CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Air 'Tuak' Popular Di Bulan Puasa

29-7-2013 09:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18884| Komen: 174

Description: KOTA BHARU Nira kelapa atau lebih popular dengan panggilan 'tuak' dalam kalangan masyarakat negeri ini merupakan sejenis minuman yang dihasilkan daripada keratan mayang kelapa. Tuak kelapa merupakan ...


Daud Yusoff melayan pelanggan yang singgah  membeli air nira di rumahnya di Kampung Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa, Kota  Bharu, baru-baru ini. - utusan/yatimin abdullah

KOTA BHARU 24 Julai - Nira kelapa atau lebih popular  dengan panggilan 'tuak' dalam kalangan masyarakat negeri ini merupakan sejenis  minuman yang dihasilkan daripada keratan mayang kelapa.
Tuak kelapa merupakan sejenis minuman yang cukup popular dalam kalangan  masyarakat negeri ini sebagai penghilang dahaga.
Maka, tidak hairanlah minuman yang mempunyai rasa enak ini sering menjadi  pilihan utama masyarakat Islam di negeri ini sebagai sajian ketika berbuka  puasa.


Setiap kali tibanya bulan Ramadan, minuman tradisi ini pasti mendapat  permintaan tinggi daripada umat Islam untuk dijadikan minuman segar sewaktu  berbuka puasa.
Selain rasanya yang enak, minuman berkenaan dipercayai dapat menghilangkan  keletihan dan menyejukkan badan bagi meredakan penyakit seperti demam panas.
Pengusaha minuman berkenaan, Daud Yusoff, 58, atau lebih mesra dengan  panggilan Pok Od berkata, kebiasaannya nira yang diambil daripada mayang kelapa  akan dijadikan sebagai manisan atau gula nira kelapa.


Menurutnya, situasi tersebut berubah setiap kali tibanya bulan Ramadan,  apabila nira yang diperoleh diproses untuk dijadikan sebagai minuman kerana  mendapat permintaan pada bulan puasa.
Katanya, setiap hari dia mampu menghasilkan 10 liter minuman tersebut  daripada 13 batang pokok kelapa yang dipajak daripada penduduk kampung.
"Saya memungut nira daripada mayang kelapa ini dua kali sehari iaitu pada  pagi dan petang dengan setiap tuaian menghasilkan kira-kira lima liter.
"Bagaimanapun, cuaca turut memainkan peranan dalam jumlah pengeluaran nira.  Jika cuaca hujan dan lembap, hasil nira meningkat, manakala hasil akan  berkurangan apabila cuaca panas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung  Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa di sini baru-baru ini.

Tambahnya, permintaan yang tinggi sepanjang Ramadan menyebabkan dia memilih  untuk memberikan tumpuan kepada penghasilan nira berbanding aktiviti membuat  manisan.
Pok Odd memberitahu, sepanjang Ramadan dia mampu memperoleh pendapatan  lumayan hasil jualan air nira yang diusahakannya itu.
"Dulu saya bekerja sebagai tukang rumah, namun disebabkan pendapatan tidak  menentu, saya mengambil keputusan dan cuba menghasilkan nira bagi digunakan  membuat manisan.
"Namun disebabkan permintaan tinggi pada bulan Ramadan, saya mengambil  keputusan untuk menghasilkan minuman berkenaan (air nira) dengan lebih  serius.
"Alhamdulillah pendapatan yang saya peroleh mampu digunakan untuk menampung  perbelanjaan kami sekeluarga," ujarnya.

Tambah beliau, bagi menambah keenakan air nira yang dihasilkannya, dia  menggunakan aroma kayu cengal yang diletakkan di dalam bekas plastik ketika  proses tuaian dilakukan.
Pok Odd berkata, air nira yang dihasilkannya dijual secara borong dan runcit  yang dimasukkan ke dalam botol plastik mengikut kehendak pelanggan.
Menurut Pok Odd lagi, meskipun usianya telah mencecah 58 tahun, namun dia  tetap bersemangat meneruskan pekerjaan menghasilkan air nira bagi meraih rezeki  untuk menyara keluarga. 

Sementara itu, seorang penggemar minuman berkenaan, Che Rosli Che Ali,  40, berkata, setiap kali tibanya bulan Ramadan, dia akan menjadikan air nira  sebagai minuman utama ketika berbuka puasa.
Che Rosli berpendapat, minuman berkenaan mampu membantu memulihkan kesihatan  dalaman badan seperti sakit urat dan membekalkan tenaga setelah seharian  berpuasa.
Kata lelaki itu, dia menggemari minuman itu disebabkan aroma dan rasanya yang  enak.

"Air nira cukup lazat diminum ketika sejuk. Rasanya sedikit masam bercampur  manis mampu memberikan kepuasan kepada para penggemarnya.
"Tidak hairanlah minuman ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan  para penggemarnya yang tahu akan keenakan rasa minuman ini," jelasnya.

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_rambutan 28-7-2013 01:55 PM
kalau tanya orang yang minat memang sedap.... mcm tanya org yg minat budu.. mestilah budu paling kaw punya sedap... kalau tanya jawa... tempe paling sedap..
Quote noor2 28-7-2013 01:57 PM
teringin nak rasa......

Quote Maideen. 28-7-2013 02:01 PM
Napa tak brandy ajer?
Quote Anak_Nogori 28-7-2013 02:07 PM
cmf_rambutan posted on 28-7-2013 01:55 PM
kalau tanya orang yang minat memang sedap.... mcm tanya org yg minat budu.. mestilah budu paling kaw ...

Saya tak pernah rasa "tuak" kelapa ini..tapi "tuak" enau saya pernah rasa...tapi todi dari  kelapa saya pernah rasa...
Quote Anak_Nogori 28-7-2013 02:08 PM
Maideen. posted on 28-7-2013 02:01 PM
Napa tak brandy ajer?

aaah..Air "brandy" popular dibulan posa..
Quote cecari 28-7-2013 02:23 PM
Maideen. posted on 28-7-2013 02:01 PM
Napa tak brandy ajer?

kat thread ni pun dia mai merayap dan terhegeh2 pulak tu. lobai lobai
Quote dino 28-7-2013 02:26 PM
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:07 PM
Saya tak pernah rasa "tuak" kelapa ini..tapi "tuak" enau saya pernah rasa...tapi todi dari  kelapa ...

sedap air tuak.... tunggu balik kg aa br leh minum.... hiks
Quote Anak_Nogori 28-7-2013 02:28 PM
dino posted on 28-7-2013 02:26 PM
sedap air tuak.... tunggu balik kg aa br leh minum.... hiks

tak tueng ke dino?.....mana tahu terlanggar dinding lepas minum tuak ni..
Quote dino 28-7-2013 02:34 PM
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:28 PM
tak tueng ke dino?.....mana tahu terlanggar dinding lepas minum tuak ni..

tak la... lain la klau simpan jd masam serupa arak....tuak blm jadi arak lg....
Quote Anak_Nogori 28-7-2013 02:37 PM
dino posted on 28-7-2013 02:34 PM
tak la... lain la klau simpan jd masam serupa arak....tuak blm jadi arak lg....

Ohh...ok..nanti kalau gi sana..nak cari tuak ni lah.
Quote dino 28-7-2013 02:40 PM
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:37 PM
Ohh...ok..nanti kalau gi sana..nak cari tuak ni lah.

try la... marbelos....
Quote Peya 28-7-2013 02:49 PM
Tak pernah minum, nk gak rasa
Quote boyagombak 28-7-2013 02:54 PM
Air nira ni mmng sedaple tapi kalau diperam lg lama maka jdlh air tuak @ todi yg haram diminum krn memabukkan
Quote Decaffeinated 28-7-2013 02:57 PM
tiap tahun bulan posa mesti ada citer tuak ni.

lepas tu mesti ada citer kandungan alcohol dalam tapai

lepas tu gaduh....

calling Muntz Connan err... Lejen bole?

Quote md.jie 28-7-2013 02:59 PM
hilang dahaga katanya
Quote Vokuro 28-7-2013 03:00 PM
Air tuak ini rasa mcm bergas sikit, manis laj sebab air tuak ini juga sumber pembuatan gula melaka.
air ini adalah juice yg menitik drp bunga kelapa yg dinpotong untuk keluarlan airnya, ia di titikan dalam buluh yg di ketakkan di dalam nya some kind of kayu, tujuan kayu itu tak pasti lah apa.
kalau dah masam biasa org dah tak minum sebab obviously level alcohol dah tinggi dan saya percayai sebelum masam pun level alcohol pun udah ada tinggi jua karena biasa air tuak ini mereka overnight kan untuk penuh tabung buluh itu baharu lah di pungut. Last edited by Vokuro on 28-7-2013 03:03 PM

Quote dino 28-7-2013 03:06 PM
Vokuro posted on 28-7-2013 03:00 PM
Air tuak ini rasa mcm bergas sikit, manis laj sebab air tuak ini juga sumber pembuatan gula melaka.
...

klau dah berbuah n masam dah leh buat mabuk.... klau peram lg jdlah cuka....


Quote Decaffeinated 28-7-2013 03:23 PM
Vokuro posted on 28-7-2013 03:00 PM
Air tuak ini rasa mcm bergas sikit, manis laj sebab air tuak ini juga sumber pembuatan gula melaka.
...

kayu chengal yang direndam itu utk bau lah kak.

rasa masam itu adakah kerana alcohol saya kurang pasti kerana setau saya alcohol ini memberikan rasa pahit dan perasaan seperti berdesing begitu. seperti minum air gas tapi lebih kuat katanya...

Quote Decaffeinated 28-7-2013 03:25 PM
dino posted on 28-7-2013 03:06 PM
klau dah berbuah n masam dah leh buat mabuk.... klau peram lg jdlah cuka....

mungkin juga masam menandakan ia sudah tidak selamat utk diminum. mcm basi....

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.137696 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top