CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Warga Emas Ditahan Kes Ugut Tembak Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh

27-3-2024 04:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5161| Komen: 2

Description: MELAKA – Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan bahawa Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh akan dibunuh susulan terlalu lantang berkaitan ...


MELAKA – Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan bahawa Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh akan dibunuh susulan terlalu lantang berkaitan isu kalimah Allah pada stoking, baru-baru ini.

Suspek berusia 68 tahun yang merupakan pemilik bengkel kereta ditahan di sekitar kawasan Kandang, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan itu dilakukan susulan laporan dibuat seorang lelaki berusia 62 tahun yang mendakwa suspek telah mengeluarkan kata-kata ugutan berkaitan keselamatan Muhamad Akmal, pagi tadi.

“Pengadu telah pergi ke bengkel suspek pada Rabu lalu sekitar pukul 3 petang dan lelaki berkenaan telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Muhamad Akmal kerana tindakannya dalam isu KK Super Mart.

“Suspek telah memberitahu bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Dr.Akmal Salleh) banyak lebih-lebih dalam isu KK Mart, satu hari dia pasti kena tembak kasi mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut beliau berkata, pengadu bagaimanapun mendakwa dia hanya berdiam diri dan tujuan laporan polis dibuat adalah kerana bimbang akan keselamatan Muhamad Akmal.

“Muhamad Akmal kemudian telah menelefon pengadu dan menasihatkannya supaya membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku telah mengeluarkan kata-kata tersebut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote s@s@ 27-3-2024 08:30 AM
acik ex komunis ka yg ugut?
Quote renko 27-3-2024 08:43 AM
s@s@ replied at 27-3-2024 08:30 AM
acik ex komunis ka yg ugut?

opcozzzzzzzzzzzzzzzzzz

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.042036 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top