CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kajian : Penduduk HK Paling Rajin Berjalan, Indonesia Di Tangga Terakhir

14-7-2017 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4710| Komen: 59

Description: Satu kajian selidik yang terbaru dijalankan oleh Universiti Stanford di Amerika Syarikat mendapati penduduk Hong Kong berjalan kaki jumlah purata langkahnya adalah sebanyak 6880 langkah setiap hari da ...

sumber : www.ctvnews.ca/


Satu kajian selidik yang terbaru dijalankan oleh Universiti Stanford di Amerika Syarikat mendapati penduduk Hong Kong berjalan kaki dengan jumlah purata langkahnya sebanyak 6880 langkah setiap hari dan merupakan juara di peringkat dunia. 

Memetik laporan Daily Mail Online, hasil kajian tersebut turut mendapati rakyat China menduduki tempat kedua iaitu sebanyak 6189 langkah, orang Ukraine berada di tempat ketiga dengan purata sebanyak 6107 langkah. 

Manakala bagi rakyat Malaysia pula, kita berada di kedudukan yang ketiga terakhir iaitu dengan puratanya sebanyak 3963 langkah, diikuti Arab Saudi dengan purata 3807 langkah.

Rakyat Indonesia paling malas berada di kedudukan terakhir iaitu sebanyak 3513 langkah. 


Universiti Stanford menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mengumpul data langkah berjalan terhadap seramai 717,000 orang di sebanyak 111 buah negara di seluruh dunia.

Menurut penyelidik, penyelidikan kali ini diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman orang ramai terhadap masalah kegemukan atau obesiti, sekaligus memperolehi cara terbaru untuk menanganinya.

Contoh mengubah suai reka bentuk sesebuah bandar agar lebih memudahkan orang ramai berjalan kaki, tidak perlu terlalu bergantung kepada penggunaan kereta. 

Menurut professor kejuruteraan biologi, profesor Scott Delp, penyelidikan kali ini adalah terbesar yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, kebanyakan telefon bimbit terdapat meter pecutan atau accelerometer yang boleh digunakan untuk mengira langkah berjalan. 

Dengan itu, menerusi applikasi Argus yang terdapat dalam meter pecutan itu, penyelidik berjaya memperolehi lebih 700,000 data yang bernama samaran.- CARI


1

Bagus
10

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 14-7-2017 03:58 PM
penduduk malaysia nomo berapa? aku tengok tahap pemalas org kita bejalan..nak beli barang ke apa ..baik tunggu anak sekolah ke..kalu bole dia nk park depan pintu supaya tk payah jalan jauh..lalulah jem kt depan tu je.

aku lagi jauh parking lagi suka..nk cepat dtg awal.jgn last minint terkoco2 parking depan jalan pastu menyusahkan org. rest subaidah belakang umah aku je..tapi kalau jalan pegi balik mau 30 minit. aku lebih suka bejalan gi makan situ..lepas makan blik lapar blik
Quote ashcroft86 14-7-2017 04:02 PM
Malaysia ketiga last, die cakap kat atas tu. Memang x terkejut pon, dasar pemalas. Kalau boleh nak parking dalam kedai kalau pegi beli barang. Stresss. Lagipun building typology ngan urban planning kita x menggalakkan orang berjalan pon. And semua pihak x mahu berubah pon.
Quote jetrofa 14-7-2017 04:05 PM
hadoii.. ada pertandingan rupanya..
Quote felinecat 14-7-2017 04:06 PM
seronok berjalan.tp kalau tang waktu panas xbest le pulak
Quote spiderman80 14-7-2017 04:12 PM
Pernah pergi ke HK dulu, memang susah nak jumpa orang gemuk.
Quote JohnDeSouza 14-7-2017 04:14 PM
Masalahnya panaih lit lit
Quote EJALTI 14-7-2017 04:15 PM
rospinki replied at 14-7-2017 07:58 AM
penduduk malaysia nomo berapa? aku tengok tahap pemalas org kita bejalan..nak beli barang ke apa ..b ...

Penduduk Malaysia ketiga akhir katanya...
Quote finesse 14-7-2017 04:17 PM
Memang dah jadi budaya diorg berjalan. Masyarakat China suka berjalan, terutama selepas makan. Kalau di tempat fin bekerja , ada la beberapa jurutera warganegara China yang berjalan sampai ke kilang2 lain slps makan tengahari. Saling berjalan, sambil berbual... Jd tak pelik pun kalau Hk dan China di tangga pertama dan kedua.
Quote dodifarid 14-7-2017 04:17 PM
rospinki replied at 14-7-2017 03:58 PM
penduduk malaysia nomo berapa? aku tengok tahap pemalas org kita bejalan..nak beli barang ke apa ..b ...

Yer samalah macam aku suka parking keta jauh dan tak kisah jalan kaki... masalahnya kalau aku bawa family atau kawan depa ni suka complain kalau aku parking jauh sikit... tambah pula kalau parking yang dekat takde terpaksa parking jauh aku tengok muka depa kelat jer
Quote umbut 14-7-2017 04:23 PM
Edited by umbut at 14-7-2017 04:24 PM

Hk banyak jalan pasal transport utama dia mcm mrt tu.. bandar dia pun byk umah tinggi2.. kita ni transport utama keta.. memang dpn pintu ler parknya.. park jauh2 pun bahaya gak kalo balik keje malam2..
Quote ninja boy 14-7-2017 04:24 PM
malaysia x selamat utk berjalan2 saja2 di luar byk perompak perempit eksiden masa terhad anjing liar hujan dan panas petir sambung menyambung
Quote spiderman80 14-7-2017 04:28 PM
finesse replied at 14-7-2017 04:17 PM
Memang dah jadi budaya diorg berjalan. Masyarakat China suka berjalan, terutama selepas makan. Kalau ...

Fin, tak pasti dengan orang China, tapi orang HK kalau berjalan sangat laju serupa tengah mengejar sesuatu.
Quote finesse 14-7-2017 04:30 PM
umbut replied at 14-7-2017 04:23 PM
Hk banyak jalan pasal transport utama dia mcm mrt tu.. bandar dia pun byk umah tinggi2.. kita ni tra ...

Kan.. aku bab cuaca la jd penghalangnya sbb aku ni badan senang panas dan senang sejuk.. tak kuasa aku nak bermandi peluh..  

Quote rospinki 14-7-2017 05:01 PM
EJALTI replied at 14-7-2017 04:15 PM
Penduduk Malaysia ketiga akhir katanya...

tq, ketiga rupanya..nampak nau tk baca
Quote rospinki 14-7-2017 05:03 PM
dodifarid replied at 14-7-2017 04:17 PM
Yer samalah macam aku suka parking keta jauh dan tak kisah jalan kaki... masalahnya kalau aku bawa ...

aku tak suka parking dekat2..sebab smbil kita berjalan tu bole tengok2..dh jadi kebiasaan. selalunya bwk org lain terpaksa la parking dekat..sebab tknak menyusahkan..lagi2 bwk geng pegi makan..kalu bole dia nk kita parking dlm kedai tu


Quote Artemesiaa 14-7-2017 05:05 PM
Ala alasan je tu antara malas atau tak je.  Kat HK misalnya musim panas pun gigih je theols berjalan.  Yang penting kemudahan untuk kawasan perjalan kaki mereka memang banyak.  Banyak kawasan perjalan kaki bawah tanah berhawa dingin yang akan berhubung terus ke station MRT atau terus ke seberang jalan jadi dah tak perlu melintas jalan atau berjalan di kaki lima lagi.  Juga yang berhubung terus masuk ke kawasan mall dan office.  Kalau kawasan jejantas perjalan kaki pula siap berbimbung so tak le berpanas dan tak da le alasan pasal panas lit lit peluh basah ketiak bagai.
Quote WajibulGhunah 14-7-2017 05:15 PM
X valid sngt
Dia buat research guna app apa tu katanya
Semua org ada ke app tu?

Malaysia ni panas nk jalan mmg x laaa
Tp mmg bnyk je yg pemalas Kebanyakan mmg acik2 Cuba buat research kt penduduk yg ada pub. Transport gakk mmg la dorg berjalan je Nek turun stesen jalan ke tmpt kerja lg... malaysia mi ramai gne keta kalau boleh parking kete tu kt dlm pejabat dia pun dia nak zzzzzz
Quote elohim_yahudi 14-7-2017 05:28 PM
Acik2 Malaysia banyak sakit jantung dan kencing manis...macam mana nak berjalan dekkkk.

Quote zjen 14-7-2017 06:03 PM
sampai 6000 langkah setiap sepet kat hk dan prc     cam susah nak caya je,  maraton ke


Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.107747 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top