CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Khas Buat Kaki Travel, Aplikasi Ini Wajib Ada Dalam Smartphone Anda

29-11-2016 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6398| Komen: 20|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Siapa yang tidak suka pergi mengembara bukan? Melihat negara orang dan budaya lain di sana pasti memberikan sejuta pengalaman berharga.


Sumber Foto: IG Travellingthroughtheworld
Siapa yang tidak suka pergi mengembara bukan? Melihat negara orang dan budaya lain di sana pasti memberikan sejuta pengalaman berharga. 

Namun dalam mengembara pasti ada hal yang merungsingkan dalam memastikan perjalanan sentiasa berjalan lancar.  Sebelum pergi ke satu-satu tempat sudah pasti kita akan mempersiapkan diri dan memcari maklumat tentang sesuatu tempat itu.

Bagi pengembara di luar sana jangan rungsing lagi kerana seiring dengan kemajuan teknologi, mengembara menjadi sangat mudah dengan hanya memuat turuk aplikasi berikut di dalam telefon pintar anda!


1. Google Googles
Hanya perlu arahkan kamera telefon anda ke atas satu objek, aplikasi ini dapat memberikan info yang banyak tentangnya. Dari maklumat tentang sebuah lukisan atau gambar, sejarah sesuatu bangunan serta dapat 'scan barcode/QR code' yang kemudiannya boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

2.Evernote
Aplikasi ini ssangat berguna bagi pengembara yang suka menulis ketika melawat ke sesebuah tempat. Dengan menggunakannya, kita dapat mencurahkan idea ke dalam bentuk tulisan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selepas menulis catatan kembara, boleh terus memuat naiknya terus ke laman sosial untuk dikongsi bersama yang lain.

3. Zomato
Setiap kali pergi mengembara, hal yang wajib dilakukan adalah mencari makanan yang sedap di sana. Namun kadang-kadang kita menghadapi kesulitan untuk mencari tempat makanan yang enak dan berbaloi untuk dikunjungi. Guna sahaja Zomato kerana ia dapat memberikan cadangan temoat menarik dan terdapat komen dari pengunjung yang datang ke situ sebelumnya.

4. XE Currency
Aplikasi ini akan memudahkan kita untuk mengetahui nilai terbaru tukaran mata wang dan mengelakkan dari ditipu oleh orang yang mengambil kesempatan ketika berada di negara asing.

5. Accuweather
Semasa melakukan pengembaraan, cuaca adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan. Bayangkan sahaja kalau kita nak pergi mendaki gunung, tiba-tiba hujan turun pula. Pasti mengecewakan, bukan? Jadi Accuweather sangat-sangat membantu utnuk mendapatkan maklumat tentang keadaan cuaca.

Senang sangat, semuanya di hujung jari sahaja. Apa lagi cepat-cepat muat turun semua aplikasi yang dicadangkan itu, okay? -CARI

Sumber Foto: IG Travellingthroughtheworld
10

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 29-11-2016 06:05 PM
very informative, tq
Quote cik-jaja 29-11-2016 06:39 PM
boleh la guna kalau p travel nt..kalaulah
Quote iskans 29-11-2016 07:27 PM
Terbaik... Aku dah boleh mula melencong...
Quote syadq 29-11-2016 08:28 PM
Jom travel together
Quote bungarose 29-11-2016 08:48 PM
Restoran halal ader tak
Quote Artemesiaa 29-11-2016 10:52 PM
No 4 dan No 5 memang selalu gunakan tiap kali keluar negara
Quote seramado 30-11-2016 04:20 AM
Ok tq nice info
Quote yusryimran 30-11-2016 06:57 AM
very good info Thanks
Quote NotYou 30-11-2016 09:55 AM
siapa tahu gambar yg no.2 yg ada air terjun  tu kat mana?..lawa nye terpesona mata memandang memukau btl lah...mana tahu kalau ada $$ lebih blh pegi
Quote espritvin 30-11-2016 11:02 AM
good info!
Quote ally9970 30-11-2016 11:53 AM
No 3 tu aku tak pakai, aku pakai apps jjcm jew

aku travel dlm malaysia jew...
Quote nononcrux 30-11-2016 11:55 AM
no 4 tu je yang ade
Quote fatihah5 30-11-2016 12:43 PM
wahh nice good sharing .. blh laa pakai bila p travel nty heee
Quote siskepoh 30-11-2016 04:21 PM
sume sis xpenah guna. sbb sis ikot blakang laki jewk.haha
Quote cknoriz 1-12-2016 12:00 AM
nice info tq
Quote safiku 5-12-2016 04:38 PM
NotYou replied at 30-11-2016 09:55 AM
siapa tahu gambar yg no.2 yg ada air terjun  tu kat mana?..lawa nye terpesona mata memandang memukau ...

Lauterbrunnen Swiss

Quote NotYou 5-12-2016 04:43 PM

tqvm for the info ..
Quote cassriena 6-12-2016 11:21 PM
bungarose replied at 29-11-2016 08:48 PM
Restoran halal ader tak

utk restoran halal, boleh download zabihah
Quote bungarose 6-12-2016 11:30 PM
cassriena replied at 6-12-2016 11:21 PM
utk restoran halal, boleh download zabihah

Tgh cari halal cheese fondue  

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.097573 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top