CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Ini Terkejut Dengan Layanan 'Cemerlang' Petugas Hospital

2-2-2016 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6403| Komen: 15

Description: Pekerja kerajaan sering mendapat jolokan dan konotasi negatif. Pelbagai perkara buruk yang dilemparkan kepada mereka ini.
Oleh Adib ZA


Pekerja dan petugas kerajaan sering mendapat jolokan dan konotasi negatif. Pelbagai perkara buruk yang dilemparkan kepada mereka ini.


Tak efisien, pemalas, lembap, makan gaji buta dan macam-macam lagi tuduhan yang belum tentu berasas pun. 


Namun, berbeza dengan sebuah status dimuatnaik oleh netizen ini. Dia yang dilanda masalah apabila ibunya kini berada dalam keadaan tidak mengizinkan.


Dia menceritakan bagaimana dia dan adik beradik lain saling bergantung untuk menguatkan antara satu sama lain dalam keadaan ini. 


Namun, seminggu berada di hospital Putrajaya, banyak perkara positif yang memberi semangat dan juga inspirasi berlaku di depan mata. 


"Selama hampir seminggu jg kami berurusan dengan sekelian petugas di hospital ini. Alangkah cemerlang kerja buat mereka - sama ada pengawal, tukang sapu, para jururawat dan semua doktor.


"Sikap mereka sgt terpuji. Sentiasa melayan semua orang dengan baik tidak kira siapa. Kalaulah semua hospital punya petugas sebegini, alangkah indahnya," terang netizen ini. 


Benarlah apa yang dikatakan, di hospital semua ahli keluarga yang datang sedang dilanda kesedihan dan banyak sokongan moral yang harus diberikan.




Jika kecelaruan fikiran yang sedang serabut ditambah dengan petugas hospital yang juga bermasalah, pasti ia menyulitkan keadaan.


Tahniah buat semua petugas kerajaan khususnya hospital yang tidak henti-henti melayan para pesakit dan ahli keluarga sebaik mungkin.  


Bak kata netizen ini, "Sungguhlah benar..senyuman adalah penawar maha mujarab, yang bisa merawat segala yang tenat." - CARI Infonet


10

Bagus
6

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-2-2016 01:16 PM
semoga terus cemerlang warga hospital putrajaya!
Quote ms_furby 2-2-2016 01:38 PM
putrajaya service sgt ok...pnh deal dgn o&g hospital putrajaya..
Quote Artemesiaa 2-2-2016 02:30 PM
Syabas le buat mereka yang menjalankan tugas dengan baik
Quote Wicak01 2-2-2016 02:36 PM
Awak nak terkejut je
Quote Emperor95 2-2-2016 03:11 PM
Teruskan berkhidmat dengan baik
Quote JENABREJAM89 2-2-2016 03:25 PM

typo eh ??

Quote AGSA 2-2-2016 04:54 PM
bgus....klu dapat bonus lebih pon org x pertikaikan dgn budaya hospital dkat sini jela...
Quote sunnyisland 2-2-2016 05:01 PM
Tahniah



Quote Jerambut 2-2-2016 08:16 PM
[Netizen Ini Terkejut Dengan Layanan 'Cemerlang' Petugas Hospital ]

dah tu... tak yah mark --> 'cemerlang'... cemerlang je la terus.
'cemerlang' tu... maknanya bukan cemerlang pun. Saja sarcastic je.
Quote scents 2-2-2016 10:18 PM
TAHNIAH WARGA HOSPITAL PUTRAJAYA
Quote misscendol 3-2-2016 02:27 AM
Antara spital gomen yg meols suka selain serdang
Quote ipes2 3-2-2016 03:50 AM
Alhamdulillah, dapat jugak terbaca sesuatu yang positif di bidang perubatan public. Sebenarnya, banyak aje, cuma tidak diwar war kan. Walaubagaimanapun, kita terpaksa akui bahawa public doctors kita masih ada byk rooms for improvement sebenarnya.
Quote pittjie 3-2-2016 09:13 AM
ikut pengalaman aku yang pernah jaga mak dan bapak sakit kat hospital kerajaan kat Klang nun tu ... mmg ramai je petugas2 hospital yang buat keja dgn baik dan layan pesakit dan keluarga pesakit jgk dgn baik. tapi kita sebagai keluarga pesakit pun kena jgk la bertolak ansur dgn petugas2 hospital. jangan harapkan depa je yang buat semua kerja. contoh .. cebok dan tukar lampin mak bapak kita. until now ... dlm hati aku selalu masih berterima kasih pada semua doktor2, misi2, even cleaner yang bertugas kat wad mak dan bapak aku dulu. kat sorang guard garang tu aku tak berapa nak berterima kasih la sbb ntah kenapa ... tpt je habis waktu melawat mesti dia tercongok depan katil mak aku halau aku balik walhal masa tu aku tengah la terkial2 tukar lampin mak aku walhal kat katil pesakit lain ada je pelawat yang masih bergelak ketawa.
Quote Shahreen74 3-2-2016 10:23 AM
mmg sepatutnya la.. staff2 hospital bersikap demikian...
Quote mizkajura 3-2-2016 04:30 PM
semoga terus cemerlang

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.078905 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top