CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamat Tinggal Yahoo, Bakal Ganti Nama Baru Kepada Altaba

10-1-2017 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8084| Komen: 84

Description: Yahoo Inc akan dikenali sebagai Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marissa Mayer akan berundur daripada barisan ahli lembaga pengarah selepas memeterai perjanjian dengan Verizon Communications ...
Yahoo Inc akan dikenali sebagai Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marissa Mayer akan berundur daripada barisan ahli lembaga pengarah selepas memeterai perjanjian dengan Verizon Communications Inc.


Lima pengarah Yahoo lain juga akan meletak jawatan selepas perjanjian ditandatangani.

Foto: www.dailymail.co.uk
Yahoo mempunyai perjanjian untuk menjual perniagaan teras internetnya, yang merangkumi pengiklanan digital, e-mel dan aset media kepada Verizon dengan nilai AS$4.83 bilion (RM21.6 bilion).

Tahun lalu Yahoo mendedahkan dua kes pencerobohan data, salah satunya melibatkan 500 juta akaun pengguna, manakala satu lagi melibatkan lebih satu bilion akaun.

Memetik laporan Daily Mail, Eksekutif Verizon berkata meskipun mereka melihat penyesuaian yang kukuh dan strategik dengan Yahoo, mereka masih menjalankan siasatan tentang kes kebocoran data berkenaan.


Sementara itu, baki ahli lembaga pengarah lain akan ditugaskan untuk mentadbir Altaba, sebuah syarikat pegangan dengan aset utamanya sebanyak 15 peratus dalam syarikat dagangan China, Alibaba Group Holding Ltd, dan 35.5 peratus pegangan dalam Yahoo Japan. -CARI
17

Bagus
8

Marah
20

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 10-1-2017 05:14 PM
yahoo dah tak berapa nak Yahoooo...

kalau search melalui yahooo susah betul nak jumpa yang tepat2.. kalau pakai Google senang jahh.. bedesup dapat maklumat...
Quote blewnatural 10-1-2017 05:25 PM
on yahoo semata2 check email lama je .. better Google lagi bagus , cepat n tepat .
Quote cekelatkopi 10-1-2017 05:29 PM
Nama altaba tak sedap lgsg dgr mcm kasut bata pun yer
Quote Mary_jane 10-1-2017 05:29 PM
Altaba tu tak sedap nya sebut.
Quote TuntungReturn 10-1-2017 05:30 PM
xda apa dh yahoo ni. idup segan mati x maw.
Quote apalancut 10-1-2017 05:33 PM
TuntungReturn replied at 10-1-2017 05:30 PM
xda apa dh yahoo ni. idup segan mati x maw.

yahoo! ok lagi bang. MSN lagi laaa!hahaha
Quote highcastle 10-1-2017 05:36 PM
LostStar replied at 10-1-2017 05:14 PM
yahoo dah tak berapa nak Yahoooo...

kalau search melalui yahooo susah betul nak jumpa yang tepat ...

Skg sebutan Search pun dah bertukar jadi Google............
Quote ultra78 10-1-2017 05:38 PM
Even Marissa Mayer gagal selamatkan Yahoo. Marissa tu dulu antara top executive di Google.
Quote makneng 10-1-2017 05:46 PM
Memula tarik yahoo messenger lps tu terus dgn brand yahoo sekali terkubur.  Rip yahoo
Quote LostStar 10-1-2017 05:48 PM
highcastle replied at 10-1-2017 05:36 PM
Skg sebutan Search pun dah bertukar jadi Google............

khennnn.. la ni org pakat dok sebut 'cer google' ja..
gitchuuuuu...
Quote hanakikan 10-1-2017 05:52 PM
haha. 4 bilion je. dulu microsoft nak beli 40bilion tak mahu
Quote irwansuhadi 10-1-2017 05:57 PM
nak kena nama seakan2 alibaba gak ke? pasni malaysia yang banyak dijual assetnya kepada China mungkin kena tukar nama agaknya
Quote dinopower 10-1-2017 06:02 PM
cekelatkopi replied at 10-1-2017 05:29 PM
Nama altaba tak sedap lgsg dgr mcm kasut bata pun yer

baik bg nama allava fail math  
Quote dubuk 10-1-2017 06:02 PM
letak la nama alakassim
Quote qronaldo7 10-1-2017 06:07 PM
Mary_jane replied at 10-1-2017 05:29 PM
Altaba tu tak sedap nya sebut.

haha. sedap lg alibaba
Quote cknoriz 10-1-2017 06:11 PM
altaba aduyaiii huduh nama x urban dh2017 ni
Quote ResellerMaxis 10-1-2017 07:06 PM
apalancut replied at 10-1-2017 05:33 PM
yahoo! ok lagi bang. MSN lagi laaa!hahaha

Microsoft dah ada search engine baru..bing..
Quote CiliPadiSedap 10-1-2017 07:13 PM
LostStar replied at 10-1-2017 05:14 PM
yahoo dah tak berapa nak Yahoooo...

kalau search melalui yahooo susah betul nak jumpa yang tepat ...

algorithm google pakai web crawler spider..

daripada satu website ke satu website based on keyword, reference link, url, picture, dan latest google in progress nak bangunkan artificial intelligence.

yahoo pula pakai web crawler panda..


panda ni selalu main cari forum. last2 kena jual dekat altaba

lepas ni cari forum mungkin di jual kepada altaba
Quote GegarVaganja 10-1-2017 07:16 PM
Kenapa la tak guna brand Labacariforum
mesti lagi mendunia

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.103113 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top