CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mengapa Membazir? Gunakan 5 'Makeup Remover' Semula Jadi Ini Untuk Kecantikan Asli

5-12-2016 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4884| Komen: 5|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Ingin kelihatan cantik dan melindungi wajah dari kesan cela merupakan faktor utama penggunaan alat solek bagi kebanyakan kaum hawa.
Ingin kelihatan cantik dan melindungi wajah dari kesan cela merupakan faktor utama penggunaan alat solek bagi kebanyakan kaum hawa.

Walau bagaimanapun, penggunaan penanggal mekap yang tidak betul selepas menggunakan produk kecantikan akan mendedahkan anda kepada masalah kulit seperti jeragat dan jerawat.


Amalkan lima kaedah penggunaan bahan semula jadi yang mudah dan pantas selain menjimatkan ini bagi menanggalkan mekap. Selain itu, anda juga boleh memanjakan kulit wajah dalam masa sama. Bagus, bukan?

1. Susu
Bagi mekap yang susah ditanggalkan, gunakan sedikit susu atau minyak zaitun. Oleskan ke seluruh wajah dan lap dengan tuala muka atau kapas muka.

Manakala, bagi menanggalkan mekap mata, celupkan kapas muka ke dalam susu dan lap muka dengannya.


2. Baking Soda dan Madu




Bahan ini sangat mujarab bagi menanggalkan segala jenis mekap. 

Letak sedikit madu organik ke atas kain bersih dan renjiskan sedikit baking soda. Kemudian, bersihkan wajah anda menggunakan bahan tadi dengan lembut dan bilas dengan air bersih.


3. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tinggi kandungan lemak tepu yang baik untuk melembapkan kulit. Selain boleh dijadikan pelembap, minyak kelapa juga berkesan bagi menanggalkan mekap.

Sapukan minyak kelapa pada kapas dan urutkan keseluruh permukaan wajah dan bilas dengan air.


4. Jus Timun



Timun baik untuk melegakan radang kulit atau mengurangkan pertumbuhan jerawat.

Kisar sebiji timun untuk dijadikan jus pembersih wajah. Tambah sedikit minyak zaitun atau minyak badam. Rasakanlah kelegaannya menggunakan jus timun ini ketika membersihkan wajah.


5. Wapkan wajah


Sumber foto: Carian Internet

Penuhkan sinki atau mangkuk besar dengan air panas (bukan air didih, ya), dan tadahkan muka anda bagi terkena wap selama beberapa minit.

Kaedah ini akan membuka ruang-ruang pori bagi menghilangkan minyak dan kotoran di wajah. 

Pastikan anda mencuci muka selepas itu dan bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali liang pori tersebut.


Mengapa perlu beli bahan penanggal mekap jika bahan mekap sahaja sudah mahal? Gunakanlah bahan semula jadi seperti ditunjukkan tadi. Bukan sahaja menjimatkan, malah muka akan terasa lebih segar dengan penggunaan bahan semula jadi tanpa bahan pengawet. Selamat mencuba! - CARI
27

Bagus
20

Marah
20

Terkejut
34

Sedih
28

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 6-12-2016 07:15 AM
Guna timun tu medti best
Quote ira79 6-12-2016 01:00 PM
suka pakai olive oil.. sapu satu muka, urut2 skejap pastu lap dgn tisu. memang kluar segala kekotoran. wat 2 kali diikuti dgn pencuci muka. tips lain2 xpernah try lg.
Quote anish911 12-12-2016 09:10 PM
wap muka tu slalu buat time muda remaja dulu2... memang best dn muka rasa segar
Quote fefeeling 1-1-2017 10:13 PM
Balik keje pun dah lewat.. Mana2 yg senang jelah pastu nak pengsan dah menanti hari esok demi sesuap nasi huhuhu
Quote Aquarius9283 19-5-2017 10:38 PM
Semua.diatas.kecuali.baking.soda.xsesuai.kulit.sensitive

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.132033 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top