CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menu 'Simple' Selepas Pulang Kerja, Ayam Lemon Bersama Kentang

8-3-2016 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8325| Komen: 21

Description: Tak sempat nak masak? Letih selepas pulang kerja? Ala, janganlah macam begitu. Jom cuba resepi ini
Oleh Izzah Abbasy

Tak sempat nak masak? Letih selepas pulang kerja? Ala, janganlah macam begitu.

Rajin-rajinlah masak untuk seisi keluarga, banyak manfaatnya kan? Lagi seronok sebenarnya makan di rumah.
Ia juga lebih jimat dan tidak membazir.

Jom cuba resepi Ayam Lemon Bersama Kentang yang sangat mudah ini. Yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Apalagi, cepat masak!


Bahan-bahan

3 sudu minyak zaitun
6 ketul peha ayam
1 biji bawang holand (dihiris kasar)
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji kentang (dihiris halus)
1 cawan air rebusan ayam
½ epal cider
2 sudu perahan lemon
Beberapa batang rosemery
Herba thyme
Garam & lada hitam

Bahan untuk hiasan

½ hirisan keju parmesan
6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara penyediaan

1) Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.

2) Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.

3) Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.

4) Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.

5) Mula menggoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.

6) Masukkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.

7) Masukkan kentang dan taburkan garam dan lada hitam ke dalamnya.

8) Selepas itu, masukkan air rebusan ayam dan masukkan sedikit epal cider di dalam periuk.

9) Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.

10) Biarkan sehingga mendidih dan masukkan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.

11) Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.

12) Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.

13) Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.



Kalau tiada bahan-bahan yang susah-susah tu, anda gunakan mana yang ada saja. Hasilnya tetap sama dan sedap. Main campak-campak pun rasanya dah pun menjilat jari dibuatnya. Memang mudah dan menyelarakan. Selamat mencuba! - CARI Infonet


Kredit : Hasanuva

17

Bagus
15

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 8-3-2016 06:23 PM
Ini dikatakan menu yang simple???  Macam payah je nak prepare
Quote mokcikKSKB 8-3-2016 06:27 PM
Mcm x simple je..simple bg aku semua tu campak masuk dlm oven baru simple..
Quote CrowneGlory 8-3-2016 06:32 PM
Simple?? Seriously....
Quote Lagubestbest 8-3-2016 07:35 PM
Teknik atas tu boleh simple jd gini sebenarnya.
1. Perap ayam dengan salt & pepper -- bakar hingga perang
2. Tumis bawang -- salt & pepper -- masuk stok ayam & semua mak nenek -- masuk kentang & ayam
3. Tutup periuk, biar masak empuk.
Quote manjalara_01 8-3-2016 07:50 PM
mokcikKSKB: Mcm x simple je..simple bg aku semua tu campak masuk dlm oven baru simple..


sila la share resipi tersebut disini....ehehehehe
Quote merrissa 8-3-2016 08:25 PM
actually memang simple je resepi ni....

contohnya hang beli ayam....salut black pepper, garam, herbs sikit, cili serbuk, perah limau....

kalo rajin.....potong bawang n garlic....

kalo malas...letak je sos garlic, sos black pepper...dh sedap dah gak

siapppp!
Quote ira79 9-3-2016 01:41 PM
gambar dan resepi tu mcm tak sama jer..
Quote pehbedah 10-3-2016 12:42 PM
ikan bilis..cili api..bawang besar...tu baru simple...tak pun sardine..bawang..cili api..wahhh...simple n malas tahap max.
Quote CARI-IIN 10-3-2016 12:47 PM
hihi sorry la semua.. sbnrnya simple je.. tp bhn2 dia tu yg susah.. kalau abaikan bhn2 ala-ala omputih tu, senang je jadinya..
Quote kelip2_07 11-3-2016 01:36 PM
aku dh penah buat resepi..tgk resepi kt karangkraf online
Quote fire_place 11-3-2016 05:37 PM
Nampk sedap juga ni
Quote grilledmushroom 14-3-2016 07:47 AM
Lagubestbest replied at 8-3-2016 07:35 PM
Teknik atas tu boleh simple jd gini sebenarnya.
1. Perap ayam dengan salt & pepper -- bakar hingga  ...

air rebusan ayam tu guaner nak membuatnya.. rebus ayam dan ambik air rebusannya ke? berapa lama nak direbus?

atau... amik kiub pati ayam dan bancuh dalam air?
Quote chinta89 14-3-2016 11:07 AM
lapar pulaks perut iols tgk gambar mknanan time gini,, udahla tidak bekpeh ini pagi
Quote Chesire_Epilog 14-3-2016 05:16 PM
grilledmushroom replied at 14-3-2016 07:47 AM
air rebusan ayam tu guaner nak membuatnya.. rebus ayam dan ambik air rebusannya ke? berapa lama na ...

Dua-dua pun boleh kot, stok ayam tu pun daripada air rebusan ayam gak
Quote grilledmushroom 14-3-2016 06:06 PM
Chesire_Epilog replied at 14-3-2016 05:16 PM
Dua-dua pun boleh kot, stok ayam tu pun daripada air rebusan ayam gak

tulah.. saya tak baper konpiden nak merebus ayam.. tatau baper lama patut rebus untuk dapatkan air rebusan ayam yang secukupnya. (nampak nor tak expert masak ).  senang pakai kiub pati ayam campur air je la ek
Quote Lagubestbest 14-3-2016 09:45 PM
Edited by Lagubestbest at 14-3-2016 09:46 PM
grilledmushroom replied at 14-3-2016 07:47 AM
air rebusan ayam tu guaner nak membuatnya.. rebus ayam dan ambik air rebusannya ke? berapa lama na ...

Err.. kalo nak buat sendiri pun boleh. Lebih sihat tanpa pengawet.10 ketul tulang2 ayam, atau kaki ayam ketuk2 sket
1 halia ketuk2 sket
Bawang besar sket (manis semulajadi)
Garam sket (atau carrot atau seleri, untuk masin semulajadi)


Cara:
Rebus 2 jam api slow atau,
Slow cooker set 8 jam atau,
Pressure cooker sejam je.


Dah sejuk. Tapis. Air tu bekukan dalam bekas ice cubes freezer.
Nak guna amek la. Jgn silap taruk dalam air tea o ais lak.



Quote Lagubestbest 14-3-2016 09:51 PM
Edited by Lagubestbest at 14-3-2016 09:54 PM
manjalara_01 replied at 8-3-2016 07:50 PM
sila la share resipi tersebut disini....ehehehehe

Haha kalo nak yg sempoi gitu ni caranya. Ni selalu me, selaku bujang maskulin memasak.
1. Amek seketul ayam
1. Tabur garam halus / tabur black pepper. -- Curah minyak 1 sudu besar (optional).
-- kalo biar semalaman ke rasa meresap sket, kalo tak.. adala rasanya jugak (optional).
2. Taruk ayam masuk oven 150c 30 minit.
3. Dah siap, curah madu 1 sudu besar.

4. Yummmm ahhhhhhhhhhh sedap sgt!!!!


Quote grilledmushroom 14-3-2016 11:48 PM
Lagubestbest replied at 14-3-2016 09:45 PM
Err.. kalo nak buat sendiri pun boleh. Lebih sihat tanpa pengawet.10 ketul tulang2 ayam, atau kaki ...

terima kasih atas penerangan dan tunjuk cara yang amat detail. Ianya amat dihargai

ai kalau bab masak, kena ada penerangan gini.. almaklum, ai tak terer hehehe.

terima kasih ya..
Quote deekhan 27-3-2016 05:39 PM
simple ape gitu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049630 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top