CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas Kaki Ponteng Puasa Di Perak!

10-7-2013 04:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3777| Komen: 13

Description: IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan menggandakan pemantauan rapi di semua premis makanan terutama yang beroperasi 24 jam bagi mengesan umat Islam yang didapati culas berpuasa sepanjang Rama ...
IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan menggandakan pemantauan rapi di semua premis makanan terutama yang beroperasi 24 jam bagi mengesan umat Islam yang didapati culas berpuasa sepanjang Ramadan ini.

Pengarahnya,  Datuk Mohd Yusop Husin berkata, langkah itu penting bagi mengelak berlakunya kes berleluasa membabitkan kaki ponteng puasa.
Menurut beliau, pihaknya akan menggerakkan semua penguatkuasa di seluruh negara bagi memantau aktiviti seumpama itu termasuk melakukan penyamaran terutama di premis yang telah disenaraikankan sebagai lokasi tumpuan si kaki ponteng.
“Kita ingatkan semua premis makanan termasuk restoran 24 jam tidak bersubahat menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa, ini salah bukan sahaja disisi agama, tetapi termaktub dalam enakmen undang-undang kita..jadi jaga-jagalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebagai langkah awal, beliau berkata, Jaipk akan mengedarkan surat pekeliling berupa peringatan kepada pemilik dan pengusaha premis makanan di seluruh negeri bermula hari ini.
Pekeliling berkenaan katanya, antara lain menggesa setiap penjual tidak sewenangnya menjual tembakau, makanan atau minuman secara serta-merta kepada pembeli yang beragama Islam.
Menurutnya, mereka yang merokok, makan atau minum secara terbuka di premis, boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya di bawah Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 Seksyen 24.
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusop berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi melakukan pemeriksaan terhadap hotel-hotel yang belum memiliki sijil halal dan melanggar arahan dengan  menyalahgunakan istilah bufet Ramadan.
Menurutnya, buat masa kini, Jaipk sudahpun membuat penyenaraian lengkap semua hotel berkenaan sebelum tindakan lanjut dilakukan.
“Jika dahulu kita edarkan senarai hotel yang mempunyai sijil halal, kali ini kita edarkan pula semua nama-nama hotel yang belum mendapat pengiktirafan sijil halal daripada jabatan sebagai panduan orang awam,  senarai ini kita akan edarkan dalam masa terdekat termasuk di masjid.
“Selain pemeriksaan yang akan dilakukan, kita juga mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti tidak bertanggungjawab seperti ini,” katanya.
Berdasarkan rekod tahun lalu, Mohd Yusop berkata, Jaipk bukan sahaja dapat mengesan mereka yang ponteng puasa, malah dapat menahan individu berkelakuan kurang sopan seperti berkhalwat dan bersekududukan.
“Ini juga akan kita pantau, tetapi untuk kes aktiviti tidak bermoral ini, kita lakukan sepanjang masa, tidak semestinya pada Ramadan sahaja,” katanya










1

Bagus

Marah
5

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 10-7-2013 04:27 PM
tt tak takut nnt paderi kapir masuk sini kutuk ko sibuk jaga dosa pahala org?  
Quote kakikuDibibirmu 10-7-2013 04:45 PM
perkataan culas diterima pakai?
Quote mak_wa95 10-7-2013 04:49 PM
tahniah............dapat buka tred ke 1000..............
Quote etonjelita 10-7-2013 04:50 PM
Vanggey vanggey!!!!
Quote shernazz 10-7-2013 04:59 PM
van jenazah berlegar2 di sini
Quote JohnDeSouza 10-7-2013 05:03 PM
tahniah! sila belanja!
Quote shamsadis 10-7-2013 05:14 PM
tahniah dapat bukak thread ke 1000
Quote sepaileman 10-7-2013 06:33 PM
bila sebut pasal ni teringat kedai makan yong suan kat jalan yang kalsom nun...masa bulan pose ni boleh drive thru tuu..... kekekeke
Quote Maideen. 10-7-2013 07:29 PM
Kita harap orang Isle di Perak akan terus berpuasa dan tidak termakan dakyah Zionis yang mahu mereka culas puasa. Ingat lah Zionis mahu menguasai donya termasuk daerah Lenggong. Itu pasal lah Zionis ni tak suka orang puasa.

Maideen~Zionis ke hulu zionis ke hilir. Lepas tu takbirrrrrrr.;)
Quote ogre 10-7-2013 07:35 PM
Maideen. posted on 10-7-2013 07:29 PM
Kita harap orang Isle di Perak akan terus berpuasa dan tidak termakan dakyah Zionis yang mahu mereka ...

Jangan bagi aku hilang pahala puasa dengan maki hamun engkau sahaja

Quote Maideen. 10-7-2013 08:35 PM
ogre posted on 10-7-2013 07:35 PM
Jangan bagi aku hilang pahala puasa dengan maki hamun engkau sahaja

Oh...takutnya aku newbie berhinguih nak maki aku......prrrrrrpfffftght
Quote DeMax 10-7-2013 08:40 PM
zorrro_03 posted on 10-7-2013 04:27 PM
tt tak takut nnt paderi kapir masuk sini kutuk ko sibuk jaga dosa pahala org?

Sdn tanggung depan tuan allah la bro, jgn dok sibuk jaga tepi kain org, sdn jaga amal ibadah
Quote zorrro_03 11-7-2013 08:17 AM
DeMax posted on 10-7-2013 08:40 PM
Sdn tanggung depan tuan allah la bro, jgn dok sibuk jaga tepi kain org, sdn jaga amal ibadah

dalam Islam suruh saling nasihat dan mengingatkan. kapir sila jgn jeles....  

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.101401 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top