CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fenomena Faiz Subri Semakin Memuncak, Rakyat Malaysia Doakan Kejayaannya

9-1-2017 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5121| Komen: 23

Description: Tegas Mohd. Faiz yang berusia 30 tahun, dia tidak mahu tenggelam dengan populariti tersebut, sebaliknya ingin menjadikan situasi itu sebagai batu loncatan dalam kerjayanya di arena bola sepak tanah ai ...
Selangkah lagi buat Mohd. Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas 2016.

Tanggal 16 Februari tahun lepas menjadi tarikh keramat menyaksikan lampu simbah terarah kepada Mohd. Faiz 


Susulan jaringan yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ sewaktu membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, populariti Mohd Faiz bukan sahaja meledak secara mengejut. 

Malah sekali lagi menjadi sebutan hangat setelah tercalon dalam Anugerah Puskas yang akan berlangsung di Zurich pukul 6 petang waktu Switzerland, esok atau bersamaan waktu Malaysia pada 1 pagi Selasa. 

Memetik laporan BH Online, tegas Mohd. Faiz yang berusia 30 tahun, dia tidak mahu tenggelam dengan populariti tersebut, sebaliknya ingin menjadikan situasi itu sebagai batu loncatan dalam kerjayanya di arena bola sepak tanah air. 

Mohd. Faiz, yang akan bersaing dengan dua lagi pencabar iaitu pemain Brazil, Jonath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela, dijangka tiba semula di tanah air pada Rabu, 11 Januari ini pukul 3.15 petang.


Difahamkan klip video jaringan ajaib Mohd Faiz itu, yang pertama kali dimuat naik FIFATV pada 21 November lalu melalui YouTube, setakat ini ditonton lebih 2.3 juta kali, manakala jaringan Marlone dan Rodriguez masing-masing ditonton hanya lebih sejuta kali.

Ayuh, seluruh rakyat Malaysia sama-sama kita doakan kejayaan Mohd Faiz dalam Anugerah Puskas yang akan berlangsung kurang 10 jam daripada sekarang.- CARI




sumber foto: Grafik CARI


7

Bagus
23

Marah
11

Terkejut
28

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cknoriz 9-1-2017 04:22 PM
adehhhhhh nexttt
Quote qronaldo7 9-1-2017 04:23 PM
kul 1.30 pg esok live di astro arena
Quote FOTHER-MUCKER 9-1-2017 04:28 PM
Wow.... sebenarnya saya merasa bangga lah sebab dia nak pakai baju Melayu + samping kalau boleh bawa kris plastik sekali letak kat pinggang, nampak segak.

Lagi bagus kalau ada offer masuk liga eropah, tapi umur pun dah 30an maka jadi jaguh kampung je lah nampaknya.
Quote lavilavi 9-1-2017 04:42 PM
Jgn ada blackout je lah time kira undi nanti, tau2 sekali tengok lain yg menang..
Quote SWORKS27 9-1-2017 04:45 PM
FOTHER-MUCKER replied at 9-1-2017 08:28 AM
Wow.... sebenarnya saya merasa bangga lah sebab dia nak pakai baju Melayu + samping kalau boleh bawa ...

faiz dah cakap..dia x nak pakai baju melayu sebab cuaca sejuk sangat..
harap jangan la kecam dia..sebab dia bukan biasa cuaca sejuk..
pakai baju melayu...jenuh belapis2 dalam pun x tentu tahan lagi woooo
Quote meklalala 9-1-2017 05:22 PM
semoga berjaya dan mengharumkan nama malaysia..
Quote Nokiaman 9-1-2017 05:42 PM
Sebab pakai Baju MElayulaa dia akan Kalah..
Kalau tidak pasti Menang....
Quote Nt-ViruS 9-1-2017 06:42 PM
actually nak pakai baju melayu ok je, tapi tak payah over sampai sampin ikat tepi dan berkeris bagai.

pakai macam terima datuk tu sudah, baju melayu itam dan sampin biasa.
Quote dodolgemok 9-1-2017 08:28 PM
Gudluck sis. Dodol tgah tido time tu. Bangun nnti belek porem adalh jawapannya
Quote juliez 9-1-2017 08:35 PM

Kesiannya heols tak sempat pun nak cikcuran. Habis majlis terus balik
Quote RatuDunia94 9-1-2017 09:39 PM
Balik msia dpt Dato la ni..
Quote misc 9-1-2017 10:14 PM
Award ni sekadar award ke ada ganjaran
Quote RatuDunia94 9-1-2017 10:20 PM
misc replied at 9-1-2017 10:14 PM
Award ni sekadar award ke ada ganjaran

Kalo sekadar award je pon balik msia mcm2 ganjaran bakal menanti..
Quote misc 9-1-2017 10:30 PM
RatuDunia94 replied at 9-1-2017 10:20 PM
Kalo sekadar award je pon balik msia mcm2 ganjaran bakal menanti..

Ye la harap2 ada yg bagi something mcm $$$ ke. Pencapaian yg sgt rare.
Quote kayrizal 10-1-2017 02:43 AM
Tahniah2 faiz mengharumkan nama malaysia
Quote Nt-ViruS 10-1-2017 02:45 AM
Congrats Faiz Subri, Winner of the FIFA PUSKAS Award.

tapi tang baca dari phone tue bagi aku better tulis atas kertas je.

anyways congrats again.
Quote merrissa 10-1-2017 03:24 AM
adaaa eva longoria kotttt....

tahniaahhh wpon nampak nervous....fuhhh sapa x nervous naik pentas juper ronaldo lak tuhh

p/s: bisng kat fb, suh dia ckp bhsa melayu la apa la....atleast dia xperlu pakai earphone utk translator mcm marlone n danuska....
Quote merrissa 10-1-2017 03:26 AM
misc replied at 9-1-2017 10:30 PM
Ye la harap2 ada yg bagi something mcm $$$ ke. Pencapaian yg sgt rare.

mesti dapat rumah, kete sebijik n wang tunai....n pangkat dato
Quote Kak-Leen 10-1-2017 08:42 AM
Tahniah Faiz.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.365172 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top