CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Amalkan Jus Tradisional Ini Untuk Singkir Kolestrol Dengan Singkat

10-3-2017 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14022| Komen: 54|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Semakin banyak jus halia dijual secara komersial di pasaran yang mendakwa mampu menurunkan kadar kolestrol dengan berkesan.

Semakin banyak jus halia dijual secara komersial di pasaran yang mendakwa mampu menurunkan kadar kolestrol dengan berkesan. 

Malah, ia juga dikatakan mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, gout, darah tinggi, migrain, sakit sendi dan sebagainya.

Ternyata ia sebenarnya satu resipi tradisional yang terbukti mampu meningkatkan kesihatan tubuh badan. Penggunaan bahan seperti halia, bawang putih, jus lemon dan madu digabungkan maka terhasillah satu minuman sangat menyihatkan. 

Berita baiknya anda boleh menyediakan sendiri jus halia ini tanpa memerlukan modal besar, namun turut memberi kesan positif yang sama. 

Seorang netizen berkongsi di laman sosial tentang cara penyediaan jus halia yang amat mudah ini. Moga bermanfaat!


Bahan:
500g bawang putih
500g halia
1 cawan perahan lemon
1 cawan apple cider
1 cawan madu


Cara buat:

1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pula dan tapis jusnya.


2. Masukkan perahan air bawang putih & halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan, renihkan dalam 30 minit.


3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.

Foto: Blog Didakwah
Cara minum:
1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur.


Kredit: Blog Didakwah, Delihayat Kitchen
35

Bagus
23

Marah
28

Terkejut
12

Sedih
27

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 10-3-2017 12:35 PM
Byknye apple cider..secawan..
Quote helicornia 10-3-2017 12:59 PM
pearl.silver replied at 10-3-2017 12:35 PM
Byknye apple cider..secawan..

mungkin sbb bahan lain pun byk campur air lg..tp iols pun amalkn apple cider plus muda ni sesudu je tiap bg bancuh dgn air
Quote syadq 10-3-2017 02:37 PM
Extra info.

Quote haryatie 10-3-2017 04:13 PM
setakat air halia mmg buat sendiri jerk
da bertahun minum..
Quote WhiskeyScotch 10-3-2017 04:18 PM
Apple cider memang sangat bagus. Tak dinafikan. Highly recommended.
Quote cik-jaja 10-3-2017 05:05 PM
ok boleh try buat stok nih..
Quote merrissa 10-3-2017 05:07 PM
aku mampo minuom serbuk halia je...halia betoi mahai
Quote siskepoh 10-3-2017 06:30 PM
alamak, halia cm tertelan rasonyooo
Quote amyza 10-3-2017 10:34 PM
Iols minum kunyit+halia+asam jawa,boleh lah tekak iols telan. Kalau yg ada manjakani dgn daun sirih,siksa nak abiskan.
Quote Leo_Gurlz 10-3-2017 10:39 PM
Mak Iolls mmg selalu buat terkawal lahh darah tinggi. Cuma iollss tak tahan bau dia
Quote mommymonster82 10-3-2017 10:41 PM
Edited by mommymonster82 at 10-3-2017 10:43 PM

Jus halia campur cuka apple ..jus kunyit mmg jd amaln.. halia boleh hari2.. kunyit jgn selalu ..2 kali seminggu je..
Quote obical 11-3-2017 07:04 AM
Memang bagus...masalahnya bau pulak...
Quote capiloton 11-3-2017 02:34 PM
Edited by capiloton at 11-3-2017 02:49 PM

aku bangun pagi 1st thing minum air kosong segelas.
lepas tu amik apple cider dalam 2 sudu, n then letak air panas segelas.
lepas mandi dan memerut, n apple cider tu pun dah jadi suam, aku minum sampai habis.
aku jarang ambil b'fast awal pagi, sebab mau detox badan dulu.

lepas pi kerja, or lepas morning exercise time weekend,
kekadang kol 10 or 11, aku akan memerut sekali lagi.
biar toksin semua keluar dulu, haha.
lagipun lifestyle kita sekarang ni selalunya overeating.
makan dinner malam tadi belum habis cerna, or sisa makanan masih melekat dalam usus,
sebab makan berat masa dinner lepas tu terus tido, or asid perut kurang (blood type A).
n then pagi2 dah masuk makanan baru,
macam mana tak kena macam2 penyakit.

lepas tu bila brunch, aku selalunya makan buah.
aku buat air lemon campur halia. tambah air panas byk kali sampai hilang rasa dia.

lunch boleh makan macam biasa.
tapi aku slalunya makan roti gardenia 2 keping n peanut butter.
sebab kenyang makan buah banyak masa brunch.
lagipun aku malas nak keluar lunch, nap kat opis lagi best.

bila petang aku rendam kayu tongkat ali dgn air panas segelas, n letak madu sesudu.
or minum plain green tea, selang sehari dua. sebab tongkat ali ni tak bole minum hari2.
kalo lapar time ni aku akan makan buah lagi, buat alas perut.

petang balik keje,
kalau tak memerut kol 10/11 tu, aku akan rasa nak memerut lagi time ni.
lepas tu exercise pi gym, hiking or skipping 1 jam.

bila malam dinner roti 2 keping & telur 2 biji.
kalau lapar lagi, makan la buah. pilih buah fiber tinggi & kalori rendah.
aku jarang makan nasik, hanya sekali dua seminggu.
dan jarang2 makan daging (red meat, chicken or fish), seminggu pun cuma sekali dua.

itu la eating routine aku hari2. sapa berminat boleh follow.
n yes... aku ni health freak, haha.
Quote susukambingbest 11-3-2017 04:03 PM
capiloton replied at 11-3-2017 02:34 PM
aku bangun pagi 1st thing minum air kosong segelas.
lepas tu amik apple cider dalam 2 sudu, n then  ...

wow hebatnya chuol
Quote sundayz0 11-3-2017 09:11 PM
capiloton replied at 11-3-2017 02:34 PM
aku bangun pagi 1st thing minum air kosong segelas.
lepas tu amik apple cider dalam 2 sudu, n then  ...

Aku baca dengan kagum...
Quote Kak-Leen 13-3-2017 05:32 AM
Edited by Kak-Leen at 13-3-2017 06:15 AM
capiloton replied at 11-3-2017 02:34 PM
aku bangun pagi 1st thing minum air kosong segelas.
lepas tu amik apple cider dalam 2 sudu, n then  ...


Ho mak aii!! Gitu sekali!
Mmg health freak sungguh!

Akak pulak setiap hari kick off dgn
Semug suam+1sudu ACV, 1 mug plain oat, 1 mug air panas+bendi dan 1 mug air rendaman lemon timun mint halia. Kalau berakfast luar on Saturdays, mkn 1 keping tosei / 1 bungkus nasi lemak 80sen / separuh roti canai kosong/ 1/2 kuey tiaw hailam / separuh lontong dgn  kopi o + 1 sudu teh gula.
Lunch alternately nasi berlauk atau buah atau pasta. Then satu mug green tea.
Tea mkn biskut atau roti.
Dinner 6:30 dgn steam fish atau apa2 lauk yg dikukus@bakar atau bake atau soupy. Once a while reward anak2 dgn dinner di luar sbb dioarg x kesah makan apa yg dihidangkan sepjg sebulan.
Lepas sejam tu akak start minum 1 mug air suam bendi, air teh org kpg, air suam bunga telang, dan air rebusan lain.
Sepjg hari minum air masak dan air rendaman lemon timun mint halia / air suam halia / air suam lemon.

Thread mill or fast walk (akak x jog sbb PID), pilates/yoga or any target routines setiap pagi atau petang for 4-5kms or just 1 hour routines.

Semua ni start selepas akak severe slipped disc sampai x blh gerak separuh badanfor 3 whole months and had to do intensive physiotheraphy for 3 whole years lepas declined the operation. It all have to start from somewhere kan.. Huhuhu...

Better to be a health freak from day 1 rather than to be freaked off by your health mcm akak. And make sure you are healthy with routine consultations from the health specialists.

Tapi bila balik kampung, reward memanjang aje.   
Quote Kak-Leen 13-3-2017 06:05 AM
mommymonster82 replied at 10-3-2017 10:41 PM
Jus halia campur cuka apple ..jus kunyit mmg jd amaln.. halia boleh hari2.. kunyit jgn selalu ..2 ka ...

Manjakani pun jgn selalu, kan mommy?

Apapun in moderation.
Quote spankee_fili 13-3-2017 08:42 AM
capiloton replied at 11-3-2017 02:34 PM
aku bangun pagi 1st thing minum air kosong segelas.
lepas tu amik apple cider dalam 2 sudu, n then  ...

disiplinnya uols...ai tak makan nasik sehari mau meroyan...
Quote JeepersCreepers 14-3-2017 10:38 PM
Bagus ni..elok cuba

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.251141 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top