CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Langgar Perjanjian Konsert, 3 Gitaris Search Diarah Bayar Hampir Setengah Juta

19-8-2017 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9263| Komen: 53

Description: Terdahlu berlaku pertelingkahan antara ahli kumpulan itu dengan pemain drum Yazid Ahmad, 54, melibatkan isu bayaran sehingga menjadi kes polis.Pergeseran itu menyebabkan konsert sempena ulang tahun ke ...

Terdahlu berlaku pertelingkahan antara ahli kumpulan itu dengan pemain drum Yazid Ahmad, 54, melibatkan isu bayaran sehingga menjadi kes polis.


Pergeseran itu menyebabkan konsert sempena ulang tahun ke-35 penubuhan kumpulan rock itu yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada hujung Ogos tahun lalu batal apabila Search menarik diri daripada meneruskan kerjasama dengan Afjets.

sumber : internet

Memetik laporan Berita Harian, ekoran gagal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan saman penganjur Afjets Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian konsert ‘Search 35 tahun’ tahun lalu, tiga ahli kumpulan Search diarah membayar ganti rugi berjumlah hampir RM500,000.

Difahamkan mereka itu terdiri daripada gitaris Noordin Mohd Taib, 55; pemain gitar utama Hamzah Mohd Taib atau Kid, 50; dan pemain gitar bass Nasir bin Daud, 58.


Namun nasib vokalis Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, 59, masih belum diputuskan mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi M Gunalan memerintahkan ganti rugi khas berjumlah RM494,079.71 dibayar kepada Afjets.

Afjets selaku plaintif, yang memfailkan saman pada 14 Oktober tahun lalu, juga berjaya memperoleh ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditaksirkan kemudian.

Ketiga-tiga defendan juga dihalang daripada mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan yang memburuk-burukkan dan memfitnah syarikat itu.- CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote de_ikea 19-8-2017 11:03 PM
Iols tak faham. Kenapa amy tak kena ye?
@doubleA
Quote pichee 19-8-2017 11:05 PM
Amy kne saman asing kot.
Quote Orix 19-8-2017 11:05 PM
Dekat 500k {:cryrun
Quote doubleA 19-8-2017 11:10 PM
de_ikea: Iols tak faham. Kenapa amy tak kena ye? @doubleA


Ada charge lain kot kat amy. Mungkin tiga2 ni under charge yang sama. Jadi kes amy belum ada keputusan lagi I guess?
Quote alesandra 19-8-2017 11:24 PM
ini asalnya diorg gado ngan yazid kan?kekwat punya kekwat sampai cancel konsert.aku mmg suka org sombong kena cash.cash la stgh juta......padan muka
Quote pakis_hutan 19-8-2017 11:26 PM
Aik, aku dgr berita semalam Amy pun kena. Ke aku yg pekak silap dengar
Quote uori 19-8-2017 11:29 PM
jenuh nak korek duit
Quote Nenasketum 19-8-2017 11:39 PM
Semalam bukan ada berita nama Suhaimi pun disebut. Pasal RM75k dibayar organizer untuk bayar Yazid tapi depa tak bayar tu yang meletop kes ni
Quote danieladam 20-8-2017 12:35 AM
Harap amy kena triple dari yg ahli lain kena...
Quote misc 20-8-2017 01:11 AM
mungkin doa org teraniaya dah termakbul.
Quote susukambingbest 20-8-2017 01:16 AM
Tu la, rembat lg rezeki org. Cash brganda2 korang kena. Ksimpulannya jgn sskali rembat hak org. Doa org traniaya makbul tau, lbih2 lg doa org sakit
Quote Jagendas 20-8-2017 01:17 AM
amy kes lain kot
nilai saman lagi tinggi..


flashback 2006  amy menang saman sony 2juta dulu2..
Quote mrsLucky 20-8-2017 03:35 AM
Ermmm... i ingat lagi kes ni yang melibatkan Yazid... apapon semoga bertabah lah cari duit untuk bayar..
Quote melnanzz 20-8-2017 03:49 AM
Wow... 500K saman. Masak tu.
Harap diaorg boleh buat out of court settlement. Ataupun proceed je konsert reunion tu. Ada je org dtg tengok. Skrg ni ramai org nak throwback. Tiru formula Shiela Majid. Sure laku.
Quote mr_cool5885 20-8-2017 03:56 AM
Iolls is xfhm. Cmne asal kes ni. Any1 pls trgkn.
Quote myariesa 20-8-2017 05:15 AM
Kes ni ke yg smpai bini amy kt yazid nyanyuk?
Quote nisako 20-8-2017 07:47 AM
wow byknye ..........,
Quote Luno 20-8-2017 08:21 AM
Ha amek kau setengah juta.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053915 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top