CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dari RM100 Naik Ke RM200’- Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Masih Culas Bayar Nafkah Setiap Anak

26-3-2024 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5486| Komen: 58

Description: Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memaklumkan bahawa pelakon itu sudah meningkatkan jumlah nafkah buat dua orang anak mereka iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.


Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memaklumkan bahawa pelakon itu sudah meningkatkan jumlah nafkah buat dua orang anak mereka iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

Bagaimanapun, ketika ditemui OhBulan!, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, Hafidz masih culas membayar nafkah buat dua orang anaknya itu.


"Nafkah anak itu naik sikitlah nilai dia dari RM100 dia bagi RM200."

"Tapi dia tak selalu bagi pun dan dia culas.

"Ada waktu dia bagi, ada waktunya tak bagi."

Tambah Shuhada, dia perlu bekerja keras untuk menampung kehidupan anak-anaknya.

"Jadi saya kena kerja keras untuk support anak-anak."

"Takkanlah saya nak bergantung kepada ibu bapa saya, mereka pun dah pencen."

"Mereka tolong jaga dan selalu ada dengan saya pun syukur Alhamdulillah."

Terdahulu, Shuhada mendakwa Hafidz culas membayar nafkah dua cahaya mata mereka.

Menurut dakwaan Shuhada, Hafidz hanya memberikan wang nafkah sebanyak RM100 untuk setiap seorang anak mereka.

Bukan itu sahaja, Shuhada mendedahkan bahawa ibu bapanya juga terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya menguruskan keperluan anak-anak.

Walau bagaimanapun, Hafidz tampil menafikan dakwaan tersebut dan mengambil pendekatan untuk tidak menyatakan jumlah nafkah yang diberikan buat kedua anaknya pada setiap bulan.

Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023.

Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023.

Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 26-3-2024 12:51 PM
Nyesal bukak baca.
Hauknya fashiun ko ke mahkamah dekkkk..
Hampooooorrnnnnnnnnn
Quote ezacbee 26-3-2024 12:52 PM
Bagi je anak2 kat apiz. Settle.

Quote red_velvet 26-3-2024 01:06 PM
Dah wx laki ko tak bekerja, dia pun mengharap duit olaf je ..mak bapak mungkin la ada support jugak kewangan.. macam mana dia nak bagi banyak.. yang si hapiz ni pun tak reti ke cari kerja lain selain belakon ... Kerjaya ko dah berkubur, terbunuh dek isu sondol , curang, ex wife meroyan segala... Kerja guard pun takpe aih... Takpun since mak ayah tu banyak duit modalkan la untuk meniaga jual t shirt vietnam kat expo ke..ade jugak hasilnye  
Quote jelitayu 26-3-2024 01:17 PM
kawin ada duit...dlm kata lain, ada kemampuan la nak menanggung bini baru tu kan, nak tanggung anak2 kot culas pulak....so siapa nak tanggung anak2 darah daging kamu tu..? ke nak suruh budak2 tu pandai2 la fikir sendiri mcm mana nak hidup..?
Quote jambatannetizen 26-3-2024 01:23 PM
Buntal nya pipi. Takmau kuruskan ke
Quote missbigrockstar 26-3-2024 01:24 PM
Aku lagi sejuk mata, sedap telinga tgk/dengar lawyer dia dari tgk muka dia dan suara dia
HR mmg notelo. Sedap ulit bini. Kalau dah tak boleh pandang ex sekali pun, ingat anak2 kau, jalankan tanggungjawab
Quote She-Ra 26-3-2024 01:43 PM
Thunderclouds replied at 26-3-2024 12:51 PM
Nyesal bukak baca.
Hauknya fashiun ko ke mahkamah dekkkk..
Hampooooorrnnnnnnnnn

48kg katanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hahahahahaaaa
membongak tak toleh kiri kanan depan belakang atas bawah
Quote alieyrina 26-3-2024 01:44 PM
Gila 200 ja bagi kat anak
Quote hokeypokey 26-3-2024 01:49 PM
sengkeknya apis
Quote BellaThePrinces 26-3-2024 02:02 PM
ikut cam akak ratu...bagi aje kat bapaknya jaga ..pandai2 lah dia cukupkan keperluan anak nnt....ada cuti panjang baru ko amik naik peghelis...cuti hujung minggu ko la turun kl jumpa anak2...ko kan biasa turun kl.

jangan biar bapak tu lepas tanggungjawab kat anak2.

apa2 pun...plis lah shu....pakai tudung tu cover la sikit muka lebar tu...
Quote mamajawie 26-3-2024 02:06 PM
walaupun aku meluat kat gigi peghelih ni tapi agak2 la piz mental kawen si jongang boleh tapi rm400 pyah nk bayar..
Quote Carcosa 26-3-2024 02:32 PM
Muka bengkak boyot! Apa bende alah ceriberi tu dah tak berkesan kah?? Produk timbang kati lah pulak kenn??
Padan jugak muka engko. Dah tau laki engko sengkek, nak jugakkkk kawen dulu. Fefeling best woman wins lah kenn? Sekali?? Kena tomoi dkt muka, terus kena hadap RM200 sebulan. Aku RM200 tu spend sehari hoiiiiii
Quote 3chanceno 26-3-2024 05:02 PM
Fesyen apa pulak yg dipakai hari nie

Apiz nie dah failkan tuntutan hadanah, tiba tak hadir pulak kesian anak2 dah lama tak jumpa bapak
Quote prizadane 26-3-2024 05:15 PM
Baju apa dia pakai ni? N kena pakai fake eyelashes ke court? Dengan sling bag gitu. Hodoh.

Apiz pun satu… faham berdendam dengan ex. Tapi boleh tak datang court supaya kes ni settle n kami netizen tak perlu nak hadap lagi news pasal ex wife kau yang gila glamour ni?
Quote HoneyManjer 26-3-2024 05:15 PM
ckup ke 200/anak nafkah?
Quote matjerk 26-3-2024 05:53 PM
Yang pasti, eye lashes makin bertingkat2..
Lps tu cakap mesti ada "ha gitu"

Dan, hafiz bila kau nak setel hal anak kau ni? Bila kau nk bg kerjasama ni? Aku dah meluat tgk dia muncul kat timeline bercakap menyeringai besi2 gigi.. meluat tau tak?
Quote dua_chzy 26-3-2024 06:03 PM
Helok lagik Sanaz dulu dapat gak bagi 500 hengget ke Nab. Punya la meskin Apis ni. Tu pun ada hati menikoh lagik.
Quote myhairisbad 26-3-2024 06:25 PM
Kemon la HR.. tak rindu anak2 ke. Serius ni. Mudahnya melepaskan anak. Dah sejauh ni kes ni dah berlambak kita maki2 Shu (sebab perangai hodoh beliau), tp HR tang tu je buat2 tak layan ek.

Memang takde rasa rindu ke kat anak tu???
Quote Fairypopcone 26-3-2024 06:58 PM
Wow gaya… nk pgi court ke pgi red carpet?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.112007 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top