CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

22 Syarikat Buka Kaunter Tawaran Kerja Kosong Bagi Pekerja Goodyear

27-3-2024 05:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5233| Komen: 8

Description: KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 syarikat akan membuka kaunter tawaran kerja kosong di kilang Goodyear Malaysia Berhad (Goodyear) di Shah Alam bagi proses pemilihan pekerja baharu.


KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 syarikat akan membuka kaunter tawaran kerja kosong di kilang Goodyear Malaysia Berhad (Goodyear) di Shah Alam bagi proses pemilihan pekerja baharu.

EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu. berkata pekerja Goodyear yang bakal kehilangan pekerjaan susulan penutupan kilang di Shah Alam, akan diberi tawaran kerja baharu berdasarkan pengalaman mereka.

Dalam perbincangan beliau bersama Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Selangor bersama wakil syarikat Goodyear, tumpuan diberi kepada usaha menyokong pekerja bagi penempatan pekerjaan baharu.



"Dalam usaha mengatasi isu ini, sebanyak 22 syarikat tempatan yang memerlukan pekerja akan membuka kaunter mencari pekerja baharu di kilang Goodyear pada 22 hingga 26 April depan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Awal bulan ini, Goodyear membuat keputusan menutup operasi kemudahannya di Shah Alam, sekali gus memberi kesan kepada kira-kira 550 kakitangan.

Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang, berkata langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.

Sementara itu, Papparaidu turut membincangkan rancangan syarikat Goodyear bagi 550 pekerja yang akan kehilangan pekerjaan bermula 30 Jun depan.

Sementara itu, Pengarah PERKESO Selangor, Ismail Abi Hashim, melawat premis Goodyear di Shah Alam untuk menangani kebimbangan pekerja menjelang penamatan operasi syarikat, 30 Jun depan.

"PERKESO Selangor memberi bantuan bagi memastikan tiada pekerja terjejas akibat kehilangan pekerjaan dengan berdaftar bersama program MyFutureJobs dan Orang Berinsurans (OB) untuk dipadan dengan kekosongan jawatan bersesuaian," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fish 27-3-2024 12:37 PM
untung...

kwn aku kilang jepun tutup masa PKP dulu sampai skrg jd suri rmh je, kakak dia jd cleaner.
cari kerja baru masa tu susah nak dpt, umur pun dah byk.
takde pulak syarikat lain nak buka kaunter mcmni dulu.

Quote Skuau 27-3-2024 12:39 PM
syaratnya mudah...'TAHAN KENA MAKI'...
Quote epullipan 27-3-2024 01:19 PM
moga nasib terbela semuanya
Quote dagusengett 27-3-2024 01:47 PM
Good job perkeso
I antara dpt claim eis alhamdulillah
Quote sranua 27-3-2024 02:54 PM
Semoga staf Goodyear dapat kerja dengan gaji yg setimpal dengan pengalaman mereka. Kalau VSS dapat sorang dalam RM30-RM40K bagus jugak utk yg memang dah plan nak pencen. Dapat duit pegi umrah ke haji.
Quote Apoo 27-3-2024 03:02 PM
Untung la pekerja Goodyear ni. Tak mcm pekerja sebuah glc milik mbi sebuah negeri di utara tu. Dah la gaji 9 bulan x dapat. Dipanggil lintah pulak.
Quote tripleid 27-3-2024 04:01 PM
untungla gomen tolong carikan kerja baru..2021 kilang SONY tutup menteri2 tebok atap Abahcow buat bodo je..
Quote B40tastePosh 27-3-2024 08:02 PM
Apoo replied at 27-3-2024 03:02 PM
Untung la pekerja Goodyear ni. Tak mcm pekerja sebuah glc milik mbi sebuah negeri di utara tu. Dah l ...

Nak Isle ko nok gaji?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046411 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top