CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Rugi Tanam Pokok Daun Pandan Sendiri, Tapi Kenapa?

21-9-2016 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6544| Komen: 11

Description: Umum mengetahui daun pandan sangat berguna dalam masakan
Oleh Izzah Abbasy

Umum mengetahui daun pandan sangat berguna dalam masakan untuk menambah harum masakan pada nasi, manisan, daging mahupun makanan laut.

Sebagai sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi dan sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Tetapi ada juga beberapa nikmat lain yang mungkin anda tak tahu.


Jom semak info ini.

1.  Daun pandan dikatakan boleh digunakan dalam perubatan tradisional. Mereka yang menghidap darah tinggi, dikatakan boleh minum air rebusan daun pandan untuk menurunkan tekanan darah.

2. Amalan meminum air daun pandan mampu mematikan kuman dalam darah agar tubuh sentiasa sihat.

3. Air rebusan daun pandan boleh diminum oleh mereka yang mengalami masalah untuk tidur. Kandungan zat tanin dalam daun pandan memberikan kesan ketenangan sehingga mampu membantu untuk cepat tidur.

4. Bagus digunakan sebagai pelega kesakitan. Ia juga mengandungi sifat penjulap.

5. Daun pandan juga mampu melegakan sakit kepala, sakit telinga, sakit dada dan artritis.

6. Anda mengalami masalah rambut gatal dan berkelemumur? Gunakan daun pandan untuk mengurangkan masalah tersebut.

7. Caranya, anda boleh menumbuk daun pandan sehingga hancur. Tambah air dalam ramuan daun pandan yang telah hancur ini. Sapukan pada rambut dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air bersih.



8. Bahagian lain daripada keseluruhan pokok pandan mampu juga digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

9. Di India, daun pandan dikatakan sebagai ubatan tradisional untuk merawat masalah kulit seperti kusta dan cacar.

10. Rasa pahit yang terdapat pada daun pandan menjadikan amat bagus untuk merawat masalah kesihatan seperti diabetes, demam, ulser dan luka-luka.

11. Di Hawaii dikatakan bunga daun pandan dikunyah oleh ibu yang kemudiannya akan memberikannya kepada anak mereka sebagai penjulap.  

12. Bunga pokok pandan juga dikatakan memiliki ciri-ciri yang berfungsi sebagai afrodisiak atau menaikkan syahwat.

13. Jus yang di ekstrak daripada akar pokok pandan dikatakan boleh digunakan untuk melegakan sakit dada.

14. Jus yang di ekstrak daripada akar pokok pandan ini boleh digunakan sebagai tonik untuk wanita yang baru sahaja melahirkan bayi dan masih lagi dalam keadaan lemah.
    
15. Di kebanyakan negara di Asia Tenggara, daun pandan biasanya diikat dalam beberapa keping dan dijadikan sebagai pewangi di dalam almari dapur mahupun almari pakaian untuk halau lipas. Cara ini lebih selamat daripada menggunakan penyembur racun serangga.

16. Daun pandan juga dikatakan boleh digunakan sebagai pewangi semula jadi kereta. Lebih murah dan selamat daripada penyegar kereta berjenama. Bau wangi daun pandan ini adalah berikutan dengan minyak pati semula jadi yang mempunyai kebaikan dari segi nilai terapeutik.

Selepas ini, bolehlah tanam pokok pandan untuk kegunaan harian. Apa yang penting cukup jimat dan berbaloi!


Sumber : MW
 
31

Bagus
24

Marah
38

Terkejut
23

Sedih
25

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-9-2016 05:16 PM
Menarik infonya.  Pokoknya pun boleh ditanam dalam pasu je
Quote lil_sparky 21-9-2016 06:01 PM
blk ni jugak nk amik boh dlm kereta

tq!!!
Quote Sayaaa 22-9-2016 02:01 AM
Mmg bagus. Bnda2 natural better dri benda2 kimia dijual kt pasaran.
Quote zameyla 22-9-2016 10:24 AM
tak pernah tengok bunga daun pandan...
Quote Vellfire 22-9-2016 10:42 AM
info yang menarik
Quote cucuq 22-9-2016 04:57 PM
info yang menarik,kat umah dh ade pokok daun pandan ni..
Quote fishcracker 22-9-2016 08:50 PM
suka bau pandan,bau bunga rampai,fefeeling pengantin
Quote DeeHanania 23-9-2016 12:10 PM
Ofkos ada tanam kat umah,suka ssngat gan bau daun pandan
Quote moocoww 23-9-2016 08:59 PM
Wah...info yg sgt2
Quote NOWORD 23-9-2016 11:27 PM
Info yang bagus..
Quote HannahMontana 24-9-2016 01:17 PM
Sayaaa replied at 22-9-2016 02:01 AM
Mmg bagus. Bnda2 natural better dri benda2 kimia dijual kt pasaran.

sedangkan kemaluan sendiri pun ada aroma kemaluan , inikan daun pandan ,ada aroma pandan tersendiri juga.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.048822 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top