CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Aunty Bersih' Meninggal Dunia Pada Usia 78 Tahun

27-3-2024 05:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5321| Komen: 15

Description: KUALA LUMPUR: Bekas guru Bahasa Inggeris, Anne Ooi yang dikenali sebagai 'Aunty Bersih' meninggal dunia pada usia 78 tahun, semalam.


KUALA LUMPUR: Bekas guru Bahasa Inggeris, Anne Ooi yang dikenali sebagai 'Aunty Bersih' meninggal dunia pada usia 78 tahun, semalam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata dia dimaklumkan mengenai kematian mendiang malam tadi.

"Saya dimaklumkan malam tadi bahawa Aunty Anne yang lebih dikenali sebagai 'Aunty Bersih' meninggal dunia.

"Mendiang bersama keluarganya di Australia ketika meninggal dunia," katanya menerusi laman sosial hari ini.

Fahmi berkata, beliau sudah mengenali Aunty Anne untuk tempoh yang lama dan sebahagian besarnya melalui anak perempuannya dan rakan keluarga yang rapat, Elaine Pedley.

Katanya, mereka kenal antara satu sama lain dengan lebih rapat di jalan sekitar Kuala Lumpur ketika perhimpunan (termasuk Bersih) selama ini.

"Imej ini akan selama-lamanya menyelubungi semangatnya yang gigih dalam usaha kita untuk mencapai Malaysia yang lebih baik.


"Takziah saya ucapkan kepada Elaine, Philip dan keluarga. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

"Terima kasih Aunty Anne. Semoga di kau tenang di sana," katanya.

Sementara itu, Bersih dalam media sosial miliknya turut berduka cita dengan kematian Aunty Anne.

"Kami sedih untuk berkongsi bahawa Anne Ooi, yang dikenali oleh ramai rakyat Malaysia sebagai 'Aunty Bersih' telah meninggal dunia.

"Bekas guru Bahasa Inggeris itu berjalan demi demokrasi Malaysia pada 2 Julai 2009 dan berhadapan dengan gas pemedih mata serta meriam air.

"Imej ikonik 'Aunty Bersih' berpakaian kemeja-T kuning terang sambil memegang bunga kekwa putih dan basah disimbah air bercampur kimia di luar Hospital Tung Shin menjadi imej yang menterjemahkan perhimpunan Bersih 2," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 27-3-2024 05:50 AM
Hujung hayat aunty ni mesti nyesal join bersih dulu...
Quote shida81 27-3-2024 05:52 AM
Hujung2 duk overseas x rase pun pemerintah yg di idam2 kan
Quote BoongaKertas 27-3-2024 07:46 AM
yg pernah join bersih dulu, mohon beri sepatah dua kata dgn perkembangan negara pd hari ini
Quote ichigo02 27-3-2024 08:03 AM
terok kena sembur dgn air bagai..last² dok ostolia..
Quote felinecat 27-3-2024 08:11 AM
Dok Oz ke igtkan duduk malaysia dan rasai kebersihan
Quote jlo 27-3-2024 08:13 AM
whole family migrate OZ kah
Quote shamsadis 27-3-2024 08:15 AM
"Mendiang bersama keluarganya di Australia ketika meninggal dunia," katanya menerusi laman sosial hari ini.







Quote s@s@ 27-3-2024 08:19 AM
antara geng2 penghasut satu masa dulu... negara lingkup pun xpa, wa duduk oz
Quote airmineral 27-3-2024 08:57 AM
La nape ada kat ostolia pula
Contradict dgn perjuangan
Quote SWORKS27 27-3-2024 08:58 AM
beria nak bersihkan negara, last2 die kat ausie..
semoga geng2 bershit dlu die kat luar negara je lah
Quote MadameOnion 27-3-2024 11:22 AM
elok mati masa berguling tu
Quote tungkai 27-3-2024 11:33 AM
Ala...sama la yg kat Malaysiakini tu. Toksik sangat kat bahagian komen padahal duduk oversea..Prfgggghhh...
Quote Decaffeinated 27-3-2024 01:02 PM
nw111 replied at 27-3-2024 05:50 AM
Hujung hayat aunty ni mesti nyesal join bersih dulu...

Yang mungkin menyesal (kalau ada pun) melayu. Cina tak mungkin menyesal sebab menang besar. Dorang maybe sedikit kecewa dengan PMX yes, tapi menyesal no.

Quote Decaffeinated 27-3-2024 01:07 PM
tungkai replied at 27-3-2024 11:33 AM
Ala...sama la yg kat Malaysiakini tu. Toksik sangat kat bahagian komen padahal duduk oversea..Prfggg ...

Sebab dunia sekarang tanpa sempadan. Ungkapan mata pena itu lebih tajam dari mata pedang masih valid cuma perlu tafsir ikut zaman ja. Kita pasti ka forummer dalam ni menaip dari dalam Malaysia?



Quote Far 27-3-2024 01:09 PM
Tak ikonik langsung gambar ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.077168 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top