CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mak Sokong Anak Buat Jahat, Dah Ada Sejak Dulu..” – Nasihat Bella Astillah Tinggalkan Keluarga Toksik, Rita Rudaini Sindir Ibu Aliff Aziz?

4-4-2024 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18805| Komen: 134

Description: Baru-baru ini media hiburan digemparkan dengan kenyataan daripada aktres Bella Astillah mengenai rumah tangganya bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Hal tersebut telah mengundang pelbagai respon ...



Baru-baru ini media hiburan digemparkan dengan kenyataan daripada aktres Bella Astillah mengenai rumah tangganya bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Hal tersebut telah mengundang pelbagai respon termasuklah daripada rakan-rakan artis yang turut bersimpati dan kecewa dengan perkara berkenaan.

Melalui Instagram story, pelakon Rita Rudaini memuat naik satu kenyataan yang menyindir seorang ibu yang mengajar dan menyokong anak membuat kesalahan dan apabila terbongkar, ibu juga yang menyebelahi anak tersebut. Meskipun tidak mengaitkan mana-mana nama, status itu seperti ditujukan kepada ibu Aliff Aziz yang menjadi tumpuan baru-baru ini.

"Mak ajar anak buat jahat, mak sokong anak buat jahat, mak backup anak yang buat jahat. Bukan benda pelik pun.
 
‘Mak rosak’ memang dah ada sejak dulu kala."

Bukan itu sahaja, di story berikutnya, pelakon ini juga kelihatan membalas kepada video yang dikongsikan oleh portal hiburan yang memaparkan Bella sedang memberi kenyataan tentang suaminya itu. Rita berkata Bella tidak layak berada dalam sebuah keluarga yang toksik dan semua yang terjadi adalah petunjuk kepadanya.


"Family toxic ni memang ada. Dah la Bella, awak tak layak berada dalam keluarga yang toxic.
 
"Syukur Alhamdulillah, semua ini petunjuk dari Allah sebab Allah sayang awak."



Semalam, Bella telah mengakui hubungannya bersama pelakon baru yang tular itu adalah disengajakan bagi membuat suaminya cemburu. Tambahan pula, ibu kepada dua anak ini turut mendedahkan hal sebenar di sebalik kes curang Aliff termasuklah bersama Ruhainies.


SUMBER : Instagram/Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 4-4-2024 06:28 PM
nabelah nak ke dengo nasihat ritrude

Lambertssss lagi
Quote manamana123 4-4-2024 08:04 PM
omg toxic family
Quote gideoncross 4-4-2024 11:17 PM
Mokcik Rita sila diam, nnti org makin benci hokay
Quote hokeypokey 5-4-2024 02:17 AM
acik rita sila jadi mak mentua plg best ye nanti
Quote jargon 5-4-2024 02:27 AM
Nenek ni masih lg nak menyindir ex mertua..dlu ex laki suruh kau kembali taat kau gelakkan aje..kluar front page lg kau siniskan ex kau..skrg dia btul2 blah xhbis2 merentan..patotla paper sahari tu siap warning jgn petik nama dia dkt nenek ni…mmg jahat ni..tag plak bffff fcuk forever tu kaki membahan org…sial lahhh kau nenek garits..klau aku jd ti em jey aku gam mulut nenek ni..
Quote lanse 5-4-2024 05:33 AM
Tak abis abis acik ni.
Quote limesherbet 5-4-2024 05:37 AM
Mane mane individu yg nak perli mak alip i sokong jeeeee silakannnn
Quote matjerk 5-4-2024 05:37 AM
Klu mana2 kes... yg disokong pmpuan rude ni... aku memang payah nak simpati kes tu....
Quote ezacbee 5-4-2024 05:40 AM
Betul RR cakap.. family toxic baik blah.
Quote bottombikini 5-4-2024 05:41 AM
dia ni suka sgt mengumpul haters apa pasal
cer hidup elok2...belakon bagus2
mesti ramai org sokom
Quote Alvida 5-4-2024 06:20 AM
bella baik  kau dgr nasihat garita ni..kalu tk memang kau akan ditindas sampai ke mampus..tgk garita x suami pun tk berani buka mulut..silap buka mulut segala aib tersimpan pasti dilondehkan..jd wanita tegas mcm garita ok..jd wanita lembik ni hanya sesuai dlm drama kul 10 mlm jer
Quote belacan_gurl 5-4-2024 06:22 AM
Elok...bagus bagi nasihat camtu sbb ko sendiri dah rasa musibatnya perangai mentua yg jahat ..sokong Rita
Quote matjerk 5-4-2024 06:31 AM
Throwback
Screenshot_20240405_063056_Chrome.jpg

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2011/01/30/rita-rudaini-tamatkan-sengketa-dengan-mertua
Quote MadameOnion 5-4-2024 07:32 AM
tapi betul la apa yg dia cakap tu..iols sekarang tak peduli pasal bella dgn putik sampah tu...cuma nak tengok makcik halijah ibu putik kena cash je...hahaha...mak halijah ibu putik lagi interesting ye cerita dia
Quote Natrisyia 5-4-2024 08:50 AM
Mmg ada je mak mentua mcm ni, apa2 anak yg salahnya menantu, dkt luar tu belambak ya mak mentua yg mmg x bekanan kalau menantu tak bekerja, bagi dia perabis reta anak dia… haishhh dr awal nampak si mak cik halijah ni mmg sesuatu, baik mak baik adik.. asyik nak membekap si jantan sekor ni, dah terang lagi bersuluh, dh kantoi pun video mulut hansuang, tak juga malu untuk kedepan.. cuba la fikir kalau ia terjadi pula pada anak perempuan sendiri, apa pula yg si mak cik halijah ni hemburkan nanti
Quote kepompong 5-4-2024 08:53 AM
mentua toxic tu biasa .... normal... kat mana2 ada...

yg tak normal mentua baik ati semoga acik2 f tak tergolong dlm golongan mentua toxic
Quote dewi_rina 5-4-2024 10:16 AM
Nanti anak ko nak kawin jangan memilih ye rita.. Kang tu tak kenan ni tak kenan.. Yela anak kena dengar cakap mak kan? Pastu nnti anak dah ada family jangan pulak bila anak tu dgn keluarga belah bini dia ko mencapub anak lupa mak

Ko kan mak mertua mithali akan datang!
Quote Mimo.mimo 5-4-2024 10:23 AM
Harap kata2 Rita tak makan diri la ye. Another few years bakalan dapat menantu. Hope jadilah mak tua yang baik
Quote KamikuP 5-4-2024 03:15 PM
Moga ritrud dapat menantu yg terbaik dunia akhirat. AAmin

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.070741 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top