CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ramai Tidak Tahu Khasiat Memakan Kaki Ayam!

1-4-2016 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7492| Komen: 19

Description: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh


Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.kuliner123.com/


Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. 
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.


Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.


Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. 



Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. 


Berikut adalah cara-cara menyediakan sup kaki ayam special di utara Malaysia dan bahan-bahan yang diperlukan: 


BAHAN-BAHAN
– 500 gram kaki ayam, dipotong dua.
– 3 biji bawang merah yang dihiris
– 5 ulas bawang putih yang dihiris
– 1 inci halia juga dihiris
– 1 sup bunjut
– Sedikit rempah 3 serangkai -kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga
– Sedikit minyak
– Sedikit garam
– Daun sup, bawang goreng, daun bawang – penambah perasa
– Sayur ikut citarasa sendiri – kentang, lobak merah, cendawan…
– Air

 

CARA-CARA: 
1. Masukkan semua bahan-bahan – kaki ayam, sup bunjut , bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan rempah serta air hingga tenggelamkan bahan-bahan termasuk kaki ayam.
2. Reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan pastikan kaki ayam lembut. Tambah air sekiranya perlu.
3. Masukkan sayur-sayuran yang telah dipilih tadi, reneh sehingga masak. Kalau guna ubi kentang, ia hendaklah dimasukkan terlebih dahulu kerana masa lebih panjang untuk lembutkannya. Juga masukkan garam.
4. Hidangkan serta tambahkan dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. 



sumber info : http://www.eresipi.com/sup-kaki-ayam-special/
16

Bagus
20

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 1-4-2016 04:36 PM
Sedapnyeee sup kaki ayam
Quote Senja#merah 1-4-2016 05:04 PM
Biasa makan ni...memang sedap kadang kala boleh juga masak dengan kicap,pun sedap
Quote hayati_hassan 1-4-2016 05:17 PM
mee kari kalau letak kaki ayam memang marbeles
Quote hanamunir 1-4-2016 05:40 PM
sedapnye kerabu kaki ayam..
buat pedas kaw2, hiris cili padi nipis2, nyum2..
Quote MsKathryn 2-4-2016 05:04 PM
Favorite kaki ayam masak kicap... sedapnya
Quote pearl.silver 2-4-2016 08:55 PM
Dulu i x pnh mkn kaki aym
Klu bli ayam, i buang je kaki tu
Klu wat sup pun, nnt buang je kaki tu
Sampai laa ada sorg ank sedara ni faveret dia kaki aym. So klu dia nk dtg, kkk request simpan kaki aym utk dia...pastu dia dpt kaki aym tu syok btul mkn
Sejak tu i pun try mkn kaki aym..eh sdp..
Dan xpnh dah buang kaki aym
Quote FARRAZOOL 26-5-2016 11:55 PM
Tak lalu nak makan kaki hayammmm
Quote purpledesire 27-5-2016 06:13 AM
selalu saya buang kaki ayam nie..huhuu
Quote mizsrose 1-6-2016 03:45 PM
dulu memang tak penah nak masak kaki ayam... cam tak sanggup je... tapi ade satu hari tu merasa sup kaki ayam....perghh memang sedap nikmat lemak dia tu... kene masak lama la sket kasi lembut kaki tu... serius sedap!! ekeke
Quote eileen80 2-6-2016 10:07 AM
suka mkn kaki ayam.
especially kalo wat sup ditmbh dgn kacang tanah.
Quote Lilith. 2-6-2016 02:43 PM
makan je kaki ayam. bagus tambah colagen dlm badan.
Quote redz85 3-6-2016 10:44 AM
walaupun aku tak cerewet makan.. tapi kaki ayam aku belum boleh terima..
Quote tintin22 8-6-2016 11:22 AM
Lilith. replied at 2-6-2016 02:43 PM
makan je kaki ayam. bagus tambah colagen dlm badan.

tu la i pon baru tau,iolz mkn jepatut melekit mulut lps mkn hehe
Quote fifie_olin 9-6-2016 12:32 PM
kuah sup je mampu aku hirup
bab kaki dia mmg x laa
Quote kaksarah66 11-6-2016 02:37 AM
fifie_olin replied at 9-6-2016 12:32 PM
kuah sup je mampu aku hirup
bab kaki dia mmg x laa

Ada orang nampak kaki ayam terus tak lalu nak makan. Akak kalau buat sup ni, kalau ada tetamu takkan keluar kaki ayam tu. Satunya kita andaikan ada orang terus tak lalu nak makan, satu lagi segan pula serve kaki ayam dah macam kurang lauk pula.
Quote HoneyClover 11-6-2016 09:46 PM
sup kaki ayam mmg sedap..
Quote cikcikebom 9-8-2016 10:39 AM
nyummmm sedapnyaaa.
Quote Redempire 15-8-2016 12:20 AM
ada yg buat kerabu kaki ayam jgk....sedapppp



http://toppikmalaysia.com/category/news/
Quote dyana612 15-8-2016 08:21 AM
sdpnya, dh la mengandung,terliur anak

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.065301 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top