CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menyelerakan Atau Tidak, ABC Vida Dan Teh Tarik Arumugam Cetus Bualan Ramai

16-1-2017 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9144| Komen: 53|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Memang kreatif sungguh iklan susu pekat manis Dairy Champ yang menggunakan dua personaliti terkenal tanah air, Datuk Seri Vida dan Datuk David Arumugam dari kumpulan Alleycat sebagai duta baharu merek ...
Memang kreatif sungguh iklan susu pekat manis Dairy Champ yang menggunakan dua personaliti terkenal tanah air, Datuk Seri Vida dan Datuk David Arumugam dari kumpulan Alleycat sebagai duta baharu mereka.


Disebabkan imej yang digunakan, ia berjaya menarik perhatian ramai dan menjadi perbualan masyarakat Malaysia baru-baru ini.

Foto: Facebook
Billboard atau papan iklan yang telah dinaikkan di beberapa lebuh raya di sekitar Lembah Klang ini betul-betul 'mengejutkan' pemandu yang lalu di situ.

Apa yang menarik adalah pengguna lebuh raya cukup terhibur dengan kempen tersebut yang disifatkan sebagai satu pengiklanan yang luar biasa dan berjaya membuat pengguna bercakap mengenainya.

Foto: IG Datuk Seri Vida
Dalam gambar tersebut, Datuk Seri Vida ditonjolkan menjadi semangkuk ais batu campur (ABC), seolah-olah dirinya memakai tudung berwarna merah jambu.

Menggunakan tagline 'Mahkota Untuk Ais Kacang', susu pekat manis yang dituang ke atasnya pula membentuk sebuah mahkota yang sinonim dengan penampilan dirinya.

Manakala Datuk David digambarkan sebagai secawan teh tarik di mana rambut afronya yang kembang dijadikan sebagai buih dan diberikan tagline 'Teh Tarik Berbuih Hebat.'

Netizen yang melihat iklan ini mempunyai pendapat masing-masing mengenainya. Ada yang merasakan ianya kelakar dan ada juga yang memuji syarikat Dairy Champ kerana daya kreativiti mereka yang terlampau hebat.

Memang tidak dapat dinafikan lagi yang teknik pengiklanan dan strategi pemasaran yang mereka gunakan boleh dijadikan contoh oleh syarikat lain.

Walaupun kelihatan aneh, namun disebabkan faktor tersebutlah yang menjadikan Dairy Champ menjadi buah mulut orang ramai. Wah, mesti jualan susu pekat manis ini semakin laku selepas ini, kan? -CARI
22

Bagus
21

Marah
28

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 16-1-2017 09:30 AM
bpe dairy champ bayar kt depa?
Quote lazim 16-1-2017 09:30 AM
mana yg david arumugam punya iklan. dri semalam google x jumpa2
Quote supernaturalee 16-1-2017 09:32 AM
muntah






Quote samperit 16-1-2017 09:33 AM
Jadi ABC pun xpe janji publicity gituh
Quote eyansss 16-1-2017 10:04 AM
terkejut aku pagi tadi sebab nampak signboard ni kat highway...  hahahaha...  takleh nak amek gambo sebab hujan lebat...
Quote putehkundor 16-1-2017 10:08 AM
biasa duta2 produk ni ala2 bergaya vogue control cun jah kan....yg ni agak lain dari yg lain la
Quote ellejo 16-1-2017 10:30 AM
Yang david arumugam comel. Ada kat jalan kuching

Ngekek aku gelak
Quote insulin 16-1-2017 10:39 AM
Nampak pelik...
Quote pittjie 16-1-2017 10:39 AM
lazim replied at 16-1-2017 09:30 AM
mana yg david arumugam punya iklan. dri semalam google x jumpa2

ko gi tengok kat IG akak sepitsiput. dia ada tepek.
Quote chickenwing 16-1-2017 10:42 AM
macam best plak iklan ni.....
Quote surwanis 16-1-2017 10:48 AM
kenot imejin...
Quote haryatie 16-1-2017 10:48 AM
mmg sesuai...
Quote seri_mawr 16-1-2017 10:56 AM
lazim replied at 16-1-2017 09:30 AM
mana yg david arumugam punya iklan. dri semalam google x jumpa2

yang ni aku geli....nmpk comot...

klu lalu federal highway nak ke KL nmpk ni...

klu lalu dr KL ke klang nmpk DSV...yang ni nmpk manis....
Quote nononcrux 16-1-2017 10:59 AM

Tapi nampak mcm kena juga, kena gelak
Quote cknoriz 16-1-2017 11:09 AM
yg david punya nmpk comeyyy iols suka berderai gelak
Quote tungkai 16-1-2017 11:32 AM
Quote azimodin 16-1-2017 11:47 AM
Comel plak iklan Dairy Champ ni.. Iklan2 yang ade sense of humor sesuai untuk rakyat yang tertekan saban hari.
Quote Artemesiaa 16-1-2017 11:58 AM
Catchy  ada kelainan tak macam iklan2 lain kebiasaannya
Quote whadda 16-1-2017 01:37 PM
ade nampak aritu kat kl.. terkesima kejap tngok dato vida dalam es kacang

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056202 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top