CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Nak Tunjuk Sangat Siapa Hebat, Liza Abdullah Sampai Bergaduh Dengan Roy Azman

18-7-2017 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16489| Komen: 70|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sepanjang Bulan Ramadan yang lepas, siapa masih ingat atau mungkin ada yang tertengok drama mini 8 minit Masam Manis Param di Astro Ria?
Sepanjang Bulan Ramadan yang lepas, siapa masih ingat atau mungkin ada yang tertengok drama mini 8 minit Masam Manis Param di Astro Ria?

Selepas berakhirnya setiap episod, satu soalan berkaitan drama tersebut akan dipaparkan di Facebook dan pemenang bertuah yang dipilih setiap minggu akan membawa hadiah tunai bernilai RM1000.

Kalau nak tahu, drama lakonan mantap oleh Roy Azman (Pak Li), Liza Abdullah (Mak Yah), Amar Baharin (Izam) dan Cha Cha Maembong (Nora) berjaya mendapat sambutan hangat penonton. Nak tahu berapa tontonan? Wah, 1 juta bagi setiap episod drama ini di Facebook sahaja.


Mana tidaknya, gelagat watak Pak Li dan Mak Yah memang betul-betul mencuit hati. Al-kisahnya mereka pernah bercinta sewaktu muda dahulu. Namun mengambil keputusan untuk berpisah sebelum masing-masing berkahwin dengan orang lain.

Bila dah tua, kedua-duanya bersaing dalam perniagaan di Pasar Ramadan pula. Bertambah kelakar bila anak Pakli iaitu Izam bercinta dengan anak Mak Yah, Nora.

Apa lagi, disebabkan sejarah cinta yang pernah berlaku di antara mereka berdua maka banyaklah babak-babak kelakar yang bertemakan hubungan cinta dan benci.
Foto: Facebook
Paling seronok tengok bila jualan minuman Mak Yah di Pasar Ramadan memang laku 'keras'! Ramai betul orang datang ke gerainya semata-mata 'gilakan' rasa minumannya yang lebih segar dan lain dari yang lain. Hari ini datang, esok mesti ulang kembali.

Hebatnya, jualannya adalah yang terbaik di Pasar Ramadan tersebut, jangan main-main!

Bila diselidik, resipi rahsia kesedapan air minuman yang Mak Yah jual terbongkar jua akhirnya. Mak Yah bancuh minuman yang dijualnya di Pasar Ramadan menggunakan air Coway!

Air yang ditapis menggunakan penapis jenama Coway ini memang terbukti dapat menghasilkan  air yang lebih bermutu untuk kesihatan yang lebih baik.

Baru-baru ini pula diadakan sebuah majlis yang mengumpulkan barisan pelakon yang membintanginya di Restoran Bijan bersama dengan Pengarah Urusan Coway Malaysia, Encik Kyle Choi dan Pengarah Pemasaran, Encik Ryan Jung.

Sesi bertemu peminat dan upacara penyampaian hadiah bagi pertandingan ‘Masam Manis PaRam’ Facebook yang telah dianjurkan turut diadakan pada hari tersebut.

Apa pun, memang terbaiklah walaupun ia cuma drama mini! - CARI
18

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
16

Sedih
10

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terpaku 18-7-2017 03:28 PM
so? mohon kak liza bagi ucapan raya yach

@qqOfficial
Quote Aduradura 18-7-2017 03:31 PM
Boringnyaaaaaa gosip kak liza
Quote terpaku 18-7-2017 03:31 PM
Aduradura replied at 18-7-2017 03:31 PM
Boringnyaaaaaa gosip kak liza

taraf RTM1 angkasapuri sangat
Quote redapple10 18-7-2017 03:37 PM
Aku pun gigih baca sampai hanis lols
Quote ainashiqa 18-7-2017 03:41 PM
mbazir seminit aku baca bnda ni..hahahah
Quote Ayda89 18-7-2017 03:46 PM
Alaaaa ingat gaduh bebetul..nyampah penat je baca hahah
Quote cupu 18-7-2017 03:49 PM
iklan cowa rpnya
Quote MH3709 18-7-2017 03:57 PM
meluat aku kalu tgk betina ni berlakon.,,,mata terbeliak liar je..ehh meluat lah..tak boleh tgk langsuyng muka dia nih...
Quote pngky 18-7-2017 04:00 PM
fikir ada gossip yang hebat sangat
Quote ItisDD 18-7-2017 04:01 PM
Iols suka plak kalo dia ni berlakon.  Semua watak dia blh bwk dgn baiknya

Paling x blh blah dlm cite mimpi suraya..... antagonisnya dia...
Quote M.Rose 18-7-2017 04:03 PM
Aku paling suka klau liza abdullah belakon scene makan2. Real nampk. Aku jadik ikut lapar.
Quote harkktuih 18-7-2017 04:05 PM
nk pomot coway jer pun...
Quote WajibulGhunah 18-7-2017 04:16 PM
Ingtkn gaduh bebetul
Promot rupanya zzzz
Quote Login_ID 18-7-2017 04:18 PM
ingatkan diorang benar2 bertekak
huhuhuhuh
Quote Iema5008 18-7-2017 04:19 PM
I suka kak liza blakon... Ngengada real, idup mesekin pn real...
Quote mieymiey 18-7-2017 04:19 PM
Gosip ker iklan ni?
Quote manjalara_01 18-7-2017 04:24 PM

walaupun sekadar iklan water filter...tp kreatif...& menghiburkan....thumbs up...
better dari drama melayu yg kluar tv hari2 tu...


Quote serikasih 18-7-2017 04:46 PM
dalam drama ke?
Quote s@s@ 18-7-2017 04:51 PM
aku suka dia berlakon pagar2 cinta ng badul

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058241 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top