CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terangkat Habis, Ais Krim Perisa Nasi Lemak Memang Wujud Di Alor Setar

31-1-2017 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9298| Komen: 31|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Rakyat Malaysia memang gemarkan sajian nasi lemak kerana rasanya yang enak dan berlemak, ditambah pula dengan sambal yang manis dan pedas.
Rakyat Malaysia memang gemarkan sajian nasi lemak kerana rasanya yang enak dan berlemak, ditambah pula dengan sambal yang manis dan pedas.

Namun bagaimana pula sekiranya menu sarapan popular ini dijadikan dalam bentuk ais krim? Kedengaran agak pelik tapi ianya memang wujud di Alor Setar, Kedah!

Foto: FB Skream Softserve
Kalau sebelum ini kita ada kek nasi lemak, kali ini sebuah kedai baru yang dinamakan Skream Softserve menawarkan ais krim berperisa nasi lemak pula.

Ais krim yang lengkap dengan topping telur rebus, ikan bilis goreng, timun dan sambal ini menawarkan keunikan buat mereka yang berani mencuba letusan rasa yang berbeza.

Satu suapan ais krim ini bakal membuat anda benar-benar merasai kenikmatan nasi lemak sebenar, dan apa yang berbeza hanyalah tekstur dan rasanya yang sejuk. Menarik sungguh!

Foto: FB Skream Softserve
Selain itu, kedai ais krim ini juga menawarkan pelbagai perisa lain antaranya matcha green tee, dan coklat.

Harga yang sangat berbaloi iaitu RM10 untuk satu cawan ais krim dan bukan sahaja tiada pengawet malah ianya  dihasilkan segar setiap hari.

Foto: FB Skream Softserve
Bagi peminat setia nasik lemak, jom apa tunggu lagi, 'mai' ramai-ramai ke Alor Setar untuk rasa sendiri keenakan ais krim berperisa unik ini.

Alamat:
Caffe Diem,
44, Jalan Penjara Lama, Pekan Cina
Alor Setar

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (1PM- 10PM)
Fb: @skreamsoftserve
Instagram: @skreamsoftserve

Ada sesiapa yang tak sabar mahu mencubanya? Jika ada yang pernah mencuba, boleh kongsikan pengalaman anda bersama kami. -CARI 
16

Bagus
14

Marah
13

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 31-1-2017 11:35 AM
dah lama tak mkn eskrim .. nyumm
Quote ayuniaa 31-1-2017 11:36 AM
sedap ker
Quote ayuniaa 31-1-2017 11:39 AM
manis sejuk + pedas
Quote CiliPadiSedap 31-1-2017 11:56 AM
lepas tu viral, lepas tu trend, lepas tu melingkup agent2 yang buka kedai trending. tengok je tutti fruitti dekat langkawi tutup.

bisnes yang trending ni tak bertahan lama. yang kaya founder bukan agent atau franchisee.

nak bisnes, bisnes produk yang tahan lama, servis tahan lama.

kenapa mcdonald tahan, kenapa burger bakar trending tak tahan..
Quote Nurul8001 31-1-2017 12:42 PM
saya suka nasi lemak..saya juga suka aiskrim..
tapi, bila gabung mcm ni, rasa loya pulak..

memang tidaklah saya nak cuba..
Quote samasam90 31-1-2017 12:43 PM
CiliPadiSedap replied at 31-1-2017 11:56 AM
lepas tu viral, lepas tu trend, lepas tu melingkup agent2 yang buka kedai trending. tengok je tutti  ...

yup sangat perasan benda ne
Quote chinta89 31-1-2017 01:20 PM
CiliPadiSedap replied at 31-1-2017 11:56 AM
lepas tu viral, lepas tu trend, lepas tu melingkup agent2 yang buka kedai trending. tengok je tutti  ...

kite ckp mcm ni, nt ade kate kite x nk support melayu.. at least diorg berusaha tambahkan pendapatan, kte hanya tahu kritik aje.

kita just bgtau je, kte yg kena... pulak dah!
Quote evlinne 31-1-2017 01:52 PM
Eh dia tiru restoran apa tu ek? Yg serve ais krim perisa tomyam. Anyone knows nama restoran tu? Ada kt Setia City Mall level G tak silappp
Quote bianglala 31-1-2017 01:52 PM
merapu meraban je la nasi lemak + aiskrim.
Quote sssf83 31-1-2017 03:46 PM
tak boleh bayangkan rasa dia.. weird combo, tapi boleh saja cuba bila ada depan mata hihi

Quote atiqah_bea 31-1-2017 04:08 PM
CiliPadiSedap replied at 31-1-2017 11:56 AM
lepas tu viral, lepas tu trend, lepas tu melingkup agent2 yang buka kedai trending. tengok je tutti  ...

Setuju..kt kelantan pun rsanya dh takde branch tutti frutti. Semua dh tutup
Quote Artemesiaa 31-1-2017 04:10 PM
Kalau dah cam pelik sangat memang tak nak cuba
Quote CiliPadiSedap 31-1-2017 04:45 PM
atiqah_bea replied at 31-1-2017 04:08 PM
Setuju..kt kelantan pun rsanya dh takde branch tutti frutti. Semua dh tutup

kt south australia starbuck lingkup, kat jalanan kedai kopi yang guna perisa thailand atau branding produk thailand lepas tu ngaku ada kilang sendiri kt malaysia suam2 kuku.. akak suplier produk thailand.. manager akak kena tahan check barang kat border pekara biasa ( sampai berkawan dengan immi dan aksem), orang berbudi kita berbahasa.. akak xmenipu ngaku ada kilang dan rebranding produk orang ngaku ada kilang

mostly pelanggan akak yang aktif berniaga air ni market budak sekolah,ipta,ipts, dekat dgn hypermarket,bank akak cerdik. akak tak suka membuang masa tunggu pelanggan. pelanggan pun tak suka buang masa tengok muka akak.

yang niaga lingkup ni akan ada pengajaran besar.. normal dalam berniaga akan berapa kali lingkup.. tp jgn give up.. muflis pun normal.. 93% berniaga akan lingkup dalam masa 10 tahun..70% lingkup kurang 3 tahun..

berbalik cerita starbuck, starbuck menjual gaya hidup antara suasana di ofis dan rumah.. dekorasi starbuck di jual dengan harga kopi yang sangat mahal..pencinta kopi di south australia tahu nilai cita rasa kopi sejati.. starbuck tidak mampu bertahan di south australia kerana tiada budak wechat.. bagi budak2 wechat mereka lebih update dan perasan urban bila minum di starbuck..

mcdonald tak sedap ada burger lagi sedap.. starbuck tak jual kopi, tapi jual gaya hidup.. banyak bisnes berjaya bukan sebab produk dia terbaik di pasaran..

pergi kelas advance tahap dewa langit sekali pun, kita sendiri wajib tahu bisnes kita dan kita sendiri bertanggungjawab terhadap bisnes kita.. tiada siapa kisah bisnes kita lingkup ..
Quote siskepoh 31-1-2017 06:14 PM
sis nak try. mestila kena rasa uols.kang kejap je wujud ni.kena grab peluang
Quote cik-jaja 31-1-2017 06:29 PM
haaa tak lalu tengok..tp klu mkn fries dengan eskem mcd aku blh layan pulak. eh
Quote ctsueraya 31-1-2017 07:10 PM
CiliPadiSedap replied at 31-1-2017 11:56 AM
lepas tu viral, lepas tu trend, lepas tu melingkup agent2 yang buka kedai trending. tengok je tutti  ...

Melethops kebabom komen ko,

Kalau aku g, harus aku amik aiskrim coklat je weh, tengok gambaq pun dah terliur habis

Kalau ais krim nasi lemak tu aku tangkap gambar jelah kot, nak cuba 50-50

Tapi creative jugaklah org yang buat ni---ayat support   
Quote bubblegummy 3-2-2017 08:11 AM
Ais krim ns lemak? Bunyi mcm ni masuk je
Quote faztee 3-2-2017 10:14 AM
nmpk mnarik n unik...stakat nk amik gmbr je le kot..heheh
nk mkn..last2 pilih yg coklat jugk
Quote Qnqn 3-2-2017 01:33 PM
Pelik pelik laaa netizen ni ada ja duk reka serba serbi. Aku makan sikmak besa ja dah cukup sedap nauzubillah

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056996 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top