CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Bawa Mulut, Kami Sudah Bernikah - Nadya Syahera

23-11-2016 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 59286| Komen: 311|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Wah, tak sangka! Rupanya pelakon, Nadya Syahera Rosli, 23, sudahpun mendirikan rumah tangga.
Wah, tak sangka! Rupanya pelakon, Nadya Syahera Rosli, 23, sudahpun mendirikan rumah tangga


Sumber foto: IG Nadya Syahera 

Nadya mengambil keputusan menamatkan zaman solonya dan telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan, Fizul Nawi, 24 selepas lapan bulan berkenalan.



Menurut Harian Metro, pernikahan mereka dilangsungkan pada 25 September lalu di ibu kota yang hanya bersaksikan keluarga rapat kedua-dua pihak.

“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah, malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. Lalu dengan persetujuan keluarga, kami dahulukan yang wajib sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada pertengahan tahun depan.

“Alhamdulillah, kami sekarang bebas pergi ke mana saja. Dengan peminat juga senang saya nak jawab yang kami sudah menikah. Bagaimanapun, pernikahan ini belum ramai yang tahu jadi Fizul muat naik gambar di Instagram dan membuat sedikit coretan mengenai status kami," katanya kepada Harian Metro.



Menurut pelakon yang mula dikenali ramai menerusi watak antagonis Bella dalam drama bersiri Dia Semanis Honey, dia mengenali Fizul menerusi laman sosial Facebook.



“Tiga bulan berkenalan memang manis namun masuk bulan berikutnya adalah perbalahan kecil namun bagi saya itu adalah adat dalam mana-mana hubungan.

“Apabila ada keserasian, tidak perlulah kami menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga,” jelasnya.


Sumber foto: IG Fizul Nawi

Nah, sekarang semua sudah tahu kan bahawa pelakon ini sudah mendirikan rumah tangga. Jadi jangan ada yang gatal bawa cerita bukan-bukan pula bila nampak mereka keluar bersama, ya. - CARI

52

Bagus
55

Marah
25

Terkejut
51

Sedih
54

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (274 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 23-11-2016 04:33 PM
Baguslah muda2 dah kawen.

Gambar yg berlatarbelakang kebun teh nampak kertu pulak dua2, macam baya2 meols jah
Quote wafeloren 23-11-2016 04:37 PM
haha...laki tu iols xkenal la..nadya ni adik fizo yg kuat melatah ker?
Quote WajibulGhunah 23-11-2016 04:38 PM
Ada peminat ke??
Quote cha-cha 23-11-2016 04:40 PM
Ok..................
Quote damian_lee 23-11-2016 04:41 PM
motif kadang handsome kadang x ...
kadang cantik kadang tak ....

macam chipsmore .......
Quote mizz_fatyn 23-11-2016 04:45 PM
alhamdulillah dah nikah..
Quote WhiskeyScotch 23-11-2016 04:48 PM
Alhamdulillah.

#tilljannah
Quote meklalala 23-11-2016 04:48 PM
ok................
Quote zameyla 23-11-2016 04:53 PM
“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah, malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama.


Family mana yang tak marah..
Quote Star_el 23-11-2016 04:54 PM
zameyla replied at 23-11-2016 04:53 PM
“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah, malah ia turut melegakan keluarga saya dan F ...

kan, bercuti bersama lagi tu
Quote Daisyna 23-11-2016 04:56 PM
so nextttt...
Quote Gadis_sarawak 23-11-2016 04:56 PM
ok noted. Motif? aku tak kenal sapa dia ni? ke sebab tak layan citer dia semanis honey?
Quote ariellin 23-11-2016 04:57 PM
zameyla replied at 23-11-2016 03:53 PM
“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah, malah ia turut melegakan keluarga saya dan F ...

famili acik sally je kut yg ok konsep cuti2 berjemaah bf gf
Quote ajinomotonosuga 23-11-2016 05:01 PM
WajibulGhunah replied at 23-11-2016 04:38 PM
Ada peminat ke??

Mak aihhh nik ko, tajwid lagi sok sok haku.nk pakai kokolah haaaaa sure cigu chazey ingat adik coca cola

Btui tu, jakun mna tah tup tup marah oang tuduh dia skendel, hape ape ntah, klo lawo tak per, bulu.mata cam.kaki lelabah prasan cun kan?


Amacam? Ok dak tok aji gossiping sekendel?
Quote Acik.Kepam 23-11-2016 05:04 PM
birah nya kau dek.
tka sabar2 nak memuki kan?
Quote etonjelita 23-11-2016 05:04 PM
Oooooooooo dh kawin. Nk tgk surat nikah blh?
Quote pocongkiutss 23-11-2016 05:07 PM
"ernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah, malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. "

Sekarang memang trend ye cuti berdua2 dengan pakwe..ada ke mak bapak yang tak risau
Quote melly 23-11-2016 05:08 PM
Ok la tu dah nikah
Quote pocongkiutss 23-11-2016 05:08 PM
Acik.Kepam replied at 23-11-2016 05:04 PM
birah nya kau dek.
tka sabar2 nak memuki kan?


Bior le dia..janji halal dah  

Lihat semua komen(311)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.088131 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top