CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jangan Lepaskan Peluang! Saksikan Dengan Jelas Planet Zuhal Jumaat Ini

1-6-2016 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11861| Komen: 47|Original author: CARI-IIN

Description: Rakyat Malaysia berpeluang melihat planet Zuhal pada posisi istiqbal
Oleh Izzah Abbasy

Rakyat Malaysia berpeluang melihat planet Zuhal pada posisi istiqbal (bertentangan dengan matahari) melalui teleskop, binokular malahan dengan mata kasar di langit Malaysia selepas matahari terbenam, pada Jumaat ini.

Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari.

Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu.


Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Observatori Negara Langkawi, Farahana Kamarudin, berkata istiqbal adalah posisi lintasan planet yang paling hampir dengan bumi.

"Apabila dilihat menerusi mata kasar, ia akan kelihatan seperti bintang yang cerah," katanya.

Planet itu akan berada di sebelah timur dengan buruj Scorpio. Jika menggunakan telefon pintar, anda boleh menggunakan perisian Google Sky atau StarMap untuk membantu menjejak planet itu.


Planet Zuhal mengambil masa selama 29.5 tahun (10,759 hari) untuk melengkapkan orbitnya mengelilingi Matahari.

Planet Zuhal akan berada pada posisi istiqbal ini setiap 378 hari dan jangkaan seterusnya akan berlaku pada 15 Jun 2017.

Kali terakhir planet Zuhal berada di posisi istiqbal adalah pada 23 Mei 2015. Jadi, apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan planet Zuhal ini yang muncul hanya setahun sekali. - CARI Infonet

Kredit : Berita Harian

25

Bagus
18

Marah
35

Terkejut
34

Sedih
17

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 1-6-2016 02:23 PM
hopefully xlupa
Quote FARRAZOOL 1-6-2016 02:24 PM
InsyaAllah akn try tengok planet tu
Quote sarahmirza 1-6-2016 02:31 PM
Set reminder ya siapa yang nak tengok tu.. Hihi
Quote cmf_blingblings 1-6-2016 02:33 PM
menarik ni...Jumaat...
Quote Nadim 1-6-2016 02:34 PM
Don't missed it...
Quote susukambingbest 1-6-2016 02:35 PM
Nak tgok, inshaa allah,, hrp ada rezeki kta dpt tgok planet zuhal jmaat nti
Quote Modngengade 1-6-2016 02:38 PM
kalau dgn mata kasar nmpk seperti bintang yg sangat cerah jer kan sis?
Quote spiderman80 1-6-2016 02:48 PM
Planet tercantik di dunia.
Quote pooh~key 1-6-2016 02:56 PM
Siapa ada teleskop? Akak nak pinjam boleh sis?
Quote mujer_in_espejo 1-6-2016 10:22 PM
Menarikk!!
Quote kitty_lynne 1-6-2016 10:42 PM
spiderman80 replied at 1-6-2016 06:48 AM
Planet tercantik di dunia.

Didunia atau di alm semesta???
Quote red_cattleya 1-6-2016 11:47 PM
selalu je aku terlupa. aiyoo
Quote kemaruk 2-6-2016 12:15 AM
red_cattleya replied at 1-6-2016 11:47 PM
selalu je aku terlupa. aiyoo

kalau nak tengok benda cantik, awak tengok cermin dah cukup
Quote mbhcsf 2-6-2016 02:16 AM
depa kata UK - 9: 45 pm 1st June , insya Allah nak tengok jugak ....northern sky
Quote MissNigga 2-6-2016 08:12 AM
what ever yang berkaitan ngan astronomi .. angkasaraya ... mmg iols minat sesangat ....

ruang angkasa ... penuh dengan misteri....
Quote AbukRokok 2-6-2016 09:18 AM
Zuhal keliling matahari keeeeeeeeee
zuhal keliling bumi
Quote AbukRokok 2-6-2016 09:19 AM
Quote Jajabeans 2-6-2016 09:56 AM
lama xdgr perkataan buruj
Quote ad_hoc79 2-6-2016 10:03 AM
kalau aku tgk langit, aku xpasti aku nampak ke planet ni

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.106683 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top