CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Jumpa Imej Bertudung Sesuai, Ella Nak Cari Designer Shawl

14-2-2017 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13245| Komen: 54|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Ekoran menerima pelbagai reaksi daripada peminat berhubung gaya pemakaian tudungnya sejak berhijab pada Ramadan tahun lalu, ratu rock tanah air, Ella atau Norzila Aminudin, 51, mendapat idea mengadaka ...
Ekoran menerima pelbagai reaksi daripada peminat berhubung gaya pemakaian tudungnya sejak berhijab pada Ramadan tahun lalu, ratu rock tanah air, Ella atau Norzila Aminudin, 51, mendapat idea mengadakan sebuah kempen bagi mencari imej tudung bersesuaian dengan dirinya iaitu "Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl".



Foto: UTUSAN MALAYSIA


"Jujurnya saya sendiri tidak tahu gaya apa yang sesuai dengan saya dan masih lagi tercari-cari stail kena dengan imej saya," katanya kepada mStar Online.


Disebabkan itu, Ella membuka peluang kepada peminat atau sesiapa sahaja untuk mereka tudung bersesuaian dengan imejnya.

"Kadang-kadang saya baca komen peminat ada yang bernas dan mereka mempunyai banyak cadangan tentang tudung apa yang sesuai untuk saya pakai.

"Jadi saya fikir apa salahnya saya beri peluang kepada mereka untuk mereka tudung bersesuaian dengan saya dan ia juga boleh menjadi satu aktiviti menarik," katanya.


Foto: IG Ella

Pertandingan itu berlangsung dari 13 hingga 26 Februari dan dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Aidilfitri, Kasual dan Rock & Roll. Bukan sekadar mencari rekaan terbaik semata-mata, tetapi kempen itu juga merupakan sebahagian daripada publisiti untuk pelancaran koleksi terbaharu shawl dibawah jenamanya iaitu Inai by Ella pada Mac depan.

Rekaan menepati kriteria iaitu menarik, unik dan asli akan dipilih sebagai pemenang. Malah, rekaan terpilih akan dipakai Ella selain bakal dikeluarkan dibawah label Inai by Ella.

Menurut pengarah projek berkenaan, Baini Jaafar berkata pemenang akan menerima hadiah terkumpul sebanyak RM5,000 sebagai ganjaran. Kepada yang berminat boleh hubungi Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl di talian 012-779 1277.

Wah, menarik betul ni! Ada antara anda berminat mereka tudung untuk ratu rock kita ni tak? - CARI
33

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 14-2-2017 10:13 AM
tanda2 awal nak bukak bisnes tudung.
Quote bellxx 14-2-2017 10:18 AM
hahahhahahha mungkin ni
Quote mommymonster82 14-2-2017 10:21 AM
Asyik2 jual tudung..jual produk jual parfume..

Tryla jual buku pulak...
Quote mieymiey 14-2-2017 10:23 AM
kucen_miang replied at 14-2-2017 10:13 AM
tanda2 awal nak bukak bisnes tudung.

...... untuk pelancaran koleksi terbaharu shawl dibawah jenamanya iaitu Inai by Ella pada Mac depan.





Quote diamondhoney 14-2-2017 10:28 AM
Tudung lagiii
Quote manehnya 14-2-2017 10:37 AM
wow makcik ella.. cer p kawan ngan nellopa
Quote esbatu 14-2-2017 10:41 AM
ce pakai bawal je acik ella.. xyah la bershawl bagai
Quote tsumawee 14-2-2017 10:43 AM
Semua nak jadi jutawan macam Lopa
Quote kikuri 14-2-2017 10:44 AM
walau dah kertu acik ella tetap maintain lawa.
Quote RatuDunia94 14-2-2017 10:45 AM
Marketing je ni..
Quote BebeQ 14-2-2017 10:51 AM
Dulu aku penah dgr cerita dari mana tah  dia nak jual tudung kalis air. Tunggu juga bila nak launching tudung tu.
Quote becir 14-2-2017 10:54 AM
tajamnya la pipi n dagu...artis2 malaysia ni buta apa...ingat lawa sangat ke muka2 tajam ni...sepesen pulak semuanya...
Quote shahirakay 14-2-2017 11:08 AM

kuasa membeli orang perempuan ni besar nok. keluar la berapa banyak seller tudung pun, ada je customer nak beli.
Quote miemiecha 14-2-2017 11:47 AM
dah agakk.. nak jual tudung jugakkkkkk
Quote mamapea 14-2-2017 11:53 AM
aku ingat ella ni 40 an...rupanya dh 51..
Quote MarryPottet 14-2-2017 12:01 PM
aku rasa pemenangnya nnt mesti design tudung yg boleh kibas kibas kiri kanan sbb acik el dah gian, lama tak perform sambil kibas kibas rambut & pasni boleh perform sambil kibas kibas tudung pulak
Quote zameyla 14-2-2017 12:08 PM
lawa ja ella pakai tudung...
Quote samasam90 14-2-2017 12:19 PM
kaka tetiba blur, pehal reputz manja2 ne.. rupenya tu tagline ella.. hmmmmmmm
Quote chinta89 14-2-2017 12:32 PM
dh agak dh nk jual tudung..


n, muke diadlm pic  menakutkan aku. tkejut ak td..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055262 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top