CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Syiah Lapor Polis

31-7-2013 11:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15580| Komen: 110

Description: Pendang – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan Semalam Membuat Laporan Polis Di Ibu Pejabat Polis Daerah (Ipd) Pendang Berhubung Ancaman Bunuh Terhadap Dirinya Yang Dipaparkan Menerusi Laman Sosial Fac ...



PENDANG – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.

“Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah," katanya.

“Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sesama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.

Abdullah berkata, beliau menyedari ancaman itu pada Ahad lalu daripada seorang rakan yang membuka akaun laman sosial tersebut.

“Selain ancaman di laman sosial, saya juga pernah menerima ugutan melalui panggilan telefon dua minggu lalu dengan mengatakan ‘Awas ketua Syiah, kami nak hancurkan Syiah’ dengan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali’.

“Nombor telefon itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor peribadi,” katanya.

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DTECCONAN 31-7-2013 08:51 AM
Syiah nafi kafan hitam

http://www.sinarharian.com.my/syiah-nafi-kafan-hitam-1.188510



PENDANG – Pengikut fahaman Syiah di Kedah kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa mereka kafan jenazah menggunakan kain hitam dan kebumikan jenazah dalam keadaan berdiri.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan jenazah pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga (berfahaman) Syiah atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut (amalan) Syiah.

“Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran," katanya.

Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau juga sifatkan dakwaan ada kubur seorang wanita berfahaman Syiah di Kuala Rimau, Pendang, ghaib sebagai direka untuk disensasikan pihak tertentu.
Quote chinatsu 31-7-2013 09:21 AM
baru tau ada pertubuhan berdaftar syiah di negara Malaysia
Quote pakwetizzaqyah 31-7-2013 09:24 AM
syiah menjadi2
Quote AbukRokok 31-7-2013 09:25 AM
Baik ikut trend
klu x ko pun akan diugut nanti  

kapir wajib dibunuh
Syiah!!!
Cina!!!!

Quote ifanonline 31-7-2013 09:26 AM
kalu hindraf dapat jadi menteri...why not kumpulan syiah?
Quote AbukRokok 31-7-2013 09:26 AM
DTECCONAN posted on 31-7-2013 08:51 AM
Syiah nafi kafan hitam

http://www.sinarharian.com.my/syiah-nafi-kafan-hitam-1.188510

Jap lagi mai masuk komen...NI Semua Takiyya..Tamiya...
Quote girly.. 31-7-2013 09:28 AM
x nak komen lah.. kalo haramkan syiah.. knp lah ketua nyer x di tangkap. abis citer.. wallahualam
Quote freebird 31-7-2013 09:45 AM
Kalau ada eo atau isa, dah boleh tangkap dah ketua syiah ni.....
Quote namirulmukminin 31-7-2013 09:54 AM
Aik... selama ni aku duk dengar puak syiah yang selalu bunuh puak sunni... Hak mana satu betoi ni?
Quote mitnick 31-7-2013 09:55 AM
rsnye dlu bkn diorg usulkan nk daftar persatuan rasmi tp kerajaan da tolak 2 kali kan? so, knp ketua nie xkne tangkap? berleluasa je. kate nk banteras syiah
Quote kelip2_07 31-7-2013 09:57 AM
xphm la..kenape lak dia nie blh amal ajaran syiah sng2?
Quote sitihawa 31-7-2013 09:58 AM
kata malaysia dah haramkan amal syiah dan mengembangkan nya?
ni ada je yg mengaku ketua syiah?
apa ni malaysia?
bolak balik
Quote Bedah.Cun 31-7-2013 10:01 AM
Bunuh je diorang, bom diorang macam Syria. Korag bom orang asli siap korang, Bedah kepit2 resis melayu celup sekor2 biar terpancut dengan belalai2 kau sekali!
Quote twins 31-7-2013 10:03 AM
girly.. posted on 31-7-2013 09:28 AM
x nak komen lah.. kalo haramkan syiah.. knp lah ketua nyer x di tangkap. abis citer.. wallahualam

kheeennnnn.... kekonon nak perangi syiah ler sangattttt... tapi ketuanya dah posing sakan dalam paper pun tak der siapa take action punnn..???
Quote Bedah.Cun 31-7-2013 10:04 AM
Cakap je lebih, camne la diorang ni jadi jantan ha? Bagi je la telo kat anjing Bedah, Bedah taknak anu jantan2 macam tu
Quote girly.. 31-7-2013 10:08 AM
twins posted on 31-7-2013 10:03 AM
kheeennnnn.... kekonon nak perangi syiah ler sangattttt... tapi ketuanya dah posing sakan dalam pa ...

tuh yg girly pelik... ntahlah. makin lama makin teruk jadiknyer negara ku yg aman makmur dl.
Quote md.jie 31-7-2013 10:11 AM
selagi tak sesat kira boleh la
Quote twins 31-7-2013 10:16 AM
md.jie posted on 31-7-2013 10:11 AM
selagi tak sesat kira boleh la

aper nyer yang tak sesat kalau dah kan Rasul dorang bukan Nabi Muhammad ?
Quote bunga_kaseh 31-7-2013 10:30 AM
nanti sapa2 yg nk kawin tu mesti tanya fahaman apa..susah kalu terkawin ngan syiah pulok kan...syiah dh menulor seantero pelusok

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.261780 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top