CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yuran Tadika Makin Mahal, Setahun Belanja RM5,000 Untuk Anak

3-2-2017 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20972| Komen: 303

Description: "Jika dihitung, dalam tempoh setahun, saya perlu membayar hampir RM5,000 untuk seorang anak ke tadika."
"Jika dihitung, dalam tempoh setahun, saya perlu membayar hampir RM5,000 untuk seorang anak ke tadika."

Demikianlah keluh seorang ibu yang terpaksa berbelanja secara purata lebih RM5,000 setahun bagi seorang anak ekoran yuran tadika swasta yang semakin meningkat di kawasan bandar.


Melalui tinjauannya di beberapa taman didikan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur, Kosmo! mendapati hampir setiap ibu bapa mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM2,000 untuk bayaran pendaftaran sahaja! Manakala, belanja untuk persekolahan anak mencecah RM300 hingga RM600 setiap bulan.


Foto: Kosmo!

Adapun tadika swasta dan prasekolah milik kerajaan yang mengenakan caj lebih rendah, ia tidak dapat menampung jumlah permintaan tinggi terutama di kawasan bandar besar.


Nurhasliza Ramli, 31, juga seorang guru berkata dia dan suami yang juga bekerja dengan kerajaan perlu menabung sepanjang tahun bagi menampung perbelanjaan yuran pendaftaran tadika lebih RM1,700 untuk seorang anak.

“Walaupun pendapatan serta suami me-lebihi RM7,000 sebulan, banyak per-belanjaan lain perlu diberi keutamaan seperti pinjaman perumahan, kenderaan serta bil utiliti melibatkan jumlah keseluruhan melebihi RM3,000 sebulan.

“Yuran pendaftaran sahaja hampir mencecah RM2,000, belum lagi yuran bulanan sebanyak RM350 yang perlu dibayar," katanya kepada Kosmo!.

Berikutan keadaan ekonomi masa kini menyebabkan kos operasi semakin meningkat, sekali gus menyebabkan tadika swasta memutuskan untuk menetapkan kadar yuran yang mahal. - CARI
20

Bagus
39

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tricomonas 3-2-2017 10:16 AM
yang ko bodo gi hantar tadika private mahal tu wat per..hantar je tadika Perpaduan ke Kemas ke..baru 10 hinggit sebulan..dah kena ribu riban mula la meroyan satu dunia...
Quote fromheaven 3-2-2017 10:17 AM
Mahalnya. Klu 5000 means 400-450 monthly kan
Quote fcl29 3-2-2017 10:21 AM
masuk tadika, beria private, mahal.. last2 ke sekolah kebangsaan jugakk.. pastu kedekut bila cikgu mintak byr itu ini
Quote cmf_conan 3-2-2017 10:35 AM
tricomonas replied at 3-2-2017 10:16 AM
yang ko bodo gi hantar tadika private mahal tu wat per..hantar je tadika Perpaduan ke Kemas ke..baru ...

tangga gaji die tak melayakkan die utk hantar anak die ke tadika2 yg ko sebut tu..
kalo layak pon, nak kena berebut cari yg ada kekosongan..

Quote vanillaninja 3-2-2017 10:37 AM
tricomonas replied at 3-2-2017 10:16 AM
yang ko bodo gi hantar tadika private mahal tu wat per..hantar je tadika Perpaduan ke Kemas ke..baru ...

Nak masuk Kemas kan kena ikut gaji parents.
Quote mrsT 3-2-2017 10:41 AM
vanillaninja replied at 3-2-2017 10:37 AM
Nak masuk Kemas kan kena ikut gaji parents.

iyer kerr?? baru ku tahu..
Quote azimodin 3-2-2017 10:41 AM
Kalau private tapi bukan franchise yuran bulanan around RM300-350 untuk full day. Yuran tahunan termasuk uniform, insurance dll masih bawah 1000.  Untuk franchise mmg yuran tahunan mengalahkan yuran UITM. Bukan semua orang diberi peluang nak masuk tadika kemas tapi pandai2 la pilih,
Quote ej_1902 3-2-2017 10:41 AM
Masalahnya skrg ni golongan M40 x diterima masuk ke tadika kemas tau tadika perpaduan... Penerima brim je yg layak kat situ so no choice tpaksa jgak ler hntr ke private jwbnya...mmg membebankan mcm weols ni...
Quote asudau 3-2-2017 10:42 AM
susah nak masuk kemas, pra sekolah uols..
PASTI pun mahal jugak.
Quote skymania 3-2-2017 10:44 AM
tricomonas replied at 3-2-2017 10:16 AM
yang ko bodo gi hantar tadika private mahal tu wat per..hantar je tadika Perpaduan ke Kemas ke..baru ...

gaji parent 3K ke atas dah tak layak apply kemas, perpaduan bagai okeh..

ke anak kau lepas? kawan aku try tak lepas.. tak layak katanya.. huhuhu..
Quote R2D2 3-2-2017 10:45 AM
Masuk tadika  PERMATA pun ikut tangga gaji jugak ka?
Quote tri-max 3-2-2017 10:45 AM

K'jaan kena sama2 pantau lah, sebab ini antara faktor penyumbang kpd kegawatan ekonomi utk golongan pertengahan
means mereka tersepit, nak ke kemas/ perpaduan or permata tangga gaji tak lepas
nak ke swasta ... menjerut leher

Quote skymania 3-2-2017 10:46 AM
vanillaninja replied at 3-2-2017 10:37 AM
Nak masuk Kemas kan kena ikut gaji parents.

kaaann...kawan aku tak layak anto anak ke kemas, perpaduan whatsoever sbb gaji..

padahal kalu dok bandar.. gaji mcm tuh miskin bandar jeh..
Quote cmf_conan 3-2-2017 10:48 AM
skymania replied at 3-2-2017 10:44 AM
gaji parent 3K ke atas dah tak layak apply kemas, perpaduan bagai okeh..

ke anak kau lepas ...

sapa yang bodo skarang neh?
Quote prettyuglybabe 3-2-2017 10:49 AM
bukan masing-masing bertanding ke anak sapa tadika lagi mahal?
Quote seri_mawr 3-2-2017 10:49 AM
R2D2 replied at 3-2-2017 10:45 AM
Masuk tadika  PERMATA pun ikut tangga gaji jugak ka?

ya........
Quote yuliss 3-2-2017 10:53 AM
R2D2 replied at 3-2-2017 10:45 AM
Masuk tadika  PERMATA pun ikut tangga gaji jugak ka?

tadika permata ni bkn byk cwgn ponn kan.certain area je ada kn.bkn mcm kemas
Quote seri_mawr 3-2-2017 10:55 AM
bayr 400-600 tapi klu dia ajar semua..tahu2 anak 4-6 tahun dah pandai menulis membaca...bukan takat ABC, 123 siap dgn ALif Baa Taa lagi tahu tulis...

pandai baca iqra...pandai amik wuduq..pandai baca al-fatihah....mcm2 doa pandai..siap dgn translation lagi....

nak suruh aku ajar hari2 mmg x sempat kot....malam kejap pastu sabtu ahad sekejap2 boleh la......

aku rasa mcm berbaloi...ni taska anak aku la...


Quote nononcrux 3-2-2017 10:57 AM
mana yang anak sorang mampu tak mampu belakang citer yang penting anak pandai, bijok gitu. zaman sekarang kan education berlumba-lumba

Lihat semua komen(303)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.060401 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top