CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cabul Pekerja Hotel Bajet Di Tandas, Pemuda Ketagih Seks Ditahan Polis

5-6-2017 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4372| Komen: 8

Description: Sabtu lalu, seorang wanita pekerja hotel membuat laporan polis akibat dicabul oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di tandas sebuah hotel bajet di Kluang Baru.

sumber : Mstar


Sabtu lalu, seorang wanita pekerja hotel membuat laporan polis akibat dicabul oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di tandas sebuah hotel bajet di Kluang Baru.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kluang,  ACP Mohamad Laham berkata, mangsa berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan akibat pergelutan itu selain trauma akibat diugut bunuh sekiranya melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

"Mangsa mendakwa lelaki tersebut bersenjatakan pisau pemotong daging dan menolaknya masuk ke dalam tandas sebelum berlaku pergelutan. Mangsa kemudian diugut dengan pisau sebelum dicabul."
 
Mohamad berkata suspek kemudian ditahan pada pukul 2.10 petang di Taman Kluang Barat, Kluang dan hasil penahanan, polis merampas sehelai baju sejuk, sehelai seluar jeans, sebuah motosikal jenis Honda EX5 berserta topi keledar bagi membantu siasatan.


Siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah seksual manakala ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah, katanya.

Kini suspek direman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.- CARI

24

Bagus
33

Marah
49

Terkejut
45

Sedih
20

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (207 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skinsandstars 5-6-2017 11:59 AM
apasal makin hari makin kerap cases macam ni? selamba je main cabul2 rogol2 orang ni?
Quote Ayda89 5-6-2017 12:51 PM
Pegilah bayar ayam sana dol !
Quote cheergirlz 5-6-2017 01:17 PM
nape laa haii perangai gittew...hurrmm
Quote insulin 5-6-2017 01:18 PM
Selayaknyalah dihumbankan ke lokap....
Quote SelakLangsir 5-6-2017 04:13 PM
Cabul dia tgk apa rasa
Quote -electrifying- 5-6-2017 05:16 PM
dh ade kemudahan ayam pon kedek lagi ka? 30 je pon, ko main la puas2
Quote tembikaileici23 8-6-2017 03:02 PM
takutnya...
Quote Pink_Purple 8-6-2017 03:07 PM
pisau pemotong daging polis tak rampas ke, barang bukti tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.145039 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top