CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

5 Aktor Kacak Korea Paling Hot Masa Ini, Siapa Pilihan Anda?

6-2-2017 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24303| Komen: 69|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Salah satu sebab mengapa drama Korea semakin menambat hati peminat adalah barisan pelakonnya yang kacak dan berperwatakan romantis selain sering membuat penonton terbuai dengan penceritaannya.
Salah satu sebab mengapa drama Korea semakin menambat hati peminat adalah barisan pelakonnya yang kacak dan berperwatakan romantis selain sering membuat penonton terbuai dengan penceritaannya.


Saban hari, penonton diperkenalkan dengan barisan pelakon baru yang berkarisma dan sedap 'mencuci mata' membuatkan penonton berasa tidak sabar untuk menonton episod seterusnya.

Dari watak pembantu hinggalah watak utama, barisan aktor ini telah meraih perhatian peminat sejak dari awal karier mereka lagi kerana rupa mereka di samping bakat dipamerkan.

Nak tahu siapa lima pelakon lelaki paling hot dalam industri hiburan Korea sekarang? Jom tengok!


1. Park Hae Jin

Foto: Koreaboo


Ketampanan Park Hae Jin tak dapat disangkal lagi tambahan pula dia memiliki peminat setia di  Korea mahupun di peringkat antarabangsa. Peminat pasti tak sabar menunggu Hae Jin tampil dalam filem adaptasi dari drama Cheese in the Trap.


2. Seo Kang Joon

Foto: Kpop Herald

Seo Kang Joon mula memikat hati peminat apabila membintangi drama Cheese in the Trap sebagai 'second hero'. Dengan bentuk muka sempurna dan warna anak matanya sememangnya memukau peminat!


3. Kim Woo Bin

Foto: IG Kim Woo Bin

Merupakan salah seorang pelakon paling popular di Korea hari ini, Kim Woo Bin bermula sebagai watak sokongan dan watak utama kedua dalam drama popular termasuk The Heirs. Woo Bin juga merupakan seorang model berjaya, jadi tidak hairanlah rupanya yang unik menarik perhatian ramai, sekali gus menjadikannya salah seorang pelakon paling hangat di Korea.


4. Jin Goo

Foto: IG Jin Goo

Populariti Jin Goo semakin melonjak selepas membintangi drama Descendants of the Sun sebagai watak sokongan. Bukan sahaja penampilannya yang 'macho' menarik perhatian peminat, malah Jin Goo memiliki personaliti bersahaja dan lucu dalam masa sama.


5. Lee Dong Wook

Foto: The Korea Times

Siapa tak kenal dengan aktor tinggi lampai dan kacak Lee Dong Wook. Kemahiran dan bakat lakonannya yang menjayakan watak malaikat maut dalam drama popular Goblin baru-baru ini nampaknya membuatkan nama Dong Wook semakin kerap disebut-sebut di kalangan peminat.


Bagaimana dengan anda? Berapa ramai lagi pelakon kacak bertakhta di hati anda? - CARI
17

Bagus
12

Marah
18

Terkejut
7

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che_kembang 6-2-2017 06:12 PM
iol vote dong wook.lain x kenal..die ni nampak suwit sgt dgn lee da hae
Quote aura77 6-2-2017 06:28 PM
no 5..pelakon goblin
Quote aura77 6-2-2017 06:30 PM
park hae jin.. tu  pelakon doctor stranger kn
Quote CrowneGlory 6-2-2017 06:32 PM
Semua x menarik...siwon ttp di hati
Quote Aizuzu 6-2-2017 06:34 PM
Woo bin paling macho
Quote Sandal 6-2-2017 07:28 PM



Quote uori 6-2-2017 07:54 PM

tengok pun dah rasa terhibur


Quote makneng 6-2-2017 08:42 PM
Mak vote the grim reaper yach!!!
Quote bellaa 6-2-2017 09:00 PM
Sandal replied at 6-2-2017 07:28 PM

Sedang rembes merembes dgn wajah actorrr kpop. Scrol punya scrol, sekaliikk pitam  :
Quote ninnakarinna 6-2-2017 10:07 PM
Kenapa joong ki takde dlm senarai
Quote veYron 6-2-2017 10:37 PM
vote utk lee dong wook wlupun masih setia dgn won bin MaIdfi5H.jpg


Quote sashabeepg 6-2-2017 10:56 PM
kenapa Lee min Ho x de?
Quote matchstick 6-2-2017 11:05 PM
dlm list ni iols pilih seo kang joon..

tp ji chang wook, lee sang yoon, ha seok jin lg hot
Quote cikanggun 6-2-2017 11:06 PM
Gong Yoo tak msk list kah?
Quote whadda 6-2-2017 11:49 PM
Aku vote gong yoo walopon hero paling tua antara smua dan takde dlm list..  
Quote cknoriz 7-2-2017 12:41 AM
aku vote semua...
Quote goblin87 7-2-2017 01:22 AM
Lee dong wok..kl ade gong yoo..pilih 2 2..bromance..
Quote masterdyanna91 7-2-2017 08:59 AM
vote untuk lee dong wook..
Quote mamamia13 7-2-2017 09:00 AM
lee dong wok!!

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071069 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top