CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Red Nak Belajar Buat Live TikTok – ’Saya Bukan Minta Sedekah Tau, Saya Hanya Mencari Kerja’

28-3-2024 06:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14445| Komen: 130

Description: Suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi mengejutkan ramai selepas mendedahkan bahawa dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis sejak 2019.



Suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi mengejutkan ramai selepas mendedahkan bahawa dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis sejak 2019.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu kemudian membuka akaun TikTok dan memuat naik hantaran mencari pekerjaan demi menyara keluarganya. Jelasnya lagi, pelbagai usaha yang dilakukan sepanjang 5 tahun bagi mencari perkerjaan tetap, namun tidak membuahkan hasil.

Dia juga mendedahkan memiliki hutang sebanyak RM5 juta selain terpaksa meminta belas ihsan isterinya untuk perbelanjaan diri serta anak-anak.

Terbaharu, Datuk Red meluahkan rasa syukur atas respon positif orang ramai terhadap situasi yang dilaluinya. Malah tidak menyangka bahawa kisah dan usahanya mencari pekerjaan itu menjadi tular.

"Terima kasih tuan puan, tak sangka viral pula kisah saya mencari kerja."

"Malam nanti saya belajar buat live. Tapi saya bukan minta sedekah tau, saya hanya mencari kerja."


Terdahulu, Adira dan Datuk Red gagal mencapai kata sepakat menerusi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraian mereka.

Dalam prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

Pada 25 Oktober lalu Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.

Manakala isteri pertamanya, Datin Red turut memfailkan penceraian pada Januari lalu. Mereka juga dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.

Sumber: TikTok Datuk Red/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batrisyan 28-3-2024 06:15 AM
Seriously, berapa purata income buat duit dengan live tiktok?
Quote batrisyan 28-3-2024 06:16 AM
Dia kan ada motor. Kenapa dia pilih live tiktok berbanding grab delivery?
Quote anilanil 28-3-2024 06:31 AM
Abis tu kalo dah asik bertiktok live pukul bape ko nak masuk keje? Nak jadi guard pon tak bole. Mlm2 nak buat clocking ko dok bersembang dlm live. Nak keje kilang shift pagi bole ke ko bangun awal mlm2 jadi burung hantu? Itu arif peter ajak ko keje, tapi mcm ko tak interested je. Gi la apply jadi PA kemut ke, keje packing mee opah budak gigil tu ke.
Quote MisXoXo 28-3-2024 09:16 AM
Malass..tu sbb 5thn duk goyang kaaki kot.adira ada..
Xnaklah keje2 guard apa..
Quote redz85 28-3-2024 09:28 AM
lepas dapat kerja, boleh lah sambung impian nak bini 4.. anak 20
Quote ninajaybee 28-3-2024 09:37 AM
batrisyan replied at 28-3-2024 06:16 AM
Dia kan ada motor. Kenapa dia pilih live tiktok berbanding grab delivery?

Sbb Tiktok lagi glamer. Senang2 orang bagi gift. Kalau dia jualan timbang kilo dan laku, senang buat duit.
Quote missyL 28-3-2024 07:40 PM
Nk kesian
Tp rupenye dulu scammer jual tanah kt pak cik mak cik.
Abes duit cash pak cik mak cik

Ade yg dah meninggal pn

Semoga dipermudahkan urusan baya balik hutang2
Quote Carcosa 28-3-2024 09:56 PM
Aku sikit tak kesian dkt si muka tak mandi ni
Mampos lah kau sana. Dulu Time berduit, kerje ngko membilang bini, membilang anak. Sambil2 tu, membilang betina2 yg fefeling dpt orka.
Pdhal business tah hapa2, Ujung2 meratib takde kerje, nangis2, mintak belas. Yihhhhhh!
You reap what you sow, beeech. Hadap. Ni balasan ngko
Quote Mimo.mimo 28-3-2024 10:45 PM
Gila glemer ke tok? Carilah kerja yang elok2 sikit. Anak bersusun tu nak makan. Takkan nak harap kat bini jer
Quote razzia 28-3-2024 11:01 PM
dia buat live dekat 27 k tonton siap bg gift lg.begitula rakyat malaysia cpt kesian bermodal
kan muka
kesian cita sedih
Quote meowww05 28-3-2024 11:27 PM
Menyampah laa dgn rakyat Malaysia yg mudah kesian ni, senang2 ja kau kayakan scammer
Quote zuriey 28-3-2024 11:48 PM
Dah start dah mintak sedekah
Yg bodo bbnu tiktok mudah cair..
Dia bt cerita sedih sikit dpt la lion
Jijik tgk muka ko tok red
Quote AWEKSAMURAI 29-3-2024 12:15 AM
zuriey replied at 28-3-2024 11:48 PM
Dah start dah mintak sedekah
Yg bodo bbnu tiktok mudah cair..
Dia bt cerita sedih sikit dpt la lion

Ye beb malam ni Tok Red dh masyukkk hahaha rakyat Malaysia bagi sedekah kat Live dia bape ribu dh dia collect hahaha... Bella x senang duduk skrg ni ..laki member dapat kaut hadiah banyak kat Tiktok ..laki dia kena cerca xde dapat apa pun..haha .. nnti mesti org akan buat skill cmni ..
Quote SANKURIANG 29-3-2024 12:21 AM
Bawakla grab. Aku ada knl orang ni muflis cam dia ni la…nak mkn pun sasak tak ada duit. Dulu kereta porxhe 2 ketul, mewah sangat. Kawan belot dlm bisness, dia terpalit dgn kes rasuah 2 juta RM. Dia terpaksa surrender semua utk release dari kena dakwa. Ni Tok Red ni dah scam orang kan….ada lak makhlok bagi gift kat dia. Adoi aiii orang Msia ni…baik sungguh hati ye….
Quote hokeypokey 29-3-2024 01:14 AM
kalau nk live sila live ngan adira or anak2 ngan adira baru org nk tengok, kalau live tayang muka berlobang ko hari2 takde sape nk pedulik sbb ko hodoh dan ko bkn retis..
Quote OyaTonggek 29-3-2024 01:27 AM
meols turn OFF dgr jwpn toktakmandi ni, net tanya nape nama Red, dia jwp.."sy memang suka Merah..kalau ada amoi pakai baju merah sy suka sgt"...ko ghaserr?? dah semekin pun ada hati lg tu....
Quote Frangapini 29-3-2024 02:24 AM
Dia memilih kerja, baca hari tu.. dia x mau bawa grab sebab income lepas unfuk diri dia sahaja. Dia perlu income yang besar untuk isteri & anak2 serta bayar hutangnya.

Hmmm lantak lah. Tidak dapat nak kasihan.
Quote asfaz 29-3-2024 02:36 AM
SANKURIANG replied at 29-3-2024 12:21 AM
Bawakla grab. Aku ada knl orang ni muflis cam dia ni la…nak mkn pun sasak tak ada duit. Dulu kereta ...

Ai ada baca kat IG yg org kata dia scam tu. Ada org Komen,aib org jangan dibukak
Alaaa bodoh. Ptutla ramai kena scam kat Malaysia ni
Quote asfaz 29-3-2024 02:36 AM
OyaTonggek replied at 29-3-2024 01:27 AM
meols turn OFF dgr jwpn toktakmandi ni, net tanya nape nama Red, dia jwp.."sy memang suka Merah..kal ...

Takleh hilang gatai merenyam dia

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.065958 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top