CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dimarahi Bapa, Budak 11 Tahun Reka Cerita Diculik Lelaki Bertopeng

1-2-2017 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3659| Komen: 16

Description: Dakwaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun bahawa dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki ternyata palsu dan rekaan semata-mata.
Dakwaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun bahawa dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki ternyata palsu dan rekaan semata-mata.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa mengaku mereka cerita berkenaan selepas pulang lewat ke rumah kira-kira jam 1.30 pagi.

"Mangsa mengesahkan dia sebenarnya takut untuk balik ke rumah setelah terpadam (terdelete) aplikasi WhatsApp dan Facebook di telefon bimbit kepunyaan bapanya secara tak sengaja semasa menggunakan telefon bimbit berkenaan,"katanya kepada Sinar Harian.

Kanak-kanak itu kemudiannya bertindak keluar untuk bersembunyi di belakang rumahnya sebelum tertidur di situ sehingga tengah malam.

"Rakaman percakapan ke atas bapa mangsa juga mengesahkan bahawa anaknya telah mereka cerita berkaitan cubaan culik ke atasnya dan berasa amat kesal dengan perbuatan anaknya itu kerana telah membabitkan dan menyusahkan banyak pihak," tambahnya lagi.


Sebelum ini, kanak-kanak tersebut mengatakan yang kononnya tiga lelaki bertopeng cuba menariknya masuk ke dalam van sebelum mangsa berjaya melepaskan diri dengan menggigit tangan seorang daripada suspek. -CARI

Foto Hiasan
10

Bagus
23

Marah
19

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka00 1-2-2017 04:24 PM
banyak sangat tgk sinetron budak nieh
Quote chinta89 1-2-2017 04:40 PM
ade thread terdahulu psl ni? sb rsanya mcm iols xde baca news nih...

hmm.... takut punya pasal, direka2 cter plk... bertabahlah apaknya.
Quote myakayina 1-2-2017 04:41 PM
pengaruh filem ni..pandai pula dia reka citer kena culik..
Quote manehnya 1-2-2017 04:46 PM
kesiannya kt budak tu, msti bapak garang gila... salahkan mak bapak la
Quote hasniey 1-2-2017 04:51 PM
msti bapak dia garang gile, trdelete wsap pon dia takut mcmtu sekali
Quote ronapink 1-2-2017 04:51 PM
chinta89 replied at 1-2-2017 04:40 PM
ade thread terdahulu psl ni? sb rsanya mcm iols xde baca news nih...

hmm.... takut punya pasal, d ...

betul,

mcm penah baca dulu
Quote stania83 1-2-2017 04:52 PM
Adoii dah besar mesti tergelak ingat balik. Siap masuk paper
Quote nononcrux 1-2-2017 04:53 PM
hihi terpadam wicet ngn wassep lucu la adik ni, sbrnye bagus ko padam dik tentu bapak ko tegar sgt lyn 2 apps tu yang jadi garang semacam ko terpadam. tapi rekaan citer ko lagi lucu dik
Quote PongKang 1-2-2017 05:02 PM
nasib baik adik tu cuma terdelete je n x terpost pic xxx apaknya kat fb or wasap apaknya...kalo x abis ko dek jadi aizam bila da besar nanti, xpulang ke MY dah
Quote cahaya_almas 1-2-2017 05:17 PM
Kelakar lak thread ni...haha
Quote debab_78 1-2-2017 05:18 PM
Edited by debab_78 at 1-2-2017 05:20 PM

Ada baca news budak ni ilang semalam.. pas jumpa tu bapak dia wat laporan polis sbb bdk tu ckp kena culik dgn lelaki btopeng. Dia dpt lepas pun sbb bdk tu gigit n cubit lelaki tu dlm kereta n lompat keluar. Waktu tu aku terus pk budak ni ntah2 wat cerita je ni.. sekali arini betol polis wat statement yg bdk ni wat story je... patot la muka ko time dgn ayah ko tu ko gelabah je dik..
Quote Mary_jane 1-2-2017 05:37 PM
Cekik batang leher dia pakcik. Tapi sebelum tu pakcik muhasabah diri dulu, kenapa anak takut sangat sampai sanggup menipu?  
Quote sebu 1-2-2017 05:38 PM
hasniey replied at 1-2-2017 04:51 PM
msti bapak dia garang gile, trdelete wsap pon dia takut mcmtu sekali

Aku pun terpikir mcm kamu.
Quote Artemesiaa 1-2-2017 05:49 PM
Ada potensi jadi script writer bila besar nanti tapi jangan tiru cam drama kul 7 segala bomba, pilot, 200% bagai sudah.  
Quote samasam90 1-2-2017 11:49 PM
baru 11 tahun dah pandai buat cerita. so sedih. dak-dak wicet la ne.
Quote WhiskeyScotch 1-2-2017 11:58 PM
Itulah sebabnya kita tak harus percaya pada budak-budak. I hate kids. Just hate them.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.053817 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top