CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminta Sedekah Pakai Honda CRV, Pemberi Sedekah Pakai Apa?

28-3-2024 05:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2539| Komen: 15

Description: PETALING JAYA – Seorang wanita didakwa menyamar sebagai pengemis selepas video mengenainya menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda HRV tersebar di media sosial.


PETALING JAYA – Seorang wanita didakwa menyamar sebagai pengemis selepas video mengenainya menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda HRV tersebar di media sosial.

Berdasarkan video di laman X, rahsia wanita itu terbongkar apabila seorang lelaki mengekorinya hingga ke kenderaannya selepas meminta derma di satu lokasi.


“Naik Honda oi. Naik Honda, kau peminta sedekah naik Honda, jauh kau parking sebab tu aku jumpa kau kat Keramat hari tu,” sergah lelaki itu.


Cemas dengan sergahan tersebut, wanita itu segera menafikan kenderaan itu miliknya.

“Kawan punya saya pinjam. Saya tak ada duit awak boleh cek. Saya tak ada duit nak beli barang,” kata pengemis itu.

Wanita itu juga mendakwa rakannya membantunya mengisi petrol.

Rata-rata semua pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan pandangan soal bersedekah.

“Sebab itu ada hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang kepentingan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bermula dari ahli keluarga terdekat selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Isra’ ayat 26,” komen @ciktortoro.

“Bukan nak skeptikal. Lagi baik kita sedekah ke masjid dan jiran-jiran kita yang betul-betul memerlukan,” komen Amirul.

“Aku dah pernah kena tipu sekali sampai sekarang aku tak percaya orang minta sedekah jual tisu, lantaklah orang cakap apa,” komen Fitri.

Sehingga kini video tersebut mendapat 691,000 tontonan, 1,900 tanda suka dan 1,400 perkongsian. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 28-3-2024 06:21 AM
pakai husnuzon, itu antara dia dgn Allah, sambil hulur RM10 kepada peminta sedekah..
Quote kasibiman 28-3-2024 09:10 AM
kete baru siot.

atleast crv 2006 ke buleh lagi la husnuzon.

pemberi sedekah plak naik MRT tambang pakej RM 50 sebulan.



prffthhhhhhhhhhh
Quote Skuau 28-3-2024 03:13 PM
"saiya minta sedekah tada ckp pon saiya miskin...saiya mau tambah/cari wang saja..bodoh la u olang"-
Quote _blackbird 28-3-2024 03:58 PM
boikot honda...!!! pakai axia pekak jer...
Quote Ahriman 28-3-2024 06:18 PM
Boikot Pengemis!!!
Quote belilies 28-3-2024 06:25 PM
Takda yg kenal sheols ke, siap no plat pun nampak skali
Quote hokeypokey 29-3-2024 01:42 AM
susah jugak nk jadi pemintak sedekah ni, bukan semua orang mampu tebal muka
Quote keranda.terbang 29-3-2024 02:52 PM
gilerrr koya kau wakaka
Quote green~tea 29-3-2024 06:25 PM
Aku rasa mcm pernah tengok makcik ni
Quote syamzana 29-3-2024 06:40 PM
mcm kes laki yg minta sedekah ada kad oku ritu pakai x70 ke apa entah.
kaya2 rupanya pengemis di msia
Quote fefeeling 29-3-2024 09:05 PM
Ada je pengemis jual kacang, duit ratus ribu dlm asb.. yg beli kacang dia jual pun duk bayar loan asb bulan2 tersedak
Quote ekselen 30-3-2024 12:21 AM
sbb tu iols x galakkan member2 sedekah cenggini...bkn xnk bg tp tu lah MO nye sama je.. baik bg sedekah kt surau ka masjid ka.. iols ckp sbb kita dok bg sedekah mcm tu la makin menggalakkan org mintak sedekah dan malas bekerja..
Quote Gingerly 30-3-2024 10:46 AM

Waammassaaailafalatanhar tersenyum sinis melihat pengemis palsu
Quote adiwarna 30-3-2024 03:28 PM
Pemberi sedekah dpt pahala yg berlipat kali ganda, apa la sgt motor marhaen tu...kalau berniat ikhlas lillahitaala, so jgn la kita ragu2 nak bersedekah, yg penerima sedekah tu kalo dia menipu, tahu lah nanti azab dari Tuhan....
Quote Tinot7 30-3-2024 03:33 PM
Scammer.. apa number plet keta dia tu?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050376 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top