CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekasih Sengkek Belasah Janda Beranak Dua !

30-7-2013 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7912| Komen: 66

Description: Kuala Lumpur, 30 Julai : Seorang Janda Beranak Dua Berusia 42 Tahun Cedera Di Badan Dan Kepala Selepas Dibelasah Teman Lelakinya Dalam Kejadian Di Kawasan Perumahan Di Pantai Dalam, Di Sini, Kelmarin.
Kuala Lumpur, 30 Julai : Seorang janda beranak dua berusia 42 tahun cedera di badan dan kepala selepas dibelasah teman lelakinya dalam kejadian di kawasan perumahan di Pantai Dalam, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian  jam 10 malam itu, janda terbabit bukan saja diterajang malah kepalanya  dihentak dengan topi keledar oleh teman lelakinya yang berusia awal 30-an. Tambah malang, dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok.    Menurut sumber, teman lelaki bertindak kerana berang mangsa enggan memberikannya wang.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dan teman lelakinya itu bersembang di taman berhampiran rumahnya.



  “Teman lelakinya  meminta wang daripada mangsa bagi membeli baju raya. Namun mangsa mendakwa tidak mempunyai wang.

  “Mangsa menegur teman lelakinya itu supaya tidak terlalu bergantung kepadanya setiap kali mahukan wang kerana dia perlu membesarkan dua anak lelakinya yang masih bersekolah,” katanya.

Sumber itu berkata, teguran mangsa menyebabkan mereka bertengkar lebih 10 minit.


  “Teman lelaki mangsa yang hilang pertimbangan  mencapai topi keledar sebelum menghentak kepala mangsa beberapa kali. Mangsa yang terjatuh kemudian dipijak di perut.

  “Kedua-dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok,” katanya.

Teman lelaki mangsa hanya berhenti memukul mangsa apabila melihat beberapa penduduk sekitar menghampiri mereka selepas mendengar jeritan janda berkenaan.

Katanya, lelaki itu  meninggalkan kawasan berkenaan manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini.

Mangsa yang cedera di tangan, kepala dan badan dirawat di  hospital berhampiran.

Difahamkan, mangsa mendakwa sering dipukul lelaki terbabit sekiranya tidak memberikannya wang namun sebelum ini tidak tampil membuat laporan polis kerana mencintai lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


12

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen 30-7-2013 07:26 AM
love is blinddddddd
Quote mr_crab 30-7-2013 07:36 AM
nota kaki tu . hang xpuasa ke tong. pepagi berlucahan
Quote kaseh80 30-7-2013 07:41 AM
sengkeknya jantan nak beli baju raya minta ngan pempuan
Quote kakiputaralam 30-7-2013 07:52 AM
Hinanya pasangan nie


Quote md.jie 30-7-2013 08:08 AM
pokcik da bertahun xbeli baju raya.. buleh ja raya dengan happy nyer
Quote kasibiman 30-7-2013 08:41 AM
aku mmg tak paham kebodohan pompuan dok kejar "bad boy" types.
Quote alladeen 30-7-2013 08:47 AM
hapraknye jantan neh...
Quote gede-bab 30-7-2013 08:52 AM
boddoow punya pompuan...jantan macam tu pun sayang nak buat laki....
Quote syanis4114 30-7-2013 01:42 PM
Kerana cinta, badan binasa...
Quote kecimpret 30-7-2013 01:48 PM
beli baju raya pun x mampu ka?..mari kita gelakkan jantan sengkek ni





Quote niceghost2005 30-7-2013 01:51 PM
gede-bab posted on 30-7-2013 08:52 AM
boddoow punya pompuan...jantan macam tu pun sayang nak buat laki....

Cuber komer tanyai dier...............naper dier bercerai dahulu???
Quote Babai 30-7-2013 01:51 PM
Betina tua tu yang BAHLOL, tak faham2 jantan tu nak pookey ngan duit dia jer.
Quote pakwetizzaqyah 30-7-2013 01:53 PM
hehehe...terer tol jantan ni...janda ni tk pandai...ko guna2kan la jantan ni..dia ni msti kuat bertenaga..leh jadi kuli bodoh ko..ni ko plak mmbela jantan ni..pe lah
Quote dino 30-7-2013 01:54 PM
kecimpret posted on 30-7-2013 01:48 PM
beli baju raya pun x mampu ka?..mari kita gelakkan jantan sengkek ni

gile lawak okeh.... tak malu gile
aku dulu time masih bljr... rasa malu gile mak ayah dok beli baju lg..... ni manusia jenis apa ntah dah la sengkek... tak malu mintak duit ngan pompuan....
Quote InVendeTTa 30-7-2013 01:54 PM
adoyai
jantan brengsek!
Quote hzln 30-7-2013 01:55 PM
jantan itu mmg malaun...malaun tetap lah jua malaun
yg kau duk terhegeh hambakan diri kat jantan tak guna ni pasaipa?
iisskkkk
Quote kecimpret 30-7-2013 02:00 PM
dino posted on 30-7-2013 01:54 PM
gile lawak okeh.... tak malu gile
aku dulu time masih bljr... rasa malu gile mak ayah do ...

mungkin jantan tu nak beli baju raya di butik sireh pinang..rega sepasang rm299..tak agak2 dgn status sengkeknye




Quote Bedah.Cun 30-7-2013 02:02 PM
Mungkin die terikat dengan paip laici abang tue, inilah nasib wanita2 kesunyian
Quote ifanonline 30-7-2013 02:02 PM
pedoman kpd andartu

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.267932 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top