Perkahwinan 11 tahun bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan Fitria Elfina Maharip akhirnya terlerai selepas dia melafazkan cerai melalui Whatsapp pada 11 Februari lalu. Sebelum bercerai, Fitria mendedahkan dia diabaikan Safee sejak lelaki itu berkahwin baru. Malah, dia juga sudah lebih sebulan tidak berjumpa dengan dua anak. Dakwanya, Shanika Salsabilah dan Shania Safina telah diambil Safee pada 6 Februari lalu ketika ketiadaanya di rumah. Masa berkenalan dengan Safee, rumahtangga sudah bermasalah Pergolakan yang berlaku membuatkan netizen melabel Fitria telah menerima kifarah kerana pernah menyondol isteri pertama Safee sehingga pasangan itu bercerai.
Namun, Fitria menafikan dakwaan itu menjelaskan ketika dia berkenalan dengan Safee, rumahtangga pemain bola itu sudah dilanda masalah. Kata Fitria lagi, dia menangis bukan kerana berpisah dengan Safi tetapi kerana tidak dibenarkan berjumpa anak-anak. "Semenjak dia ada perempuan tu, dia nak bersama dengan saya pun dah takut-takut. 11 tahun dengan dia, tak mustahil dia pujuk tapi tak ada. Dia cakap dengan saya, “kalau you nak pergi, pergi la”. Saya dah give up, dia tak peduli saya tak telefon saya." Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan Fitria menyerang Safee yang kebetulan bersama isteri baru. Fitria merayu supaya dibenarkan untuk berjumpa dua anaknya namun tak diendahkan mereka. Kredit: Gempak | TikTok @media_penglipurlara | Oh Media |
babynina30: Dlm keratan akhbar tu,tudung m ...
Suchi replied at 28-3-2024 07:43 AM
Anak2 dia semua pompuan je
Ehh?
tumpanglalu74 replied at 28-3-2024 02:46 PM
Hah? O tu ape? Orgasmisasi kah?
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.167885 second(s), 40 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.