CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Senang Betul Jadi Lelaki Zaman Sekarang, Ambil Mudah Hal Nikah ’ – Abby Abadi

28-3-2024 05:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10529| Komen: 43

Description: Pelakon Abby Abadi meluahkan perasaan kurang senang terhadap segelintir kaum lelaki yang tidak mengambil berat tentang perkahwinan dan tanggungjawab mereka sebagai suami.


Pelakon Abby Abadi meluahkan perasaan kurang senang terhadap segelintir kaum lelaki yang tidak mengambil berat tentang perkahwinan dan tanggungjawab mereka sebagai suami.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan pendapat tentang kemelut rumah tangga antara bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dengan bekas isterinya Fitria Elfina.

Aktres itu sama sekali tidak menyangka pasangan itu akan berpisah berikutan mereka kelihatan bahagia beberapa bulan sebelum bercerai.


"Tengok lama sosial isterinya, dua tiga bulan lepas elok je bahagia lagi. Tiba-tiba je dah kahwin dengan orang lain."


"Senang betul jadi lelaki zaman sekarang ini, ambil mudah je hal nikah kahwin. Tak fikir ke kalau bercerai pun tanggungjawab masih ada.

"PS: Nikah kahwin tu pilihan ya, sekian."

Terdahulu, Safee dan isterinya, Fitria sah bercerai talak dua di Mahkamah Syariah Kuala Selangor pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Safee mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita lain pada 26  Januari lalu.

Untuk info, Safee dan Fitra mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Sebelum itu, bekas penyerang JDT tersebut pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada tahun 2007 namun berpisah pada 2 April 2012. Mereka juga mempunyai dua orang cahaya mata.

Sumber: IG Abby Abadi/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-3-2024 06:01 AM
Ustazah Abby Abadi tersenyum sinis
Quote manopBKK 28-3-2024 06:06 AM
Dulu kemain lagi ko Arbakyah….nak cari keredhaan tuhan kt description medsos ko..now ape dah jadi??
Quote matjerk 28-3-2024 06:07 AM
Tengok lama sosial isterinya, dua tiga bulan lepas elok je bahagia lagi. Tiba-tiba je dah kahwin dengan orang lain."

Duta suami isteri terpaling bahagia Khalid AlAmeri n Salama pun dh bercerai
Quote putericahaya999 28-3-2024 06:35 AM
matjerk replied at 28-3-2024 06:07 AM
Tengok lama sosial isterinya, dua tiga bulan lepas elok je bahagia lagi. Tiba-tiba je dah kahwin den ...

Konferm keeee..... napa cerai
Quote matjerk 28-3-2024 06:51 AM
Edited by matjerk at 28-3-2024 06:54 AM
putericahaya999 replied at 28-3-2024 06:35 AM
Konferm keeee..... napa cerai


Dunno hari tu nampak kt twitter.. lps tu video bawah ni ada org kata dia cerita pasal childhood, ada kata dia cerita psl mariage.. dunno lah...

https://www.facebook.com/share/r ... ce/?mibextid=xCPwDs
Quote Thunderclouds 28-3-2024 07:04 AM
Aaaandd as usual lobai² setajah diam xbkutik bila kaum jantan mcm lahenet.
Quote lightheaded67 28-3-2024 08:28 AM
matjerk replied at 28-3-2024 06:07 AM
Tengok lama sosial isterinya, dua tiga bulan lepas elok je bahagia lagi. Tiba-tiba je dah kahwin den ...

tp si salama dgn khalid tu pon lah hai, apo content roast bakor mbakor laki bini
Quote ninja boy 28-3-2024 08:30 AM
Wanita2 sekalian korang dikawini hujung2 kena cerai taw
Quote MisXoXo 28-3-2024 09:18 AM
Andika putera pun dah cerai dgn wife indonesian dia kan
Quote BellaThePrinces 28-3-2024 09:43 AM
...sambil2 menjeling oman dan aslam...
Quote ladybugz 28-3-2024 10:10 AM
lightheaded67 replied at 28-3-2024 08:28 AM
tp si salama dgn khalid tu pon lah hai, apo content roast bakor mbakor laki bini

betul. i cukup x berkenan part tu. i dpt rasa both mmg terasa bila air muka tu ade brubah walaupn gelak2. mmg teruk betul content tu. sbb ex husband pun mmg suka buat lawak kasar dgn i n i mmg x buat mcm tu kat dia. i mmg x suka n sampai skrg i masih simpan kata2 kasar tu walaupn bg dia hanya lawak. menjatuhkan maruah i depan org.
Quote lightheaded67 28-3-2024 10:51 AM
ladybugz replied at 28-3-2024 10:10 AM
betul. i cukup x berkenan part tu. i dpt rasa both mmg terasa bila air muka tu ade brubah walaupn  ...

kan.mmg nmpk gigih coverline huhu. nk tunjuk sbg psgn suami isteri yg sempoi, smpi buang keperluan jaga air muka laki bini. sudahnye berpisah jua. elok la sis dh tak togede dgn ex. perasaan cinta boleh pupuk, tp hormat antara suami isteri takde kalu.. hmmm
Quote cm_vungtau 28-3-2024 11:46 AM
Bukan zaman sekarang aje. Sejak zaman bang Oman lagi
Quote adm7 28-3-2024 11:55 AM
Di malaysia ni jadi masalah kalau tak kahwin atau pilih membujang je.siap la kena cerca,perli-perli. Tapi ramai yang jadi bingai bila ada isu culas tanggungjawab, nafkah.
Quote Decaffeinated 28-3-2024 11:59 AM
Abg tesla senyum sinis
Quote Kurex 28-3-2024 12:00 PM
MisXoXo replied at 28-3-2024 09:18 AM
Andika putera pun dah cerai dgn wife indonesian dia kan

dah gayboy, tetap mencari kote
Quote matjerk 28-3-2024 01:01 PM
lightheaded67 replied at 28-3-2024 08:28 AM
tp si salama dgn khalid tu pon lah hai, apo content roast bakor mbakor laki bini

Alu x minat... sbb nampak fake.. si khalid tu.. dengan merenyeh lebar mulut tu.. sgt cringe
Quote koko2 28-3-2024 01:34 PM
matjerk replied at 28-3-2024 06:07 AM
Tengok lama sosial isterinya, dua tiga bulan lepas elok je bahagia lagi. Tiba-tiba je dah kahwin den ...

khalid salama dah cerai???? biaa uolss? bg link pls
Quote otai_g 28-3-2024 01:37 PM
Masalahnya nikah ni bkn sebelah pihak je yg nak. Kalo sebelah pihak x nak x jd jgk.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.136478 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top