Calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada jawatan tersebut berkuat kuasa serta merta. Keputusan beliau itu sekali gus memberi laluan kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan tersebut.
Memetik laporan mstar, Annuar menafikan dakwaan bahawa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan perwakilan untuk memilih beliau sebagai presiden FAM. "Tidak ada mana-mana pihak atau individu yang mendesak saya membuat keputusan ini." "Ini adalah keputusan saya sendiri, siapa pun saya tak bincang, termasuk isteri saya sendiri." Annuar berkata, beliau akan terus menumpukan perhatian dalam membantu pasukan bola sepak Kelantan selain memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Ketereh dan Ketua Penerangan Umno.- CARI
|
OmJualGas replied at 23-3-2017 01:19 PM
So...bole menang world cup la ni kan...
Nokiaman replied at 23-3-2017 01:28 PM
Perubahan Drastik akan berlaku tidak lama lagi..
Bye Bye OKS....
Semalam 0-0 dengan Piliphines...
...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.066445 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.