CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ciumlah Bau Buahan Ini Untuk Redakan Stres, Resah & Ketakutan

17-4-2017 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3958| Komen: 12|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Sering berasa stres dan juga pening-pening?

Sering berasa stres dan juga pening-pening? Apa kata letakkan buah oren atau lemon di sebelah meja anda. Terasa bimbang dan resah bila berada di kawasan sempit? Ciumlah bau timun. Mahu turunkan berat badan? Sedutlah bauan epal hijau yang menyegarkan. 


Inilah kelebihan aroma daripada bunga, herba dan juga buah-buahan yang ramai tidak tahu. Bukan sahaja ia menyegarkan, bauannya juga boleh membuatkan minda terasa tenang, bebas daripada perasaan bimbang dan membuatkan tidur lebih lena. 

Pendek kata, bauan daripada bunga, herba dan buahan merupakan terapi paling berkesan. Malah, pakar menjangkakan pada masa hadapan terdapat rawatan untuk penyakit yang dibuat berdasarkan bauan ini. 

Sebenarnya aroma yang dihidu mampu memberi kesan kepada kepada otak. Ia seterusnya membantu mengawal tekanan darah, degupan jantung, pernafasan, memori, tahap stress dan keseimbangan hormon. 

Jom, apa kata anda cuba tiga bauan berikut, ia dapat membantu memulihkan banyak masalah, seperti yang dipaparkan menerusi laman Express UK: 



1. Epal hijau

Kajian mendapati bauan epal hijau mampu membantu mengawal tekanan darah dan meredakan migrain. Terdapat juga kajian yang dilakukan terhadap 3,139 pesakit berat badan, mereka diberi bauan epal hijau ketika lapar, dan ternyata mampu menyekat selera makan. Selepas 6 bulan mereka turun antara 5lb hingga 30lb. 


2. Buah oren

Bauan oren mampu memberi kesan yang menenangkan terutamanya di kalangan wanita. Terdapat ujian dilakukan terhadap pesakit yang datang ke klinik gigi, mereka berasa lebih positif dan tenang bila adanya bauan oren ini. 


3. Timun

Eksperimen dilakukan terhadap pesakit yang berasa takut dengan keadaan sempit, berasa lebih tenang selepas diberikan kapas yang dicalit minyak timun pada hidung mereka, ketika menjalani ujian MRI. - CARI 
6

Bagus
26

Marah
20

Terkejut
19

Sedih
17

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 17-4-2017 04:32 PM
ooh..nice..info..bole cuba.hihihihi
Quote siskepoh 17-4-2017 06:21 PM
wahh bagosnya. thanks for the info TT
Quote mirandanicky1 17-4-2017 09:14 PM
Should try these useful tips. Tq
Quote kittypong31 17-4-2017 09:34 PM
thanks for the info.. bau lavendar pun calm jugak..
Quote chinta89 18-4-2017 10:19 AM
nice info.. nk try lah
Quote sepetnov 18-4-2017 12:02 PM
suka bau oren je.. okeh, boleh try bau lain ploks.
Quote Gadis_sarawak 18-4-2017 12:17 PM
Mana nak cari bau epal hjiau ni? Nak kurus
Quote rospinki 18-4-2017 12:35 PM
aku penyakit suka cium daun ketumbar
Quote ONEK 18-4-2017 12:44 PM
kalau yang suka kentot, pas tu saukkan tangan di kawasan angin kentot dan letakkan di hidung sendiri.....adakah dapat memberikan ketenangan abadi?
Quote Artemesiaa 18-4-2017 02:12 PM
Sebab tu bau buah buahan lebih sesuai dipakai waktu siang.  Suasana stress siang hari masa bekerja jadi lega sikit jika ada bau bauan buah buahan ni.
Quote swimswim 7-5-2017 09:52 PM
selalu lupa nak cium dah masuk mulut dulu
Quote amisery 19-7-2017 03:57 PM
BOLEH LA CUBA NANTI

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.062288 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top