CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Nak Minta Maaf, Waktu Itu Saya Agak Sensitif’ - Zarina Zainuddin Akui Khilaf Selar Netizen B*d*h

7-2-2024 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10499| Komen: 18



Pelakon, Zarina Zainuddin mengakui kekhilafan dirinya yang menyelar segelintir netizen dengan perkataan ‘bodoh’ melalui hantaran dimuat naiknya di Instagram (IG) beberapa minggu lalu.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin tampil membuat permohonan maaf kepada beberapa individu tersebut.


Menurut Zarina, dia berada dalam keadaan yang sangat marah apabila terbaca komen yang mendakwa dirinya cuba meraih perhatian serta simpati orang ramai.

"Saya nak minta maaf dan tak sepatutnya saya mengeluarkan perkataan itu".

"Waktu itu saya betul-betul marah dan terlalu beremosi sebab kita masih bersedih tiba-tiba ada pula yang kata kita ini nak raih perhatian.


"Buat apa saya nak raih perhatian orang ramai?"

Tambah Zarina, tujuan dirinya memuat naik video tersebut hanyalah untuk memberikan iktibar buat orang ramai.

"Video itu hanyalah untuk orang di luar sana jadikan sebagai pedoman dan iktibar untuk kita sesama manusia".

"Mereka ada bapa, saya pun ada bapa. Mereka ada ibu, saya juga ada ibu. Kita semua hidup ada keluarga.

"Jadi, apa sahaja kesalahan yang saya buat ini anda di luar sana jangan ikut buat".

Di akhir temu bual tersebut, pelakon yang popular dengan drama ‘Budak Tebing 2’ itu menitipkan pesanan kepada orang di luar sana untuk sentiasa menghargai insan bergelar bapa selagi mereka masih ada.


Terdahulu, Zarina dilihat menyelar beberapa netizen yang menulis komen berbaur kecaman kepadanya sewaktu berkongsi kesedihannya selepas kehilangan bapa tercinta.

Sekadar info, bapa Zarina iaitu Zainuddin Ibrahim meninggal dunia pada 22 Januari lalu akibat kanser prostat tahap empat.

Sumber: Melodi TV3, Instagram Zarina Zainuddin/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-2-2024 11:55 AM
Mmg ramai pun nitizen yg x cerdik...
Quote likilu 7-2-2024 12:15 PM
Picit picit hidung baru senget nanti
Quote laksmanabentan 7-2-2024 12:35 PM
relevan ker makcik nih??
Quote Kurex 7-2-2024 12:41 PM
Jangan gelarkan netizen bodoh, nanti netizen upkan balik gambar hutan belantara campuran amazon & hutan simpan bauksit bersama hidung jambu uols tu.. silap2 lepas ni bila anak smackdown kau, netizen pun dah takde rasa simpati
Quote IzzahF 7-2-2024 01:21 PM
tu la macik pun takkan semua benda nk share kat soc med. ngadu je lah kat tok laki ke kam twins je adoyaiii ngadu kat nets apa dapat?

tp takat bodo apa la sgt. pasal maick ni mulut bole tahan puaka niang rapik kuat mencarut jua
Quote Thunderclouds 7-2-2024 01:31 PM
Wadduyu ekspekk..
Yg btggu tgga kt medsos retis siang mlm mmg spesis budu budu aje macikkk...
Org cerdik xkoserr nk bkezahhh
Quote makton 7-2-2024 01:49 PM
myampah la aku dgn org duk rakam muka sndiri smbil nangis2.
Quote cikatilia 7-2-2024 02:18 PM
rajinnya nangis depan skrin
Quote lilacomot 7-2-2024 02:26 PM
tu la smua benda nk tayang...tgh nangis pun nk up wat live bagai...nitizen skrg smua bdk2 x ckup akai...xde empati...main redah je komen..nasib ko le
Quote prince_marhaen 7-2-2024 03:27 PM
nasib baik zaman hutan amazon makcik dulu belum ada netizen.... itupun makck berani keluar lagi ye..
Quote newyork 7-2-2024 03:27 PM
Tak paham org yg boleh nangis sambil rekod siro sendiri ni...
Quote MissVixen 7-2-2024 03:52 PM
Yolar tu. Kalau benda tu tak betul, kenapa sentap sangat. Betul la tu lapar batak perhatian. Tengah menangis rakam, tengah drive rakam, anak tengah mengamuk rakam, bersiap sebelum berjimak pun rakam.
Quote KamikuP 7-2-2024 03:52 PM
Gigih ya rekod sambil nangis2 depan henpon.. apooo
Quote kucing_gebu 7-2-2024 04:30 PM
Sendiri menangis sendiri rakam sendiri share. Ikot suka ko la weeiii
Quote ReginaGeorge 7-2-2024 06:38 PM
Jangan sampai netizen viralkan balik gambar bogel kau… aku memang tak boleh delete dah dari otak aku bulu2 pubis kau tu.
Quote Tunakimchi 7-2-2024 07:33 PM
Takut pulut rendang kena boikot ke tu. Stop la record bende2 mcm ni. Gigih record nangis
Quote isbritneybich 8-2-2024 01:27 AM
orang pun tak aware kau cakap netizen bodoh kak sendunya
Quote cmf_jeangrey 8-2-2024 04:36 AM
Oh cannot brain duduk kat meja makan ngadap hp sambil bercucuran air mata brcakap sorang2...kalaulah intelligence tu boleh diharvest, iols nak jual sekilo seringgit...supaya lebih ramai manusia cerdik menghuni alam semesta ini

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.079932 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top