CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak Ada Hati Perut! Boleh Pula Sokong Pencuri’ - Zarina Zainuddin

26-3-2024 09:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11965| Komen: 69

Description: "JANGAN fitnah anak saya, dia tak tahu apa-apa.”


"JANGAN fitnah anak saya, dia tak tahu apa-apa.”

Itu respons pelakon Zarina Zainuddin apabila anak istimewanya, Azil dikatakan memukul bekas pembantu rumahnya sehingga wanita asal Indonesia itu bertindak melarikan diri baru-baru ini.

Zarina, 53, berkata, Azil atau nama penuhnya Muhammad Razil Azrai Abu Raihan hanya akan mencederakan diri sendiri dan tidak akan memukul orang lain seperti diperkatakan  warga Indonesia yang dikenali sebagai Rahayu.

“Azil anak istimewa (austisme), dia hanya pukul diri sendiri dan tak akan mencederakan orang lain. Paling lebih pun hanya genggam tangan sahaja.

Jangan fitnah anak saya begini, dia tidak tahu apa-apa. Kalau mengamuk pun dia pukul muka sendiri bukan muka orang lain.

“Kalau kau nak hidup bebas di luar, jangan buat cerita bukan-bukan wahai pencuri,” katanya dalam Instagram.

Dalam pada itu, Zarina turut mendedahkan beberapa barangan perhiasan miliknya turut hilang dan mendakwa wanita tersebut mencurinya.

“Patutlah rantai labuh dan gelang itu sudah lama aku cari tetapi tiada sebab kau kebas.

"Orang luar yang tidak tahu jangan sedap mulut cakap saya putar belit cerita. Saya kerja setengah mati cari wang untuk bayar pembantu rumah tetapi anda semua boleh pula sokong dia.

“Tiada otak ke? Ingat aku senang ke cari duit? Macam-macam benda saya hadap,” katanya lagi.


Tambahnya, itu bukan kali pertama dia melalui pengalaman ditipu pembantu rumah.

Paling mengecewakan apabila pembantu rumahnya lari dengan meninggalkan anaknya seorang diri.

"Dia lari tinggalkan anak saya  semasa saya pergi kerja di luar kawasan. saya pergi cari duit nak bayar gaji dia.

“Anda semua memang tiada hati perut pada bulan puasa. Orang yang tak tahu cerita sudah bercakap bukan-bukan. Tidak mengapalah, Allah SWT ada,” ujarnya.

Terdahulu, Zarina menerusi hantaran dalam Instagram mendedahkan pembantu rumah warga Indonesia telah melarikan diri dan mencuri barang emas miliknya selepas mendapat gaji.

Zarina turut mendakwa Rahayu melarikan diri kerana mengikut teman lelaki dan mahu hidup bebas.

Susulan tuduhan tersebut, Rahayu pula mendedahkan dia melarikan diri dari rumah aktres itu disebabkan tidak tahan dipukul Azil dan turut mempunyai bukti.

Rahayu menafikan dakwaan dirinya mencuri barangan milik Zarina selain mempersoal mengapa aktres itu tidak membuat sebarang laporan polis sehingga hari ini. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 26-3-2024 09:28 PM
Report polis acik biar indon tu kena tangkap..ke ko bayar indon yg kosong?
Quote noor2 26-3-2024 09:56 PM
Kalau dah setengah mati cari duit apa point ko ambil laki org  jd bini no.2 laki kaya ...
Quote hunters 26-3-2024 10:02 PM
noor2 replied at 26-3-2024 09:56 PM
Kalau dah setengah mati cari duit apa point ko ambil laki org  jd bini no.2 laki kaya ...

laki kaya dgn bantuan bini 1st..baik bini no 1 jga periuk nasi sndri...
Quote jerukkedondong 26-3-2024 10:11 PM
lah tak aman rupanya hidup makcik ni..kata pulut kuning laku letop..makcik balik kg kat Parit lah...jual asam keping mcm yg makcik cerita dulu2...ddk kmpung aman..
ikut suka kami lah nk sokong sapa...
makcik pun attention seeker..

Quote yipun_78 26-3-2024 11:31 PM
Bkn sblm Ni dia rajin juga post video part anak Bila Naik tantrum pukul2 dia ke?
Quote slyfynx 27-3-2024 12:11 AM
Bukan ade ke sblm ni die up video anak die pukul die?
Ke aku salah ingat
Quote LadyCarefree 27-3-2024 12:24 AM
Berapa dia bayar gaji bibik tu? Bibik tu ada permit tak?
Quote LembingDayanti 27-3-2024 12:46 AM
aku lagi percaya yindon dari ZZ ni
Quote smeetasmitten 27-3-2024 04:36 AM
Antara azil dgn adamautism, azil lagi ganas. So yeah iols teambibik
Quote red_velvet 27-3-2024 04:42 AM
slyfynx replied at 27-3-2024 12:11 AM
Bukan ade ke sblm ni die up video anak die pukul die?
Ke aku salah ingat

Kan..ada satu video ru dalam kereta... Nenek ni menangis2 kena pukul dengan anak dia sampai berdarah hidung kalo tak salah ... Haritu tengok dia upload video anak dia yg ni tak puasa.. macam biasa dengan dialog2 provoke dia... anak dia tengah tenung kuih2 tu nak makan pastu dia keep tnaya kat anak dia semua orang puasa, satu rumah puasa . Kenapa abang taknak puasa? Eee malulah... Kenapa taknak puasa? Ulang2 tanya camtu..dahla budak tu tengah bernafsu nak mkaan, dia pulak tanya2  tak habis2 ... yang dengar ni pun annoying ..aku yang seriau  takuuttt je tiba2 anak dia mengamuk terus kena lempar dengan pinggn tu ...
Quote allshares 27-3-2024 04:54 AM
yipun_78 replied at 26-3-2024 11:31 PM
Bkn sblm Ni dia rajin juga post video part anak Bila Naik tantrum pukul2 dia ke?

Mmg ade pun. Sampai luka2 tgn zz anak dia cakar. Bkn org lain yg expose dia sendiri yg tunjuk di insta. So takyah la nk kata org fitnah mmg dia sendiri tunjuk kelaku anak dia kat insta sendiri.
Quote noor2 27-3-2024 05:13 AM
hunters replied at 26-3-2024 10:02 PM
laki kaya dgn bantuan bini 1st..baik bini no 1 jga periuk nasi sndri...

Kisahnya...


Awat hidung dia dah ke arah hidung micheal jackson dan lana nordin...
Quote syamzana 27-3-2024 05:21 AM
bukan ke pernah dia panggil polis anak dia pegang pisau nak bergasak dgn org dlm rumah (lupa dah sapa). ke tu considered acah2 je sbb tade siapa cedera??? entah la...iols tgk anaknya tu agak luar biasa tantrum (based on video2 dia tepek).

huhu...ingatkan separa mem besar jadi bini ke2 dato rupanya hazab juga mencari duit smpaikan nak byr org gaji pun gitu skali bekerja.
Quote Piramida 27-3-2024 05:26 AM
"... hanya akan mencederakan diri sendiri dan tidak akan memukul orang lain seperti diperkatakan  warga Indonesia yang dikenali sebagai Rahayu."

Laaa iya ke? Habis selama ni dia up pic dia kena pukul... Ke kadang video pembantu dia tu siapa ntah bedah ke peah ke kan pernah kena jugak kalau anak tu mengamuk?
Ke tak?
Quote eyansss 27-3-2024 05:54 AM
noor2: Kalau dah setengah mati cari duit apa point ko ambil laki org  jd bini no.2 laki kaya ...


dia ni sama macam hakak menopos kat opis aku…  dok pungpang laki kayaraya n laki kaya sebab kawen dengan dia…  ipar duai pun dok cakap laki dia kaya pasal dia…  padahal, laki kaya naik kaw2 sebab bini pertama…  pastu laki kedekut chuols…  hahahahaha…  tu yang sekarang meroyan sebab dah nak bersara n nanti takde duit dah…

Quote albedah 27-3-2024 06:07 AM
Acik delusi ke apa... Tu laaa lenkali jangan up kat med sos banyak sangat nnt lupaaa.. ce makan gingko biloba kot2 acik letak rantai labuh kat dalam peti besi kat compartment rahsia ke... Takkan la acik letak barang kemas bersepah2....
Quote rbmy 27-3-2024 06:55 AM
jalfa replied at 26-3-2024 09:28 PM
Report polis acik biar indon tu kena tangkap..ke ko bayar indon yg kosong?

kan, ke takde dokumen rasmi ke dah tamat tempoh ke apa?
report je la terus .....
Quote belacan_gurl 27-3-2024 07:58 AM
Perempuan nih teruk...mcm makcik2 kampung yg suka ngata sambil mkn mangga cicah kicap tepi tangga...cuma dia advance sikit sbb kategori makcik ada video lucah
Quote mamapea 27-3-2024 08:18 AM
dia n hilang ingatan ke apa...aku x follow pun dia ni kt mana2 socmed tp aku tau je dia pernah post yg anak dia pukul dia...siap nangis2...dah2 la nk menegakkan benang yg basah...

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065975 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top