CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Songlap RM4 Juta, SPRM Tahan Dua Beranak

12-7-2017 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3429| Komen: 12

Description: Dua beranak yang menyeleweng kira-kira RM4 juta milik Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, lapor BH Online.
Dua beranak yang menyeleweng kira-kira RM4 juta milik Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, lapor BH Online.




Kedua-duanya berusia 76 dan 43 tahun yang juga pegawai kanan agensi berkenaan ditahan dalam satu operasi dilancarkan SPRM Melaka selepas disyaki menyalahguna kuasa untuk meluluskan pemindahan wang milik MISDEC ke akaun peribadi pada tempoh 2014 sehingga 2015.

Suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, untuk direman bagi membantu siasatan.

Menurut sumber BH, SPRM menyita hampir RM600,000 dalam sebuah akaun syarikat selain merampas kenderaan pacuan empat roda serta perkakasan syarikat bernilai hampir RM350,000.

"MISDEC adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Sumber Manusia serta Kerajaan Negeri Melaka untuk membina sebuah kolej berasaskan latihan kemahiran industri dan memperuntukkan RM4.5 juta bagi tujuan latihan.

"Namun sehingga kini, siasatan mendapati tiada sebarang latihan dilaksanakan. Malah kedua-dua suspek itu turut dipercayai menubuhkan sebuah syarikat dan memindahkan hampir kesemua wang itu ke dalam akaun syarikat terbabit bagi tujuan peribadi,"
katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki yang mengesahkan penahanan berkenaan berkata, pihaknya masih dalam proses mengumpul bukti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh sabit hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 atau mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. - CARI

12

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 12-7-2017 10:52 AM
lepas songlap patut terus lari ke luar negara...
Quote chinta89 12-7-2017 11:02 AM
mendapatlah
Quote neurelle 12-7-2017 11:14 AM
Masyukkk.. 4.5mil tu skjp je abis.. duit x berkat.. ko pin panas je.. hidup x tenteram
Quote Changa 12-7-2017 11:20 AM
yang penting tak makan babi dan pegang hanjeng iya.
terus masuk sorga.
Quote v(T.T)v 12-7-2017 11:32 AM
Heran,  selalu suruh yg tak pandai BM keluar Mesia, tapi yg songlap duit negara, atau menjual negara spt merosakkan sistem imigresen utk menghapuskan bukti bagi PATI masuk, tak dengar pulak suruh berambus? busyuk2 orang sendiri , kan?
Quote Skuau 12-7-2017 11:51 AM
Sabbath & the gang...dgn rasuah berpisah tiada...
Quote kentel 12-7-2017 12:01 PM
takpelah..pegi omra dgn hajj nnt suchi la balik...
Quote -electrifying- 12-7-2017 12:30 PM
masyukkkk....
Quote CiliPadiSedap 12-7-2017 12:36 PM
Changa replied at 12-7-2017 11:20 AM
yang penting tak makan babi dan pegang hanjeng iya.
terus masuk sorga.

dik dia orang tu lah babi hanjengnya kalau kita pegang kena samak 7 keturunan dik
Quote kelana36 12-7-2017 12:46 PM
lebih kurang kes ijat lembu jer... so lepas la kot..
Quote Jorja 12-7-2017 05:22 PM
Kawan I pun kes macam ni songlap duit.. selama ni tgok dia cantik bergaya dalam fb..tiba2 deactivated and gambar dia dlm balai,, pakai baju lokap tangan kena gari tersebar kt whatsapp groups..kasihan suami & anak2 dia
Quote insulin 12-7-2017 05:55 PM
Pakcik, x baik songlap duit gomen tau. Confirm masuk lokap....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.086250 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top