CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lucu! Penumpang Terkejut Pemandu Grabcar Sediakan Percuma Air, Caj Telefon, Perfume

18-4-2017 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8089| Komen: 27|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Dalam pada beberapa kisah ngeri berkaitan servis Uber dan juga Grabcar dipaparkan, terdapat juga pengalaman mencuit hati

Dalam pada beberapa kisah ngeri berkaitan servis Uber dan juga Grabcar dipaparkan, terdapat juga pengalaman mencuit hati yang dikongsikan oleh pengguna ketika menaiki kenderaan tersebut. 


Seorang netizen dari Singapura dikenali sebagai Chanel Lam berkongsi cerita bagaimana kereta Grabcar yang dinaikinya menawarkan servis yang memang mengejutkan.

Tunggu dulu, bukan servis sebarangan, sebaliknya lebih kepada servis berbentuk hospitaliti iaitu meraikan pelanggan dengan pelbagai 'sajian' yang mungkin ramai tak terfikir. 

"Baru je naik Grabcar tadi. Adakah saya sedang berhalusinasi? Haha.

"Apa jenis grabcar ni? Ini mungkin perjalanan paling best dalam hidup saya. Terfikir juga kenapa saya selalu dapat pengalaman gila macam ni!" ujar netizen ini. 


Apa yang disediakan oleh pemandu kereta ini? Jangan terkejut, anda dibenarkan untuk mengecas telefon bimbit secara percuma, minuman tin juga disediakan, malah dibenarkan untuk memilih rokok kegemaran, semuanya percuma!

"Saya tak ambil apa pun, namun terima kasih kerana membuatkan perjalanan saya sebagai satu yang sukar dilupakan!" katanya. 

Sebenarnya apa yang dilalui wanita ini memang menjadi mimpi atau idaman ramai pengguna lain. Siapa sangka ada pemandu grabcar yang benar-benar melayan pengguna sehebat ini? Pastinya ia menjadi tamparan hebat kepada pemandu teksi yang lazimnya menjadi rungutan para pengguna sebelum ini. 

Netizen lain yang membaca perkongsian ini turut berasa teruja, sambil bertanya,

"Apa nombor plat kereta itu, wow, saya tak pernah merasainya sebelum ini."

"Jom naik kereta ni sambil lalu perjalanan yang panjang, habiskan semua air dia sediakan tu! huhu."


Kisah mencuit hati ini apa pun mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada pemandu lain, yang boleh mengambil sudut positif daripada perkongsian tersebut. Kepada para pengguna pula, jangan sampai ambil kesempatan dengan kebaikan pemandu tersebut ya. - CARI
14

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 18-4-2017 06:27 PM
Takde maknanya.. Mulai hari ni (18/4) tambang grabcar kat beberapa bandar dah turun, so maknanya dah jadi murah.. koasser sangat nak bagi air tin, rokok, perfume segala.. makin lama, makin takde untung bawak e-hailing nih sis..
Quote RatuDunia94 18-4-2017 06:38 PM
Pramugari xde?
Quote gigahertz 18-4-2017 07:09 PM
Themilo replied at 18-4-2017 10:27 AM
Takde maknanya.. Mulai hari ni (18/4) tambang grabcar kat beberapa bandar dah turun, so maknanya dah ...

aku biasanya tak ambil apa yg diberi kalau dlm situasi macam ni
Quote merrissa 18-4-2017 07:47 PM
org singapore x kan amik mcm org msia...tamak haloba....org msia pantang nampak barang free
Quote imransulaiman 18-4-2017 07:59 PM
Lepas minum khayal kena rogol
Quote mrsLucky 18-4-2017 08:08 PM
Hari tu i kena tengking oleh grabcar driver. Trus i bagi 1 star...
Quote ReginaGeorge 18-4-2017 08:31 PM
Just for fun..
Quote EvieWanKenobi 18-4-2017 08:43 PM
tak berani juga nak makan minum
sebarangan..

mekasih jelah..
Quote fadzyjemi 18-4-2017 09:07 PM
kalo haus aku amik kot.. kalo x.. ucap tq je
Quote Jigglyjiggle 18-4-2017 09:15 PM
Sy pun pernah naik tp uber. Ada gula, air mineral n caj hp.
Quote cheergirlz 18-4-2017 09:20 PM
pnh gna uber..setakat nie dpt driver yg ok..nice laa..tp y nie sdgkn non pon x ambil...contoh..
Quote debab76 18-4-2017 09:54 PM
aritu meols pagi2 buta baru blk cikcur kene tipu dgn pemandu teksi. tau meols naik uber je cas rm8 hinggit je. teksi sampai 20 hinggit yach! nasib la meols mamai aritu. klu tak meols da viralkan dah
Quote saladin780 18-4-2017 09:58 PM
mrsLucky replied at 18-4-2017 08:08 PM
Hari tu i kena tengking oleh grabcar driver. Trus i bagi 1 star...

ya ke..kesian..kenapa sampai kena tengking tu
Quote SepatUngu 19-4-2017 09:49 AM
mrsLucky replied at 18-4-2017 12:08 PM
Hari tu i kena tengking oleh grabcar driver. Trus i bagi 1 star...

keciannya chuols..sbb apa dia tengking tu?

pttnya tak yah bg star pun..eh blh ker if kita tak rated servis dia?
Quote JeNaB_PopPop 19-4-2017 10:11 AM
meolsss hari2 naik grab.....so far tak pernah lagi meolsss bagi bawah 5star rating.
Quote amyza 19-4-2017 10:12 AM
Kalau minum 1tin tu boleh mabuk ke? Tak pasal2 kena rompak nanti
Quote chinta89 19-4-2017 10:32 AM
kalau jenisorg tamak haloba, ambik byk2 air atau rokok.. minum puas2 kat situ jgk.

kalau prmpuan, usahlah gelojoh mcm x penah minum air. just be careful, ambik je setin air kalau nk sgt tp jgn minum dlm kete. sampai rumah, baru minum. kalau dia letak ubat tidur ke ape ke, ko khayal sampai 24 jam pun xde sape nk rogol dlm rumah tu.
Quote mrsLucky 19-4-2017 11:10 AM
saladin780 replied at 18-4-2017 09:58 PM
ya ke..kesian..kenapa sampai kena tengking tu

I kena tengking pasal location i yang apps bagi tuh 50m dari dimana i berada..
I gi holiday kat Singapore mana i reti no jalan. I just use apps tu jer..

I masuk jer dia marah2 kenapa location i lain dari kat gps..before that he call i kat mana..luckly ada 5 star hotel sebelah i...i terkejut sangat sebab i tak pernah kot kena tengking camtuh.

Dia kata nak charge i extra sg5....mana lah i tau kan..i cakap maybe gps tu belum update ker or apps problem..i am willing to pay the extra sg5 tapi jangan lah marah2 kat i..i cakap maybe apps problem nanti i call grabcar tanya kenapa sebab so far i tak pernah ada problem gitu kat sana...

Anyhow he later cakap takpe tak payah bayar the sg5 dan nak baik2 dengan i...i just keep quite. I pay extra lagi dia cakap tq pon i diam..

I tak terus rate..i nak tunggu the next day nak calm down. The next day i rate and report him.1 star kan bad rating..
Quote saladin780 19-4-2017 11:20 AM
mrsLucky replied at 19-4-2017 11:10 AM
I kena tengking pasal location i yang apps bagi tuh 50m dari dimana i berada..  
I gi holiday k ...

Amboi..selayaknyalah kan bg 1 star.. :

So far x pnh lg jumpa drebar grab yg rude..yg terlebih peramah adalah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.066905 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top