CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Setanding Macam Rasa Di Restoran Mamak, Masak Ayam Tandoori Sendiri Lagi Berbaloi

10-7-2017 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6481| Komen: 18|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Rugi betul kalau pergi lepak di restoran-restoran mamak tak 'pekena' roti nan cheese dan ayam tandoori.
Rugi betul kalau pergi lepak di restoran-restoran mamak tak 'pekena' roti nan cheese dan ayam tandoori.

Kecur air liur dibuatnya sebab bukan sahaja rotinya yang gebu dan berkeju, tapi ayam tandoori memang terbaik!


Tapi sayang, nak makan selalu tak boleh sebab harganya agak mahal juga. Nak belanja kawan, kena berkira-kira dulu.

Kalau begitu, apa kata kita buat sendiri guna resipi Ayam Tandoori ini di rumah dan ajak kawan-kawan datang untuk mencuba air tangan sendiri. Jom cuba!

Foto: Mayakitchenette.com
Bahan-bahan
2 ekor ayam dipotong 4 (Ikut citara masing-masing)


Campuran rempah ratus
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
2 inci hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin-saya tak blend...cuma sapukan pada ayam  panas2 setelah ayam masak
2 ikat daun pudina-tak letak sb takde stok
2 biji buah lemon-saya gantikan dengan limau nipis
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
sedikit pewarna merah

Cara membuat Tairu
Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja.Kemudian perahkan ke dalam satu cawan susu cair.Kacau sehingga sebati. Kalau malas nak buat boleh beli plain yogurt sahaja.

Cara membuat bahan perapan
1. Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.
2. Perah satu biji lemon ke dalamnya.Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.
3. Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.
4. Lumurkan bahan perapan  pada ayam hingga sekata.
5. Perapkan ayam di dalam beg kedap udara untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.
6. Perap minimum 5 jam atau maksimum semalaman.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 170 darjah Celsius selama 1 jam.Kalau nak cepat,boleh goreng seperti biasa ataupun guna pemanggang ajaib. Siap.

Letakkan kerajang timah supaya ayam tidak mudah hangus. Foto: Mamamiakitchen
Sapu mentega selepas ayam masak supaya nampak berkilat. Foto: Mamamiakitchen
Siap untuk dihidang bersama roti atau nasi. Foto: Mamamiakitchen
Selamat mencuba!-CARI

Kredt resipi: Mamamia Kitchen
8

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Missfadh 10-7-2017 05:35 PM
Sedap nya. Time puasa semua nmpk sedap.
Quote neurelle 10-7-2017 07:14 PM
Boleh terai ni.. mcm sedap je
Quote tehbeng 11-7-2017 10:20 AM
terrgoda huhu
Quote prettyuglybabe 11-7-2017 10:29 AM
pernah nampak jual kat supermarket rempah tandori..
klu pakai rempah tu je lain ke?
senang sikit takyah nak blend bagai..
Quote chinta89 11-7-2017 11:06 AM
kecur liur
Quote Ayda89 11-7-2017 12:10 PM
Lapar terus ni tengok adoi
Quote -electrifying- 11-7-2017 12:44 PM
mcm best... senang je nk buat
Quote saladin780 11-7-2017 01:19 PM
tak semua ayam tandoori mamak tu sedap pun..penah termakan yg hanyir..tgk2 ada telur lalat dah..trus aku komplen kat kementerian kesihatan
Quote l1a 13-7-2017 12:14 PM
kalau perap semalaman tu ayam tu nak kena simpan dlm peti ais ke?  tak busuk ke kalau di biar lama di luar peti?
Quote nisako 14-7-2017 08:57 AM
tergodanye............
Quote shanshero 15-7-2017 12:15 PM
selalu aku buat sendiri kat rumah. bahan2 pun simple
Quote xtahumenahu 15-7-2017 09:18 PM
Jgn overcooked... Nanti keras dan kering... X sedappp...plg sedap aku penah mkn kat rest hakim sek 7 shah alam...juicy dan penuh rasa
Quote WajibulGhunah 15-7-2017 09:37 PM
Sedapnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nnti nk buat!!!
Quote Rainsack 28-9-2017 06:18 AM
Wahhhhhh sedapnyeeeee{:sing

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.147680 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top