CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pernah Kecewa Ketika SPM, Graduan Tajaan MARA Ini Satu-Satunya Daripada Malaysia Peroleh Tauliah Dalam Bidang AI

8-1-2024 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26805| Komen: 31

Description: Tidak berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah bermakna masa hadapan sudah gelap. Ini kerana masih jauh perjalanan buat seseorang untuk menempuhi alam dewasa. Kisah seorang lelaki ini mun ...

Tidak berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah bermakna masa hadapan sudah gelap. Ini kerana masih jauh perjalanan buat seseorang untuk menempuhi alam dewasa. Kisah seorang lelaki ini mungkin boleh dijadikan contoh buat semua.

Pernah kecewa kerana tidak mendapat keputusan yang baik ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang graduan tajaan MARA tidak patah semangat dan kini berjaya di persada antarabangsa.

Ahmad Firdaus Ahmad Azman merupakan individu pertama dan satu-satunya daripada Malaysia yang memperoleh tauliah Ketua Penilai Ai Ethics (CertifAIEd Lead Assessor) dari Institute of Electrical and Electronics Engineers Standards Association (IEEE SA) di Amerika Syarikat.

Lebih menarik, dia bertanggungjawab melatih ramai pakar AI dunia bagi mendapatkan pentauliahan yang sama.

Dalam pada itu, dia kini bekerja sebagai AI Ethicist di Verdas AI yang merupakan syarikat pakar AI yang berpusat di Jerman.




Menyingkap kisah kejayaan tersebut, Pejabat MARA London & Ireland menerusi Facebook berkata Ahmad Firdaus juga telah mendapat Distinction di peringkat Master of Public Administration in Digital Technologies and Policy dalam majlis konvokesyen University College London (UCL) pada Julai 2023.

"Kejayaan hari ini tidak datang bergolek kerana beliau pernah gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Kegagalan ini telah mendorong dan memotivasikan dirinya untuk mencipta kejayaan," kata Pejabat MARA London & Ireland.

Sebelum ke UCL, Ahmad Firdaus menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UniRazak dan menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama.

"Sepanjang pengajian itu, beliau telah mendapat beberapa anugerah iaitu Best Academic Award, Vice Chancellor's Award dan Anugerah Sarjana Terengganu," katanya.

Selepas itu, beliau menyambung pengajian di UCL dan telah menyiapkan satu tesis yang kini telah diarkib oleh The AI Standards Hub.



"Minatnya yang mendalam di bidang Artificial Intelligence (AI) telah mendorong beliau menyiapkan tesisnya yang berkaitan dengan AI di UCL.

"Tesis beliau kini telah diarkib oleh The AI Standards Hub, sebuah inisiatif Kerajaan UK. Malah ia turut menjadi rujukan oleh sebuah badan penyelidik di Kanada iaitu The Schwartz Reisman Institute for Technology and Society (SRI)," jelasnya lagi.

Ahmad Firdaus kini turut melakukan pelbagai bentuk penyelidikan, pengauditan dan pembangunan standard-etika kepada sistem-sistem AI dunia.

"Firdaus juga menyimpan hasrat untuk mengembangkan kepakaran beliau ke peringkat Doktor Falsafah di dalam teknologi AI suatu hari nanti.
"Syabas Ahmad Firdaus. ‘Sesungguhnya kejayaan anda hari ini bermula dengan kegagalan anda pada hari semalam’.

"Semoga perkongsian kejayaan ini menjadi pencetus motivasi kepada anak-anak bangsa," katanya.




Sumber: SiakapKeli
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 8-1-2024 07:51 PM
Bagus lah
MCM.adek.iols.lah..frust.tak DPT Kos sains komputer ke apa masa degree...dapat AI..
Now okay Saja..mudah DPT keje...
Quote ajinomotonosuga 8-1-2024 08:12 PM
semoga anak mesia hari ini berjaya amal etika flush jamban tu lepas berak...baru aku bangga!!!
Quote wirazam 8-1-2024 08:20 PM
shernazz replied at 8-1-2024 07:51 PM
Bagus lah
MCM.adek.iols.lah..frust.tak DPT Kos sains komputer ke apa masa degree...dapat AI..
Now ok ...

Adik sis study kat UK gak ke dlm bdang Ai?
Quote stingergrumpy 8-1-2024 08:23 PM
shernazz replied at 8-1-2024 07:51 PM
Bagus lah
MCM.adek.iols.lah..frust.tak DPT Kos sains komputer ke apa masa degree...dapat AI..
Now ok ...

Nak Flex apo ni?

#tanyaje
Quote stingergrumpy 8-1-2024 08:27 PM
ajinomotonosuga replied at 8-1-2024 08:12 PM
semoga anak mesia hari ini berjaya amal etika flush jamban tu lepas berak...baru aku bangga!!!

Thats probably the only thing you do well...sebab iteww ko nak semua org macam ko...flush jamban after gunakhen...sedangkheun ramai je yg mampoo install sensor bidet potty .siap sebaik last drop of your shit...terus auto flush.....jubo ko pun jet spray boleh shoots like a sniper utk mencebokkhen diri ko.

Ko nak aku sambung lagi pak aji?

Kahkahkahkahkab
Quote stingergrumpy 8-1-2024 08:28 PM
IMPRESSIVE ,iteww je nak sebut
Quote mejaputih 8-1-2024 09:26 PM
Bagus..kiranya spm dia tak dpt straight A kot..
Quote sharlenetexas 8-1-2024 09:36 PM
Ada kawan iols mckk dia kata result spm dia teruk. Lepas tu masuk kolej komuniti. Tapi masa bekerja dia mmg mendonia gi keliling dunia sebab kerja. Kalah kawan2 yg straights As.


Quote sharlenetexas 8-1-2024 09:37 PM
ajinomotonosuga replied at 8-1-2024 08:12 PM
semoga anak mesia hari ini berjaya amal etika flush jamban tu lepas berak...baru aku bangga!!!

Takde org mengaku berak tgh jalan. Mcm chinese tanah besar tu.


Quote B40tastePosh 8-1-2024 09:40 PM
sharlenetexas replied at 8-1-2024 09:36 PM
Ada kawan iols mckk dia kata result spm dia teruk. Lepas tu masuk kolej komuniti. Tapi masa bekerja  ...

Kalau dah bijak dan minat...takkan kemana rezeki tu.

Kalau dah bodoh dan malas memang tak kemana.
Quote shernazz 8-1-2024 10:00 PM
stingergrumpy replied at 8-1-2024 08:23 PM
Nak Flex apo ni?

#tanyaje

Adek iols frust sebab masa amek Kos Ni...senior dia cakap Susah DPT keje...
Tapi mak.iols cakap teruskan aje...
Now senang je DPT koje...hoho..
Quote kakigojes 8-1-2024 10:25 PM
Congrats dik…
Quote stingergrumpy 8-1-2024 10:39 PM
shernazz replied at 8-1-2024 10:00 PM
Adek iols frust sebab masa amek Kos Ni...senior dia cakap Susah DPT keje...
Tapi mak.iols cakap te ...

So morel of the storyliner?
Quote kakikuDibibirmu 8-1-2024 10:43 PM
ChatGPT tersenyum sinis
Quote honeybee1802 8-1-2024 10:46 PM
shernazz replied at 8-1-2024 10:00 PM
Adek iols frust sebab masa amek Kos Ni...senior dia cakap Susah DPT keje...
Tapi mak.iols cakap te ...

Tu la...lain kali dgr ckp mak..kan..berkat...
Lg 1 kebetulan timing dia kena la...
Quote dua_chzy 8-1-2024 10:50 PM
B40tastePosh replied at 8-1-2024 01:40 PM
Kalau dah bijak dan minat...takkan kemana rezeki tu.

Kalau dah bodoh dan malas memang tak kemana. ...

Betul

Better la bodoh tapi rajin, daripada pandai tapi malas. Ujung2 budak2 bodoh pijak2 je kalahkan kau sebab masa ko tengah bermalas2, ko tak sedar budak2 bodoh tu dah jadik pandai berkat kerajinan pehtu ko pula jadik bodoh sebab malas nak mampus. Ujung2 jadik laki bewak mintak pompuan belanja takat makan Merrybrown berapa hengeetttt ja poonnnnnnn macam Stinky ngok2 sekor babi tersesat di porom Cari.
Quote Decaffeinated 8-1-2024 10:51 PM
Modal untuk budak melayu lemah tak payah lulus SPM. Petik cerita ni.
Quote B40tastePosh 8-1-2024 10:53 PM
dua_chzy replied at 8-1-2024 10:50 PM
Betul

Better la bodoh tapi rajin, daripada pandai tapi malas. Ujung2 budak2 bodoh pijak2 je kalah ...

Malas ni boleh ubah, kena cari something yg boleh motivate dia untuk bangun pagi dan angkat bontot.

Mostly yang bijak tapi pemalas ni sebab tak jumpa benda yg boleh motivate dia.

Yang bodoh tapi malas adalah paling tak guna..sebab tak belajar dari sejarah masa lalu.
Quote dua_chzy 8-1-2024 10:55 PM
B40tastePosh replied at 8-1-2024 02:53 PM
Malas ni boleh ubah, kena cari something yg boleh motivate dia untuk bangun pagi dan angkat bontot ...

Yeap. Tu pun betul juga.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056210 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top