CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Meroyan Disekat Imigresen, Kali Ini Ahmad Idham Pula Lantang Bersuara

1-2-2017 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10079| Komen: 46|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Peningkatan kos sara hidup yang membebankan sekarang mengundang pelbagai reaksi dari rakyat dan baru-baru ini luahan oleh pelakon dan pengarah, Ahmad Idham menjadi perhatian ramai.
Peningkatan kos sara hidup yang membebankan sekarang mengundang pelbagai reaksi dari rakyat dan baru-baru ini luahan oleh pelakon dan pengarah, Ahmad Idham menjadi perhatian ramai.


Isu yang dibangkitkan adalah mengenai tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat peminjam dari pergi ke luar negara yang dikatakan sebagai tidak wajar.

Menerusi laman Twitternya, Ahmad Idham menyatakan yang dia kasihan melihat kebanyakan nama graduan yang mempunyai pinjaman dengan PTPTN disenarai hitamkan oleh pihak imigresen.

Dia turut mempersoalkan kredibiliti kerajaan yang seolah-olah tidak mempercayai rakyat sedangkan rakyatlah yang memilih pucuk kepimpinan yang dipercayai untuk mentadbir negara.


Peluang pekerjaan yang sukar didapati dengan kebanyakan syarikat sudah gulung tikar termasuk syarikat-syarikat besar yang mengambil tindakan membuang pekerja menambahkan lagi beban graduan.

Jika yang bekerja pun, gaji yang diperolehi cukup-cukup makan dan hanya mampu menampung keperluan asas sahaja.

Personaliti popular tanah air ini juga mencadangkan supaya tindakan lebih bijak wajib diambil bagi membantu graduan membayar kembali hutang pembelajaran tersebut.

Kebanyakan netizen bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan namun ada juga yang mempunyai pendapat mereka sendiri.

Isu graduan dengan PTPTN memang tidak berkesudahan, namun hutang memang wajib dibayar walau dengan apa jua cara sekali pun. 

Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk memikirkan bagaiamana cara terbaik untuk menyelesaikannya. Pendapat anda pula bagaimana? -CARI
11

Bagus
21

Marah
13

Terkejut
29

Sedih
20

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 1-2-2017 01:21 PM
Ada lak duit nak pi obersi
Tp takde duit nak bayar hutang
Quote prettyuglybabe 1-2-2017 01:32 PM
dah pinjam bayar la woii..
berhutang pandai.. bayar tak mau..
selayaknya la kena block..
retis pun kalu nak cari issue nak up nama, sila cerdik sikit..
Quote fezy 1-2-2017 01:34 PM
entahnya. bodoh bengap tak reti bayar hutang orang tapi untuk liburan, ada je.
ptptn tak bayar, aniaya orang2 generasi lain nak meminjam.
kat dunia kena blacklist. nanti dah mati, tuhan pun balas sebab berhutang x berbayar
Quote ustazahLASER 1-2-2017 02:01 PM
cmf_premierleag replied at 1-2-2017 05:21 AM
Ada lak duit nak pi obersi
Tp takde duit nak bayar hutang

pi obersi minta sedekah ............
Quote chinta89 1-2-2017 02:04 PM
ak mmg akui sk byk syarikat gulung tikar, graduan susah kije.

dh tahu susah nk dpt duit sb susah nk dpt kije, yg ko nk melacong, aikk eh eh ehhhh ade plk duit???
Quote CiliPadiSedap 1-2-2017 02:27 PM
ptptn ada budi bicara. jangan kerana marahkan sekor babi warna merah  babi di bakar satu hutan..
Quote munchkin 1-2-2017 03:30 PM
Dia pulak kenapa kena blacklist? Kereta pakai kereta van mewah. Jumpa awal last year kat publika. Parking valet. Apa cerita?
Quote shuk_one 1-2-2017 03:50 PM
rasanya kalau bayar je x kena block pun.. ni kes x bayar langsung
Quote airfilterbersih 1-2-2017 04:54 PM
Ahmad Idham & kebodohan berpisah tiada.
Yang kene block tu kalau tak pernah ada rekoda bayaran.
PTPTN tak amik tindakan bagi sape2 yang masih buat bayaran walaupun jumlah bayaran adalah dibawah nilai yg ditetapkan.

Artis malaysia mmg ramai bodoh dari yt cerdik. Sebab tu la jadi artis je.
Quote cik-jaja 1-2-2017 05:43 PM
siapa yang mampu tu, segeralah bayar. yang xmampu tu usahakan jugak..klu dh berhutang, hukumnya wajib dibayar
Quote Skuau 1-2-2017 06:04 PM
Hang buat pilem...amik graduan berlakon...abih cheritha.....
Quote siskepoh 1-2-2017 06:17 PM
mals nk ckp sal ptptn. sis pon blom byr. hiks
Quote WhiskeyScotch 1-2-2017 06:48 PM
Bimbo nyaaa kau Ahmad Idham! Apahal statement macam tak sekolah ni!

Pandai hutang pandailah bayar! Dah nama pun pinjaman WAJIBLAH BAYAR.

Memang patut nama di blacklist dekat IMIGRESEN! Kalau tak buat macam tu mmg semua peminjam liat nak bayar hutang.

Btw, kalau dah boleh naik kapal terbang lalu imigresen itu maksudnya apa? Maksudnya peminjam itu ada duit nak bayar hutang. Tapi mengelak dari nak bayar. Baguslah bila kena blacklist oleh Imigresen so that dorg sedar dahulukan yang wajib bayar hutang dulu. Dah langsai baru boleh keluar kota berjimba tanpa disekat oleh imigresen dan sesiapa pun.

Dasar BIMBO punya Ahmad Idham!
Quote ciksom 1-2-2017 07:23 PM
Kalau berhutang ko mereputla Kat Malaysia.
Quote zie_indah 1-2-2017 08:07 PM
Wah bestlah g obersi.utang xleh bayo lak..selayak nyelah nama kena block....utang dik mesti kena bayo....
Quote merrissa 1-2-2017 09:41 PM
agaknya ahmad idham ni sedarrr tak....

sebab ramai yang p keje obersi....buat2 lupa nak bayaq hutang itu lah pasai  imigresen block deme...

ader yang setengah tuh biler tau kene block...baru terkial2 nak bayaq....n ader lak duit nak bayaq lump sum sebenarnya...

hutang jangan main2

Allah tanya kelak...

huuuu
Quote tagas 1-2-2017 10:00 PM
Dia tak berfikir aras tinggi agak nya

Camne lak dgn student2 baru dari
golongan marhaen2 pprt yg

tadak duit nak survive masuk ipt tu

Ptptpu makin susut dana utk rolling back
Quote WajibulGhunah 1-2-2017 11:19 PM
tagas replied at 1-2-2017 02:00 PM
Dia tak berfikir aras tinggi agak nya

Camne lak dgn student2 baru dari

Stuju!!!

Bkn semua yg pepandai nk biasiswa sgala
Biasiswa pun tah ada tah tidak
Quote julia5094 2-2-2017 03:54 PM
Dah settlekan hutang setahun yang lepas..ni tgh kumpul duit untuk anak2..kalau boleh, tak mau diorang berhutang semata2 nak belajar...mak pakai baju berulang pergi kerja pun tapa....hu..huk...

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058936 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top