-1-2024 06:11 PM
gambo tade filter ada ke?

skang ni kut up kat medsoc smer berfilter bagai, kut terjumpa tengah jalan harus tak kenai

Quote pearl.silver 8-1-2024 06:19 PM
I xcaye content mcm ni
Semuanya tipu2 sbb nk engagement je
Esok bila madu dah preggy dah beranak, bini tua pun insecure la
Quote exclusive_vvip 8-1-2024 06:23 PM
pompuan ni ada jual produk ke? npk mcm mmg nak minta viral je..
Quote Suchi 8-1-2024 06:33 PM
exclusive_vvip replied at 8-1-2024 06:23 PM
pompuan ni ada jual produk ke? npk mcm mmg nak minta viral je..

Produk dia pelamin tu laa
Boleh la uols nk tempah pelamin dgn dia
Kita harus kasihan sama dia jd
Mari beli pelamin dia
Quote supernaturalee 8-1-2024 06:43 PM
untung laaa kau bang
lbh muda, lbh selim melim mantul


Quote Friska 8-1-2024 06:45 PM
Indahnya kalau bisa berdamai dengan madu. Sedih sekali saya karena sering dimarahi sama madu. Ya saya lampiaskan ke forum ini.
Quote syamzana 8-1-2024 06:53 PM
another sharing kote is caring

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.066081 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top