CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2016 Nostalgia Lihat artikel

Ketupat Daun Dan Palas Semakin Dilupa Atau Masih Dianyam Malam Raya?

20-6-2016 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10242| Komen: 20

Description: Jika ditanya anak-anak muda, mereka sudah tentu tahu makan sahaja
Oleh Izzah Abbasy

Umum mengetahui ketupat merupakan sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dan direbus dalam periuk. Terdapat dua jenis ketupat iaitu ketupat daun dan ketupat palas.

Namun, tak ramai yang tahu apakah itu ketupat palas dan daun. Jika ditanya kepada anak-anak muda, mereka sudah tentu tahu makan sahaja. Betul tak?

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Isinya pula ada yang kosong ada juga diletakkan kacang. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.

Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.

Adakah keluarga anda masih melakukan cara menganyam ketupat palas dan daun secara tradisional? Atau membeli ketupat yang sudah siap seperti jenama Nona, basuh dan rebus dah siap. Penulis yakin, masih ramai ibu dan nenek kita yang mengamalkan menganyam ketupat daun dan palas namun tidak dipraktikkan kepada generasi anak muda hari ini. - CARI Infonet

Ketupat palas


Ketupat daun




Cara menganyam ketupat palas dan daun





24

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
28

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 20-6-2016 12:14 PM
dulu masa kecik2 rajin arrr tolong mak anyam ketupat bawang tu...tp skg semua org guna ketupat segera je
Quote Artemesiaa 20-6-2016 12:21 PM
Dah tak ramai yang pandai mengayam ketupat daun kelapa zaman sekarang ni. Ramai yang beralih kepada ketupat segera sebab ia senang dan lebih cepat disediakan.  Kalau ketupat palas lebih famous buat negeri2 belah utara.  
Quote lurve82 20-6-2016 12:27 PM
aku masih pandai anyam lg..thn lpas buat ketupat...thn ni xtau lg..
Quote Super-M 20-6-2016 01:39 PM
Wajib anyam buat ketupat,pulut kacang,dan lontong daun pisang.nyum2..
Quote intan_smsb 20-6-2016 02:06 PM
tahun ni mebi abah iols beli yg da siap anyam, sebab kalau tunggu iols anyam confirm hegeh2
Quote clarizsa 20-6-2016 02:46 PM
xde masa nak cuba... i beli ketupat segera juga.. sedap gak..
Quote zameyla 20-6-2016 03:17 PM
Aku masih buat ketupat daun palas dgn mak dan kakak...
Selalunya sehari sebelum raya kitaorg akan buat...
Quote sabar_sabariah 20-6-2016 04:09 PM
ketupat daun still kena buat...
takde makna raya kalau makan nasi impit segera
Quote pr3ttytw33ty 20-6-2016 04:20 PM
ketupat palas..benda wajib tetiap tahun mak aku akn wat. hanye die n ayah aku je pandai anyam. kdg tu ade la acik2 mai tempah kt mak aku berkilo2. jenuh nk memalas
Quote eenhemo2 20-6-2016 11:29 PM
Sedapnye ketupat daun palas
Quote batmana 20-6-2016 11:52 PM
ketupat segera tk wangi..

aku cume tau anyam ketupat palas, bawang, satey, jantung aje.

korg biasa2kn la diri tolong org tua mlm raya, bole turun ilmu anyam tu nnti..
Quote Missfadh 20-6-2016 11:58 PM
Hanya mak je yg tahu anyam ketupat. Anak2 beliau tak tahu lgsg. Dah terbiasa mkn yg segera.
Quote cmf_Kimmy 21-6-2016 08:18 PM
aku tak reti mengacam ketupat .....tapi aku suka makan ketupat daun palas ni.
Quote jenniferbrownz 5-6-2018 04:18 PM
Terima kasih!Ini telah banyak membantuku buat projek saya!
kissmanga
Quote AyaqMeloSuam 6-6-2018 12:10 AM
Kmi sentiasa buat ktupat palas. Wajib ada... ketupat jagong..
Quote wafeloren 6-6-2018 11:42 AM
org suka je makan tapi ramai yg tak reti menganyam tersasuklah diriku ini.
Quote beeeee 6-6-2018 02:56 PM
tiap tahun belajar anyam ketupat. pastu lupa hahaha adoi
Quote chanteksekali 7-6-2018 04:51 AM
Masihhhh ya. Tupat palaasss. Yg pandai membalut adik i yg lelaki. Mmg keje dia tia2 tahun.Akak dia tau makan jek
Quote akkipanwar 27-10-2018 04:16 PM
Thanks for this post.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.206149 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top