CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Lari Sebab Tak Tahan Dipukul Anaknya” – Nafi Mencuri, Bekas Pembantu Rumah Zarina Zainuddin Tampil Beri Penjalasan

25-3-2024 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28147| Komen: 166

Description: Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan pembantu rumahnya telah melarikan diri dan turut membawa barangan peribadi aktres itu bersamanya.

Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan pembantu rumahnya telah melarikan diri dan turut membawa barangan peribadi aktres itu bersamanya.

Terbaru, wanita tersebut tampil memberi penjelasan dan mendakwa dia melarikan diri dari rumah majikannya itu kerana tidak tahan dipukul.

Kata Rahayu, dia sering dipukul oleh anak Zarina yang menghidap autisme iaitu Azil malah turut mendakwa mempunyai bukti badannya terdapat kesan lebam.

"Saya lari kerana sudah dipukul oleh anaknya. Saya mempunyai bukti dipukul menerusi gambar-gambar yang diambil."

Rahayu memuat naik penjelasan tersebut di TikTok namun difahamkan telah memadam hantaran itu beberapa jam kemudian.



Selain menjelaskan sebab dia melarikan diri, Rahayu juga turut menafikan tuduhan bahawa dia mencuri barang-barang milik bekas majikannya itu sebelum keluar dari rumah.

"Sehelai habuk pun saya tidak bawa lari keluar daripada rumah Zarina dan jika benar saya mencuri, kenapa tidak laporkan pada pihak polis.

"Kenapa selepas enam bulan saya keluar dari rumah itu barulah dia mahu mengungkit tentang hal ini?"

Dalam pada itu, Rahaya berkata dia tampil memberi penjelasan itu kerana telah difitnah oleh Zarina menyebabkan nama baiknya tercalar.

Terdahulu, aktres berusia 53 tahun itu menerusi Instagram telah mendedahkan bahawa wanita berasal dari Indonesia tersebut telah menghilangkan diri dan turut mencuri barangannya.

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fazzbulous 25-3-2024 07:09 PM
haiyooookkk..abis la ko zz...
Quote Mimo.mimo 25-3-2024 07:10 PM
Acik zarina nak counter apa pula?
Quote noor2 25-3-2024 07:25 PM
Mmg anak dia x betul...mak dia pun dia pukul...org gaji lagi la
Quote scarflicious 25-3-2024 07:32 PM
Inndon payah nak percaya. Tapi acik zarina pun susah juga nk prrcaya.
Quote anggeriklatifah 25-3-2024 08:07 PM
Mesti zz mengamuk dok cakap kena faham anak dia tu autisme jadi  dibolehlan memukul orang sampai mati atau tikam org..yelaa...anak autisme kan..semua dibolehkan
Quote bawaku_terbang 25-3-2024 08:13 PM
akhirnya ada isu sendiri. tayah sebok2 dah komen isu retis lain ya acik
Quote Moyangkucing 25-3-2024 08:27 PM
bawaku_terbang replied at 25-3-2024 08:13 PM
akhirnya ada isu sendiri. tayah sebok2 dah komen isu retis lain ya acik

Ya benar, asyik sibuk komen hal orang, sekarang acik bogel bole la dok diam2...
Quote cmf_premierleag 25-3-2024 09:20 PM
Dlm hal ni aku lg percaya bibik dia dr zarina amazon tu sendiri
Quote cmf_premierleag 25-3-2024 09:21 PM
noor2 replied at 25-3-2024 07:25 PM
Mmg anak dia x betul...mak dia pun dia pukul...org gaji lagi la

Sblm kene bunuh, baik la bibik dia blah je awal2
Nak confront dgn zarina amazon ni buang masa je sbb dia pun sendiri bodoh dah selalu rasa terpaling betul
Quote red_velvet 25-3-2024 09:23 PM
I lagi percaya bibik dari acik amazon ni .. kalau i pun i lari .. anak sheols kalo mengamuk memang menakutkan.. tenaga lelaki dewasa kot, memang sepenuh hati dia memukul.. bukan kecik2 budak
Quote dani-rox 25-3-2024 09:52 PM
2 things can be true at once

- anak acik ZZ pernah pukul bibik
- bibik memang melarikan diri bawak brg2 acik ZZ
Quote nallepooh 25-3-2024 11:35 PM
Kenapalah acik ni tak bagi ubat utk anak autis dia?
Quote Mary_jane 25-3-2024 11:52 PM
Wah wah makin runcing hidung.
Quote noor2 26-3-2024 05:23 AM
cmf_premierleag replied at 25-3-2024 09:21 PM
Sblm kene bunuh, baik la bibik dia blah je awal2
Nak confront dgn zarina amazon ni buang masa je s ...

Org gaji tu pun pelik knp dah 6 bulan dia pergi baru acik zarina ni nk heboh...patutnya kalau betul mencuri terus report polis...nampak sgt reka cerita..attention seeker
Quote beatgirlX 26-3-2024 07:12 AM
Alamak... Mcmana ni acik ZZ?
Udahw la tu.. Sliw skit main media social.. Tlg jg nama baik suami boleh??
Quote Zuzu75 26-3-2024 07:59 AM
#Teambibik. Berambos kau makcik zarina! Semak!
Quote asfaz 26-3-2024 08:02 AM
Ex boss suruh padam ke?.#tanyaje
Quote adeqbun 26-3-2024 08:24 AM
ai mmg susah skit nak caye bibik2 ni...tp kali ni ntah nape ai pecaya bibik ..haha
Quote AbukRokok 26-3-2024 08:26 AM
budak autism mmg ganas...tetiba je sembur org.... nasib ko budak lagi klu aku dah tempeleng

Lihat semua komen(166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.069786 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top